untuk yang suka 'berhusnuzhon'

menarik juga baca artikel Kang Zain ni..cubalah..a new point of view..
sekarang ni kalau ikutkan, saya selalu la juga rasanya cuba untuk bersangka baik..
tapi sebenarnyalebih kepada untuk mengelakkan diri berfikir tentang sesuatu yang lebih buruk..
betul juga katanya, kalau bersangka-sangka itu boleh jadi ada keburukannya
huhuhu
doa juga
sedihkan andai sangka-sangka kita tu sebenarnya salah

dalam konteks hubungan dengan manusia, terutamanya mereka yang dekat dengan kita
mungkin kita akan ada krisis kan, kalau kata-kata sastera konflik, dalaman atau luaran..mana-manalah..asalkan konflik. bersangka-sangka mesti adakan bila jadinya krisis-krisis ni kan...? haish 
saya suka bila pada tulisan Kang Zain, katanya serahkan pada ALLAH; husnuzhan pada ALLAH dan berfikir neutral pada manusia, mula memaafkan, mohon ampun juga untuk diri sendiri
saya suka pandangan ni...menarik
lebih dekat dengan kesabaran dan pergantungan pada ALLAH 
cuma andai salah manifestasi kesabaran dan husnuzhan ni mungkin kita akan jadi terlalu pasif dan naif...senang ditindaskan, entahlah..saya pun masih dalam fasa mencerna bacaan ini..cuba-cubalah fikir macam mana nak terjemahkan dan praktikkan:

husnuzhan pada ALLAH dan berfikir neutral pada manusia, mula memaafkan, mohon ampun juga untuk diri sendiri

tiba-tiba time tulis ni dapat satu notification dalam emel..ada follow satu blog ni, blogger ni pun tulis tentang bersangka-sangka juga. huhuhuh...
banyak juga orang yang tengah fikir pasal benda ni rupanya.

saya pernah juga bersangka-sangka bila ada krisis dengan kawan saya, sedih bila dapat layanan yang tak capai target. sedihkan? siapa-siapa pun saya rasa (tapi bukan randomly semualah...ada jiwa-jiwa memang sudah terlatih dengan cinta dan redha pada Tuhan dan tidak terikat dengan dunia, maka krisis dengan manusia dan dunia senang sahaja dilepaskan pada ketentuan ALLAH)..

pernah saya ceritakan tentang bersangka-sangka ni pada seseorang..nasihatnya lebih kurang sama juga, malah ditambah dengan saranan kasih sayang darinya: 

'sebutlah nama mereka dalam qiam awak..
doakan mereka...'

maknanya kena qiam la kan, kena kuatkan ikatan dengan ALLAHkan? kuatkan jiwa untuk menjadi hamba yang benar-benar attached dengan ALLAH kan? 

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا

sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan 

إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا
sesungguhnya di waktu sianghari kamu disibukkan dengan urusan yang panjang

(muzammil 73:6,7)

bangun bercinta dengan ALLAH...serahkan pada ALLAH segalanya

supaya kita tidak terikat pada dunia dan urusan-urusannya yang panjang semata-mata ?


Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna