Sunday, March 28

amalan tanda cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru usai membaca sebuah coretan sohibah yang tidak ku kenali..coretan itu masih belum lengkap.tetapi, masyaALLAH. ada kata yang mengetuk pintu hatiku. ada rangkap yang mengegar ruang jiwaku. dicoretkan sebagai kata hati watak utama khazinatul asrar (khazanah kerahsiaan): amalan-amalan itu ada tanda kecintaan padaNya. subhanallah, apa aku sebegitu ya TUHAN? wahai TUHAN kasihkan hatiku padaMu ya ALLAH. kasihkan aku padaMu. tunjukkan aku jalannya mencari cintamu ya ILAHI. hati ini bermadah..hati ini berpuitis memohon petunjukmu ya ALLAH. sukar benar memaknakan cinta padaMu. sudah lama rasanya hatiku belajar.

sudah berbulan sejak engkau menghantarku jauh dari keluarga dan kegusaran masa silam serta kemelut di tanah air. sudah lama ya RAHMAN..

tapi nyata aku masih belum mampu memaknakan kasih suci buatmu.

ah,
aku takjub dengan tulus dan besarnya cinta RASUL padaMU ya ALLAH
tapi aku tidak mampu membina cinta sebesar itu

aku takjub pada sucinya cinta Rabiah padaMU ya ILAHI
malah aku dengki pada hakikat cintanya
aku juga ingin cinta seagung itu ya RAHMAN

ya RAHMAN..tuhan yang MAHA untuk segalanya..malah MAHA Penyayang itu sifatMU yang aku kenali dari surah hadiahMU buat Muhammad Rasulullah dan umatnya
dan aku sebahagian dari umatnya

sungguh kau ingin belajar memakna dan mengukuhkan cintaMu di hatiku
tapi nyata tiap keimanan yang aku ucapakan pasti akan Engkau uji.

seperti firmanMU bahawa tidak mungkin seseorang itu dapat mengatakan dia beriman selagi tidak diuji

dan semakin besar iman yang terbina hanya dengan taqwa dan kasih padaMU, semakin besar imtihan yang Engkau kirimkan buat kami

bagaimana harus kami menghadapi imtihan ini ya ALLAH
bagaimana ya RAHMAN
sebagaimana semua ingin berjaya dalam ujian dunia yang manusia ciptakan,

aku ingin berjaya malah lebih berjaya dari kejayaan imtihan dunia dalam usaha memaknakan cintaku padaMU

tapi sukar
sukar
sukar
dikala iman bercanggah dengan nafsu

sukar
dikala bisikan suci malaikat bertentangan dengan bisikan keji sang syaitan

ya ALLAH kuatkan hatiku.
hati ibu bapaku
hati adik beradikku
hati sahabatku
hati seluruh umat islam dalam memaknakan cinta padaMU
TUHAN Rabbul'alamin
TUHAN yang menciptakan segalanya
ILLAH buat insan
RABB buat makhluk seluruh alam

ya RABB...ya RABB.. ya RABB

Friday, March 19

Dengan menginati ALLAH hati akan menjadi tenang


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ  -٢٨


Sahih International
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
Yusuf Ali
"Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah: for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction.
Tafsir al-Jalalayn
those who believe and whose hearts are reassured, find rest, by God’s remembrance, that is, by His promise [of reward]. Verily by God’s remembrance are hearts reassured, that is, the hearts of the believers;
Malay
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(Surat Ar-Ra`d, 13:28)

Wednesday, March 17

Fadhilat Solat

Hadis 1
Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,"Islam tertegak atas lima rukun: Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya;mendirikan solat;membayarkan zakat;mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebuah khemah yg disokong oleh lima batang tiang.Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah.Empat tiang lagi itu ialah tiang-tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu.Tanpa tiang tengah maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yg di penjuru itu hilang maka akibatnya runtulah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihatlah dengan mata kita sendiri sejauh manakah yg telah kita tegakkan agama Islam itu.Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
Hadis 2
Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Biasanya di musim daun-daun gugur,lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal>begitulah kesannya solat yg dilaksanakan dengan penuh khsyuk dan tawaduk.Segala dosa yg dilakukan oleh seseorang yg bersolat adalah dihapuskan.Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yg terampun dengan solat.Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.
Oleh itu,patutlah kita,disamping bersolat,jangan lupa beristighfar dan bertaubat.Semoga ALLAH s.w.t dengan limpah rahmatNya,mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH.
Hadis 3
Abu Usman r.a bekata,"Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu.Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur.Kemudian kata beliau padaku,"Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya kenapa aku berbuat demikian ini?" Sahutku,"Sila khabarkanlah padaku." Kata beliau,"Beginilah Rasulullah s.a.w melakukan di hadapanku semasa kubersamanya di bawah sepohon kayu.Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda,"Wahai Salman!mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?" Sahutku,"Sila khabarkan padaku kenapa Baginda buat begini." Sabda Baginda, "Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna,kemudian dia laksankan solat lima kali pada sehari maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur."
Lantas Baginda membaca ayat-ayat Quran yg bermaksud "Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam,sesungguhnya perbuatan yg baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk(dosa);itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat" (Hud 11:114)
Hadis 4
Abu Hurairah menceritakan menceritakan bahwa beliau mendengar Rasulullah s.a.w sekali bertanya pada sahabatnya,"Adakah kamu percaya bahwa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?" Jawab para sahabat,"Tidak,kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya." Sabda Rasulullah s.a.w,"Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari.Dengan limpah rahmat ALLAH,ia menghapuskan segala dosa.
Hadis 5
Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari."
Pada umumnya air yang mengalir adalah bersih,tak kotor dan lebih dalam air itu mengalir lebih jernih dan lebih bersih ia.Bermandian di dalam air yang sebersih itu pastilah habis segala kotoran yang ada pada tubuh dan bersihlah ia.Solat yang dikerjakan dengan memberati segala rukunnya samalah ibarat dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa dari segala dosa.
Ada banyak hadits yang seerti walaupun matanya berbeza sedikit yang dilapurkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.
Hadis 6
Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah tersua dengan sesuatu kesulitan,lantas Baginda bersolat.Solat adalah satu rahmat yang besar dari ALLAH s.w.t bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH s.w.t dan apabila rahmat ALLAH itu tiba menyelamatkan pastilahbahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.
Memang ada banyak mengenai amalan-amalan Rasulullah s.a.w seperti ini.Demikian ada banyak amalan para sahabat yang mengikuti amalan-amalannya yang sehingga sekecil-kecilnya pun.
Kata Abu Darda r.a ,"Apabila angin kencang meniup Rasulullah segera masuk ke masjid dan Baginda tidak akan keluar sehingga angin itu reda.Demikian juga pada ketika gerhana matahari atau bulan baginda akan bersolat."
Hadis 7
Ibn Sirin berkata, "Sekiranya aku dibenarkan memilih di antara Syurga dan solatdua rakaat maka akan ku pilih solat;sebabnya adalah jelas.Syurga adalah untuk nikmatku padahal solat adalah untuk nikmat ALLAH s.w.t.
Rasulullah bersabda, "Alangkah dicemburuinya golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran;harta kekayaannya ialah solat;seumur hidupnya bersyukur dengan apa yg diperolehinya;menyembah Tuhannya dengan penuh khusyu';hidup tanpa disanjung-sanjung dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak mengkabunginya."
Dalam hadits lain Rasulullah s.a.w diberitakan sebagai bersabda,"Solatlah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri rahmat serta rahim oleh ALLAH s.w.t."
Hadis 8
Abi Muslim At-Tighlibi r.a meriwayatkan,"Sekali daku pergi menemui Abu Umamah r.a tatkala beliau berada di dalam masjid.Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wudhuk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya,ALLAH s.w.t mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat,oleh tangannya yang berbuat maksiat,oleh telinganya yang mendengra berita-berita maksiat,oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang tersedik ke arah maksiat.Jawabnya,"Demi ALLAH!Daku mendengar perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."
Ramai para sahabat Rasulullah s.a.w telah meriwayatkan hadis ini dengan sedikit sebanyak bezanya.Mereka telah dirahmati dengan 'kasyaf' dapatpun menyaksi dosa-dosa itu gugur.
Adalah diberitakan bahwa Imam Abu Hanifah dapat mengatakan dari air yang menititk dari anggota orang yang sedang berwudhuk dosa yang manakah yang telah diampun dengan wudhuknya itu.
Dari satu riwayat daripada Osman r.a Rasulullah s.a.w adalah diberikan telah memberi amaran kepada mereka yang bermegah melakukan maksiat dengan harapan dosa-dosa itu akan terampun dengan merngerjakan solat.
Sesungguhnya kita tidak ada alasan merasa megah atas hal ini.Pada halnya apakah mutu solat yg kita kerjakan? Andaikata ALLAH s.w.t membebaskan dari kewajipan-kewajipan kita maka itu adalah semata-mata belas kasihanNya,yg istimewa.Melanggari perintah-perintah ALLAH s.w.t adalah satu-satunya perangai terkeji,kerana ALLAH s.w.t itu Pengasih,Penyayang lagi Pengampun.
Hadis 9
Abu Hurairah menceritakan,"Dua orang dari satu qabilah datang kepada Rasulullah s.a.w dan memeluk agama Islam serentak.Salah seorang darinya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal dunia setahun kemudiannya.Talhah bin Ubaidullah r.a berkata bahwa telah melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian telah dimasuki ke dalam Syurga dahulu dari simati syahid itu.Ini menakjubkannya.Daku tidak ingat sama ada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah s.a.w.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukankah orang yang mati kemudian itu berpuasa sebulan Ramadhan lebih dan bukankah beliau telah bersolat 6 ribu rakaat atau lebih semasa setahun yang beliau hidup setelah si syahid itu mati?"
Sesungguhnya kita tidaik tahu berapa besar nilainya solat itu.Rasulullah s.a.w kerap didengar bersabda, "Sejuk pandangan mataku ialah di dalam bersolat." Ini adalah satu kenyataan betapa kasihnya beliau terhadap solat.Demi itu apakah lagi yang lebih nilainya dari solat.
Hadis 10
Ibn Mas'ud r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Menjelangnya waktu solat seorang malaikat adalah ditugas supaya menyeru:"Hai anak Adam! Bangunlah dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan utk membakari dirimu." Manusiapun bangun,berwudhuk dan sembahyang Zuhur.Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak matahari terbit terampun.Demikianlah diulangi pada waktu Asar,Maghrib dan Isyak.Selepas Isyak oarng tidur,tetapi ada sesetengah sibuk mengerjakan kebaikan dan selebihnya sibuk mengerjakan maksiat."
Salman r.a berkata: Selepa Isyak manusia adalah dibahagikan kepada tiga golongan.Ada setengahnya, malam hari itu padanya adalah sumber kebajikan dan keuntungan.Mereka itu menghabiskan malamnya dengan menyembah ALLAH s.w.t sementara orang lain nyenyak tidur;pada mereka malam hari itu mendatangkan pahala yang besar dari Tuhan mereka.Pada yang lain-lain malam hari menjadi bebanan dan kutukan baginya kerana mereka mengerjakan berbagai macam maksiat pada malam hari.Bagi mereka malam hari membawa kepayahan dan kesusahan.
Golongan yang ketiga pula ialah selepas sahaja Isyak terus tidur.Mereka untung tidak,rugipun tidak.
Hadis 11
Abu Qatasah r.a meceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"ALLAH berfirman,'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi ummatmu.Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya,maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini."
Adalah diriwayatkan di dalam sepotong hadits lagi bahawa ALLAH s.w.t telah mewajibkan sembahyang lima waktu dan barang siapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dansembahyang pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, ALLAH s.w.t menjamin iaitu dia akan memasuki syurga.Barang siapa tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini baginya;dia mungkin diampun atau tidak.
Sesungguhnya solat merupakan satu ibadat yang tidak ternilai harganya.Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan ALLAH s.wt memasuki syurgaNya.Kita merasa puas hati dan gembira apabila seorang yg terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kitalah supaya kekal mentaatinya.Di sini ALLAH s.w.t memberikan jaminanNYa utk kebahagiaan abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama manapun.Kalau dengan inipun kita tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang harus dipersalahkan bagi menerima seksa yang menunggu kita.
Hadis 12
Ibn Salman berkata bahawa seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan: "Apabila kami telah menang peperangan Khaibar,kami mulai membeli dan menjual antara kami harta-harta rampasan yang jatuh ke tangan kami.Salah seorang dari kami telah pergi menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah;Tidak ada seorangpun yang mendapat keuntungan seperti yang hamba perolehi dalam perniagaan hari ini." Rasulullah s.a.w bertanya: "Berapa banyakkah yang telah anda dapati?" Jawabnya,"hamba terus menjual dan membeli sehingga hamba perolehi keuntungan bersih tiga ratus oqiyyah perak." Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahukah, saya memberitahukan anda sesuatu yang lebih baik daripada itu?" Sahutnya "Beritahulah pada hamba,Ya Rasulullah!" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat nafil selepas solat fardhu."
Di Pakistan dan di India wang sebanyak tiga ratus oqiyyah perak itu adalah kira-kira tiga ribu rupiah.Menurut Rasulullah s.a.w keuntungan di dunia yang fana ini tiada bandingannya dengan keuntungan abadi di akhirat.Hidup kita akan senang kalu kita suburkan iman kita sehingga solat nafil dua rakaat,pada pandangan kita adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini.Solat adalah sesungguhnya perbendaharaan yang kaya dan itulah sebabnya Rasulullah s.a.w telah mengibaratkannya sebagai 'pengipur mataku' serta memerintahkan agar solat itu ditunaikan hingga ke akhir hayatnya.Ummu Salmah r.h.a memberitahu bahawa kalam yang akhir Rasulullah s.a.w yang hampir-hampir beliau tidak dapat tuturkan ialah memberati solat dan berlaku baik terhadap hamba sahaya.Ada juga sebuah hadits yang semakna dengannya yang diberitakan oleh Saidina Ali r.a.
Hadis 13
Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa satu malam beliau ke masjid.Beliau mendapati Rasulullah s.a.w sedang berdiri dalam solat.Beliaupun ingin menyertainya.Lalu beliau berniat dan berdiri di belakang Rasulullah s.a.w Pada masa itu rasulullah s.a.w sedang membaca surah Baqarah.Beliau fikir bahawa pada akhir ayat yang ke seratus Rasulullah s.a.w akan berhenti membaca dan akan ruku',tetapi Rasulullah s.a.w tidak berbuat demikian.Beliau lantas berfikir barangkali Rasulullah s.a.w akan ruku' setelah selesai membaca ayat yg kedua ratus;di sinipun Rasulullah tidak berhenti.Beliau kemudian yakin bahawa Rasulullah s.a.w akan selesai berdiri dengan akhirnya surah itu.Apabila tamat surah itu Rasulullah s.a.w memuji ALLAH dengan 'Allahumma lakal hamdu' beberapa kali lantas mula membaca surah Ali Imran.Apabila tamat surah itu Baginda sekali lagi memuji ALLAH dengan 'Allahumma lakal hamdu' tiga kali lantas mulai membaca surah AL Maidah.Rasulullah s.a.w turun ruku'nya hanya selepas selesai surah ini.Dalam ruku' dan sujud Rasulullah s.a.w membaca tasbih dan beberapa doa lain yang tidak dapat beliau faham.
Pada rakaat yang kedua rasulullah s.a.w mulai dengan surah Al An'am selepas Al fatihah.Beliau tak dapat meneruskan solatnya lagi dengan Rasulullah s.a.w lalu beliau keluar dari solatnya itu dengan perasaan malas.Apa yang Rasulullah telah baca dalam satu rakaat adalah kira-kira seperenam daripada Al Quran.Lagi pula Rasulullah s.a.w mesti baca Al Quran itu dengan tajwid yang sempurna.Kita faham betapa lamanya satu-satu rakaat itu.Adalah kerana ini maka kaki Rasulullah s.a.w selalu didapati bengkak.tetapi tidaklah seseorang itu merasa payah dan susah mengerjakan solat kalau hatinya telah dipenuhi dengan kemanisan solat itu.
Hadis 14
Sekali peristiwa sedang Rasulullah s.a.w duduk bersama-sama dengan para sahabatnya Baginda bersabda:"Tiga perkara dalam dunia ini yang sangat-sangat kuhargai; wangi-wangian; wanita dan solat - 'penyejuk mataku'.Sahut Abu Bakar r.a. "Benar! Dan daku menghargai tiga benda - melihat wajahmu,membelanjakan harta kekayaanku atasmu dan bahawasanya anak perempuanku menjadi isterimu ya Rasulullah." Sahut Umar r.a " Benar! dan tiga perkara yang paling aku cintai ialah - menegak kebenaran; mencegah kemungkaran dan memakai pakaian yang bertampung." Sahut Osman r.a "Benar! Dan tiga perkara yang paling kucintai ialah- memberi makan orang yang lapar; memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membaca Al-Quran." Sahut Ali r.a " Benar! Dan daku paling cinta tiga perkara ini- melayani tetamu,berpuasa pada hari yang panas terik dan memancung kepala musuh dengan pedangku."
Pada ketika itu Jibrail a.s pun muncul seraya berkata kepada Rasulullah s.a.w "ALLAH s.w.t telah mengutuskan daku supaya memberitahukan pada anda apa yang daku cinta sekiranya daku ini seorang manusia." Sahut rasulullah s.a.w "Khabarkanlah kepada kami ya Jibrail." Kata Jibrail a.s " Sekiranya daku serupa anda daku akan cinta tiga perkara- memimpin orang yang sesat; mengasihi mereka yang solat dalam keadaan miskin dan papa; dan membantu keluarga orang-orang miskin, dan bagi ALLAH s.w.t Dia mencintai tiga perkara dari para hambaNya- Yang berjuang pada jalanNya; yang menangis pada ketika bertaubat dan yang teguh sabar pada masa lapar dan dahaga."
Hadis 15
Hafiz ibn Qayyum menulis bahawa solat menjamin nafkah harian,menyihatkan kesihatan badan,menghilangkan penyakit,meneguhkan hati,memberi cahaya cahaya dan kecantikan pada wajah,menggembirakan ruhani,menyegarkan tubuh badan dari rasa malas,melegakan fikiran,memberi makanan ruhani,mencerahkan hati dan menjamin keredhaan ALLAH s.w.tIa menjadi pelindung pada hari Qiamat.Ia menjauhkan syaitan dari kita untuk mendekati ALLAH s.w.t.Pendek kata solat adalah satu jaminan bagi segala yang diidam-idamkan dan satu benteng bagi segala yang tidak diingini untuk jasad dan ruhani- sama ada di dunia maupun di akhirat.

source: http://karkunbitara.tripod.com/fadilat2.htm

siapa kita???

 ingatan buat kita...

tinggal sembahyang

dosa tinggal sembahyang lebih teruk dari zina....

PADA satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya.

Tanpa bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulit yang bersih, badan ramping dan roma mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Pintu diketuknya perlahan-lahan pelan sambil mengucapkan uluk salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.



Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya...telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,” ucap wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itupun segera bangun dan berlalu dengan hati hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Baginya, ke mana lagi hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah s.w.t untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tiada hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Manakala orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah s.w.t itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.

Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. 



(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)

Monday, March 15

Working in Islam Recommendations

From Abu Hurairah ra, he said: the Prophet said: Indeed, if one of you looking for firewood and carrying wooden ties, then it is better, than he had to beg to someone, whether that person gave or not. ” (HR. Bukhari dan Muslim).

By Abu Abdullah bin Az-Zubair Al-’Awwam ra, he said: the Prophet said: What if one of you to take some rope, then go to the mountain and back to carry a bundle of firewood and sell it, then the result is God replenish your life needs, it’s better than begging to fellow human beings, whether they gave or not. ” (HR. Bukhari)
In a hadith the Messenger of Allah said: He who at night feeling tired because of work during the day, then at night he was forgiven by God “ (Hadith History Ahmad & Ibnu Asakir ).

The Prophet was asked, Jobs is the best? He said, the best job is the business person with his own hands and all trade is good, “ (HR Ahmad dan Baihaqi).
*artikel penuh, di sini http://frijal. wordpress. com/2010/ 01/24/working- in-islam- recommendations/

Friday, March 12

untuk apa berbuat segala sesuatu?

bismillahirrahmanirrahim..

apa kata hati andai ada yang mengatakan
belajar bukan kepastian untuk lulus periksa
makan bukan kepastian untuk merasa kenyang
berjuang dengan semangat yang tinggi belum menjanjikan kemenangan sebagaimana yang diharapkan
dan amal bukan tiket mutlak untuk masuk syurga..
andai dikatakan apa yang kamu kerjakan itu tidak memastikan kamu mendapat apa yang diinginkan?

pasti hati tertanya.. kalau bukan kerana usaha lalu kerana apa?
takkanlah segalanya terjadi sendiri. masakan pokok bergoyang andai tiada angin.
huh. masakan. pasti setiap yang berlaku perlu ada sebab..
sedangkan belajar sejarah pun kita itu prinsip sebab dan akibat.. masakan apa yang aku kerjakan bukan tidak menjadi kayu ukur pada semua itu

jadi untuk apa belajar kalau tidak menjamin lulus periksa
jadi untuk apa makan kalau tidak menjamin kenyang
jadi untuk apa bekerja kalau tidak menjamin kaya

untuk apa berbuat segalanya kalau tidak menjamin untuk mendapat apa yang diinginkan??

Wednesday, March 10

sekali lagi imam fudhail

Beliau dilahirkan di Samarqand dan dibesarkan di Abi Warda, suatu tempat di daerah Khurasan.
Tidak ada riwayat yang jelas tentang kapan beliau dilahirkan, hanya saja beliau pernah menyatakan usianya waktu itu telah mencapai 80 tahun, dan tidak ada gambaran yang pasti tentang permulaan kehidupan beliau.
Sebagian riwayat ada yang menyebutkan bahwa dulunya beliau adalah seorang penyamun, kemudian Allah memberikan petunjuk kepada beliau dengan sebab mendengar sebuah ayat dari Kitabullah.

Disebutkan dalam Siyar A’lam An-Nubala dari jalan Al-Fadhl bin Musa, beliau berkata: “Adalah Al-Fudhail bin ‘Iyadh dulunya seorang penyamun yang menghadang orang-orang di daerah antara Abu Warda dan Sirjis. Dan sebab taubat beliau adalah karena beliau pernah terpikat dengan seorang wanita, maka tatkala beliau tengah memanjat tembok guna melaksanakan hasratnya terhadap wanita tersebut, tiba-tiba saja beliau mendengar seseorang membaca ayat:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِيْنَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوْبُهُمْ لِذِكْرِ اللهِ وَماَ نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلاَ يَكُوْنُوا كَالَّذِيْنَ أُوْتُوا الْكِتاَبَ مِنْ قَبْلُ فَطاَلَ عَلَيْهِمُ اْلأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوْبُهُمْ وَكَثِيْرٌ مِنْهُمْ فاَسِقُوْنَ
“Belumkah datang waktunya bagi orang –orang yang beriman untuk tunduk hati mereka guna mengingat Allah serta tunduk kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang –orang yang sebelumnya telah turun Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras, dan mayoritas mereka adalah orang-orang yang fasiq.” (Al Hadid: 16).
Maka tatkala mendengarnya beliau langsung berkata: “Tentu saja wahai Rabbku. Sungguh telah tiba saatku (untuk bertaubat).” Maka beliaupun kembali, dan pada malam itu ketika beliau tengah berlindung di balik reruntuhan bangunan, tiba-tiba saja di sana ada sekelompok orang yang sedang lewat. Sebagian mereka berkata: “Kita jalan terus,” dan sebagian yang lain berkata: “Kita jalan terus sampai pagi, karena biasanya Al-Fudhail menghadang kita di jalan ini.” Maka beliaupun berkata: “Kemudian aku merenung dan berkata: ‘Aku menjalani kemaksiatan-kemaksiatan di malam hari dan sebagian dari kaum muslimin di situ ketakutan kepadaku, dan tidaklah Allah menggiringku kepada mereka ini melainkan agar aku berhenti (dari kemaksiatan ini). Ya Allah, sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu dan aku jadikan taubatku itu dengan tinggal di Baitul Haram’.”
Sungguh beliau telah menghabiskan satu masa di Kufah, lalu mencatat ilmu dari ulama di negeri itu, seperti Manshur, Al-A’masy, ‘Atha’ bin As-Saaib serta Shafwan bin Salim dan juga dari ulama-ulama lainnya. Kemudian beliau menetap di Makkah. Dan adalah beliau memberi makan dirinya dan keluarganya dari hasil mengurus air di Makkah. Waktu itu beliau memiliki seekor unta yang beliau gunakan untuk mengangkut air dan menjual air tersebut guna memenuhi kebutuhan makanan beliau dan keluarganya.
Beliau tidak mau menerima pemberian-pemberian dan juga hadiah-hadiah dari para raja dan pejabat lainnya, namun beliau pernah menerima pemberian dari Abdullah bin Al-Mubarak.
Dan sebab dari penolakan beliau terhadap pemberian-pemberian para raja diduga karena keraguan beliau terhadap kehalalannya, sedang beliau sangat antusias agar tidak sampai memasuki perut beliau kecuali sesuatu yang halal.
Beliau wafat di Makkah pada bulan Muharram tahun 187 H.
(Diringkas dari Mawa’izh lil Imam Al-Fudhail bin ‘Iyadh, hal. 5-7)

sumber: http://www.kisah.web.id/tokoh-islam/al-imam-fudhail-bin-iyadh-rahimahullah.html

ikhlas dan benar (lagi coretan)..

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan dalam firman-Nya:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا
“(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, untuk menguji kalian, siapa di antara kalian yang paling baik amalannya” (Al-Mulk:2).

Berkata al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah, “Makna ayat ini adalah, bahwasannya Allah  telah menjadikan makhluk-makhluk dari sesuatu yang tadinya tidak ada (kemudian menjadi ada) untuk menguji mereka siapa diantara mereka yang paling baik amalannya”. (Tafsir Ibnu Katsir 8/176).

Adapun yang dimaksud dengan amalan yang paling baik sebagaimana kata al-Imam Abu ‘Ali Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah adalah, “amalan yang paling ikhlas dan paling benar”, orang-orang bertanya, “Wahai Abu ‘Ali apakah yang dimaksud dengan paling ikhlas dan paling benar?” Beliau menjelaskan, “Sesungguhnya amalan jika telah ikhlas tetapi tidak benar maka tidak diterima (oleh Allah ), demikian sebaliknya, jika amalan tersebut telah benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima (oleh Allah ) sampai menjadi ikhlas dan benar.
Sedangkan yang dimaksud dengan amal yang ikhlas adalah yang dilakukan karena Allah  dan yang dimaksud dengan amalan yang benar adalah jika dilakukan sesuai Sunnah (Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam)”. (Iqtidho’ Shirothil Mustaqim, hal. 451-452 ).

Inilah diantara perkataan Fudhail bin ‘iyadh yang sangat berharga, yang kesimpulannya adalah: Dalam beramal harus terpenuhi dua syarat dan menghindari dua perusaknya:
1. Syarat pertama: ikhlas karena Allah Ta’ala, perusaknya adalah riya’
2. Syarat Kedua: Mencontoh Nabi shallallahu’alaihi wa sallam, perusaknya adalah bid’ah (mengada-ngadakan dalam agama tanpa ada contoh dari Nabi shallallahu’alaihi wa sallam. Lebih jelas ttg bid’ah berikut ini beberapa dalilnya:

1. Hadits Aisyah , bahwa Rasulullah  bersabda:
من أحدث في أمرنا هذا ما ليس فيه فهو رد
“Barang siapa yang mengada-ngadakan perkara baru dalam agama kami ini apa-apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” (Muttafaqun ‘alaihi).

2. Hadits Aisyah , bahwa Rasulullah  bersabda:
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barang siapa yang melakukan amalan yang tidak ada padanya perintah kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 4590).

3. Hadits Jabir bin Abdullah  yang mengisahkan khutbah Rasulullah  :
أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Amma ba’du, sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (shallallahu’alaihi wa sallam) dan seburuk-buruk urusan adalah perkara baru (dalam agama) dan semua perkara baru (dalam agama) itu sesat.” (HR. Muslim no. 2042).

4. Hadits al-Irbadh bin Sariyah , bahwa Rasulullah  bersabda :
أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِى فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Aku wasiatkan kalian agar senantiasa taqwa kepada Allah serta mendengar dan taat kepada pemimpin (negara) meskipun pemimpin tersebut seorang budak dari Habasyah, karena sesungguhnya siapa pun diantara kalian yang masih hidup sepeninggalku akan melihat perselisihan yang banyak (dalam agama), maka wajib bagi kalian (menghindari perselisihan tersebut) dengan berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa’ur Rasyidin yang telah mendapat petunjuk. Peganglah sunnah itu dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan berhati-hatilah kalian terhadap perkara baru (bid’ah dalam agama) karena setiap bid’ah itu sesat.” (HR. Abu Dawud no. 4609, Tirmidzy no. 2677).

Setelah Rasulullah  menjelaskan kepada kita bahwa semua perkara baru dalam agama yang tidak bersandar kepada dalil syar’i adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat, masihkah pantas bagi kita beramal hanya karena mengikuti seorang tokoh atau mengikuti kebanyakan orang!? Dan masihkah layak kita berpendapat ada bid’ah yang baik (hasanah)!?

Maka di sinilah pentingnya ilmu sebelum beribadah kepada Allah Ta’ala. Bahwa ibadah tidak boleh sekedar semangat, tetapi harus berlandaskan dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah sebagaimana yang dipahami dan diamalkan oleh generasi awal ummat Islam. Wallohul Muwaffiq.
Semoga bisa menjadi nasehat, barokallohu fiik.

Imam Fudhail Iyadh

Imam al-Fudhail r.a.

Beliau adalah Abu 'Ali al-Fudhail bin 'Iyadh bin Mas`ud bin Bisyr at-Tamimi al-Yarbu`iy al-Khuraasaani. Beliau asalnya adalah seorang ahli maksiat yang suka merompak dan menyamun, yang kemudiannya mendapat sinar hidayah Allah apabila terkena panahan kalam Allah. Diceritakan bahawa sewaktu masih bejat, beliau pada satu malam berniat untuk mengganggu seorang perempuan. Sewaktu beliau memanjat tembok kediaman perempuan tersebut, beliau mendengar suara orang membaca al-Quran ayat 16 surah al-Hadiid yang berbunyi:-


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Qur'an) yang diturunkan (kepada mereka)?
Ayat tersebut benar-benar masuk meresap dan menyentak sanubari Fudhail bin 'Iyadh, membuatnya terdiam di atas tembok tersebut, lalu tiba-tiba Fudhail bin Iyadh merasa lemah longlai segala sendinya dan tubuhnya gementar seraya beliau merintih kepada Allah: "Oh Tuhan, telah tiba waktuku. Telah tiba waktuku." Dia pun turun dari tembok tersebut dan berjalan pulang dengan hati bertaubat setulus-tulusnya.

Setelah bertaubat, beliau menekuni ilmu agama terutama sekali ilmu hadits di mana beliau mendengar hadits daripada jemaah muhadditsin antaranya Syaikh Sulaiman al-Taimi, Syaikh Yahya al-Anshari, Imam Ja'far ash-Shodiq, Imam 'Atho` bin as-Saib dan Imam Sufyan ats-Tsauri. Dan telah meriwayat pula daripadanya sejumlah ulama, antaranya Imam asy-Syafi`i, Imam Sufyan bin 'Uyainah, Imam Yahya al-Qaththan, Imam Ibnul Mubarak dan Imam al-Humaidi. Para ulama telah ijma` atas tsiqahnya dan kekuatannya untuk dijadikan hujjah serta atas kesholihan, kezuhudan dan kewarakannya.

Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menukilkan kalam Imam Fudhail berhubung persoalan ikhlash dan riya`. Pada halaman 36, Imam an-Nawawi rhm. menulis:-


Dan telah diriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jaliil Abi 'Ali al-Fudhail bin 'Iyadh r.a. berkata: " Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya`; Dan beramal kerana manusia pula adalah satu kesyirikan; Manakala ikhlash adalah apabila Allah meng`afiatkan engkau daripada keduanya (yakni segala sesuatu dilaksanakan kerana Allah semata-mata)."
Imam yang mulia ini meninggalkan dunia yang fana pada bulan Muharram tahun 187H di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau telah dimaqamkan di Jannatul Ma'ala.....al-Fatihah.

sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2007/01/imam-al-fudhail-ra.html

Monday, March 8

ikhlas dan benar

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan (memurnikan ketaatan) kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus,…" (Al-Bayyinah : 5)

"Sesunguhnya kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan (memurnikan ketaatan) kepada-Nya. Ingatlah, Hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)."… (Az-Zumar : 2-3)

Dan firman-Nya kepada kepada nabi-Nya saw:
"Katakanlah: "Hanya Allah saja yang Aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya (ikhlas) dalam (menjalankan) agamaku". Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia..." (Az-Zumar : 14-15)

Katakanlah:"Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan Aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". (Al-Anaam: 162-163)

Dan firman-Nya lagi:
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Al-Mulk : 2)

Al-Fudhail bin Iyadh berkata, Yakni yang ikhlas dan yang benar-benar. Orang-orang bertanya, Wahai Abu Ali, apakah yang ikhlas dan yang benar itu? Beliau menjawab, Sesungguhnya amal itu apabila dilaksanakan dengan ikhlas tetapi tidak benar, maka ia tidak diterima, dan jika dilakukan secara benar tapi tidak ikhlas, maka tidak diterima pula, sehingga harus dengan niat yang ikhlas dan benar. IKHLAS ialah karena Allah dan BENAR adalah mengikuti sunah. Kemudian beliau membaca firman Allah (yang ertinya)

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
(Al-Kahfi : 110)


Dan firman-Nya lagi:
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan,... " (An-Nissa :125).
Menyerahkan diri:- yakni mengikhlaskan niat dan amal kerana Allah. Dan berbuat kebaikan padaNya ialah mengikuti Rasulullah saw dan sunnahnya.

Dan firman-Nya lagi:
"Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. .." (Al-Furqaan : 23)

Iaitu amal-amal yang dilakukan dengan tidak mengikuti sunah dan dimaksudkan untuk selain mencari keredhaan Allah.


Diriwayatkan juga dalam sebuah hadits shahih dari hadits Anas bin Malik ra, dia berkata? Telah bersabda Rasulullah saw:
"Tiga perkara yang tidak akan di benci di hati seorang muslim, yaitu: meng-ikhlaskan amal karena Allah, menasihati pemimpin, dan menetapi jamaah kaum muslimin, karena doa mereka selalu menyertainya.

Yakni tidak ada kebencian terhadapnya, dan tidak akan memunculkan kecurangan bersama tiga hal tadi, bahkan ketiganya justru menghilangkan kebencian dari hati, membersihkannya dan mengeluarkannya darinya.

Kerana hati sangat benci terhadap syirik, kecurangan, dan tindakan keluar dari jamaah kaum muslimin dengan membawa bid'ah dan kesesatan. Ketiga hal inilah yang boleh menimbulkan kebencian dan kedengkian. Untuk mengubati dan mengeluarkannya dari hati harus di lakukan dengan cara memurnikan ke-ikhlasan, nasihat dan mengikuti sunah.


Rasulullah pernah ditanya tentang orang-orang yang berperang karena ingin dipuji (riya), berperang kerana hendak menunjukkan keberanian dan berperang kerana merasa hebat, manakah yang termasuk fisabilillah? Lalu beliau menjawab:
"Barang siapa yang berperang untuk menjungjung tinggi agama Alloh maka dia fisabilillah"

Rasulullah juga memberitahukan tentang tiga golongan manusia yang dengan merekalah mula-mula dinyalakan api neraka, yaitu qariul Quran (orang yang membaca Al-Quran), orang yang berperang, dan orang yang meyedekahkan hartanya, tetapi kesemuanya dengan niat agar dikatakan sebagai qari (juara), agar di katakan pemberani (pahlawan), dan agar dikatakan sebagai dermawan. Mereka tidak ikhlas karena Allah.

Dalam hadits qudsi, Allah berfirman:
"Aku sama sekali tidak memerlukan sekutu. Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan dengan mempersekutukan selain-Ku padanya, maka amalan itu untuk sesuatu yang ia persekutukan dan Aku berlepas darinya.

Dalam hadits qudsi yang lain, Allah berfirman:
Ikhlas itu merupakan rahasia-Ku yang Aku kirimkan di dalam hati hamba-Ku yang Aku cintai.

Ungkapan mereka dalam merumuskan ikhlas dan sidiq itu bermacam-macam, tetapi maksudnya satu. Ada yang mengatakan bahwa ikhlas itu menunggalkan Allah sahaja yang menjadi tujuan didalam menjalankan ketaatan. Ada pula yang mengatakan bahwa ikhlas itu membersihkan perbuatan dari perhatian makhluk.

Ada lagi yang mengatakan bahwa ikhlas itu menjaga amalan dari mencari perhatian makhluk, termasuk terhadap perhatian diri anda sendiri. Sedang sidiq ialah membersihkan amal dari perhatian diri sendiri. Jadi orang ikhlas tidak memiliki rasa riya dan orang yang sidiq tidak memilki rasa ujub.. Tidak sempurna ikhlas kecuali dengan shidiq dan tidak sempurna sidiq kecuali dengan ikhlas. Keduanya tidak sempurna kecuali dengan sabar.

Ada lagi yang menyatakan, barang siapa yang didalam ke-ikhlasannya menyaksikan ke-ikhlasan tersebut, maka keikhlasannya masih memerlukan keikhlasan lagi. Jadi kekurangan orang yang mukhlis di dalam keikhlasannya ialah di ukur sampai mana ia melihat keikhlasannya. Apabila sudah tidak melihat keikhlasannya lagi, maka ia menjadi orang yang mukhlis lagi mukhlas (di murnikan).

Diantara perkataan al-fudhail ialah Meninggalkan amal karena manusia adalah riya, melakukan amal karena manusia adalah syirik dan ikhlas ialah Allah menyelamatkanmu dari keduanya.

Semoga Alloh menjadikan kita orang yang ikhlas.

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh

-Ikmalludin - muslimrurh

hati tengah sakit ya ALLAH..

sakit sangat ya ALLAH..

Sunday, March 7

sebaik-baik manusia

Khairunnas anfa‘uhum linnas. (HR Ahmad dan Thabrani)

sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia lain

keunikan suku Quraisy

Hal yang menarik untuk kita kaji adalah mengapa nabi dan rasul terakhir bagi umat manusia dibangkitkan Allah dari kalangan suku Quraisy di Semenanjung Arabia? Jawaban atas pertanyaan ini diberikan oleh Allah sendiri dalam Alquran Surat Quraisy ayat pertama dan kedua yang berbunyi, "Karena tradisi suku Quraisy. Tradisi mereka mengembara di musim dingin dan di musim panas".

Kota suci Mekah pada mulanya bernama Baka atau Bakkah, sebagaimana tercantum dalam Ali Imran 96. Dalam bahasa Arab, kata baka mempunyai dua arti, "berderai air mata" dan "pohon balsam". Arti yang pertama berhubungan dengan gersangnya daerah itu sehingga seakan-akan tidak memberikan harapan, dan arti yang kedua berhubungan dengan banyaknya pohon balsam (genus commiphora) yang tumbuh di sana. Oleh karena huruf mim dan ba sama-sama huruf bilabial (bibir), nama Bakkah lama-kelamaan berubah menjadi Makkah.

Karena kota Mekah sangat gersang, orang-orang Quraisy penghuni kota itu tidak mungkin hidup dari sektor agraris (pertanian), melainkan harus mengembangkan sektor bisnis (perdagangan). Dibandingkan suku-suku lain di Semenanjung Arabia, suku Quraisy memiliki watak istimewa, tahan segala cuaca! Mereka memiliki tradisi (ilaf) gemar mengembara baik di musim dingin maupun di musim panas untuk berniaga.

Pada mulanya sebagian besar suku Quraisy memusuhi Islam sehingga Nabi Muhammad saw. dan para pengikut beliau harus meninggalkan kampung halaman berhijrah ke Madinah. Akan tetapi akhirnya seluruh orang Quraisy memeluk agama Islam, terutama setelah Rasulullah menguasai Mekah. Tradisi gemar mengembara dari suku Quraisy merupakan salah satu faktor yang ikut mempercepat penyebaran agama Islam. Hanya satu abad sesudah nabi wafat, pada pertengahan abad ke-8 kekuasaan Islam membentang dari Spanyol sampai Xinjiang.

Rupanya sudah menjadi sunnatullah (hukum Ilahi) bahwa suatu ide atau ajaran akan cepat berkembang luas apabila disebarkan oleh orang-orang yang gemar mengembara. Dalam sejarah tanah air kita, organisasi Muhammadiyah memiliki pengalaman serupa. Pada zaman pendirinya, K.H. Ahmad Dahlan, organisasi dakwah yang lahir di Yogyakarta ini baru tersebar di Pulau Jawa. Muhammadiyah segera berkembang cepat ke seluruh Nusantara setelah disebarkan oleh dua suku pengembara, orang-orang Minangkabau dan orang-orang Bugis.

Gersangnya daerah Mekah membawa hikmah lain, dua kekuatan adikuasa pada zaman Nabi Muhammad saw., yaitu Romawi dan Persia, tidak berminat untuk menguasai Mekah. Demikian pula ketika pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 kolonial Inggris dan Prancis berbagi kekuasaan di Timur Tengah, daerah Mekah sama sekali tidaklah mereka jamah. Dari zaman nabi sampai sekarang, Kakbah (Rumah Allah) tidak pernah berada di bawah dominasi kekuasaan kelompok non-Muslim.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. dan putera beliau Nabi Ismail a.s. mendirikan Rumah Allah, yaitu Kakbah sekarang, Nabi Ibrahim a.s. berdoa, "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman sentosa, dan anugerahkanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari akhirat." (Surat Al-Baqarah 126). Doa Nabi Ibrahim a.s. tersebut dikabulkan oleh Allah secara kontinu sampai hari ini! Meskipun tanah Mekah gersang dan tidak memproduksi buah-buahan, para jemaah haji dapat menyaksikan sendiri bahwa buah-buahan apa pun jenisnya dapat kita jumpai di Mekah, mulai dari anggur Prancis sampai pisang Ekuador.

Air pun kini berlimpah di Mekah. Di samping sumber telaga Zamzam yang tidak pernah kering, pemerintah Arab Saudi menggunakan teknologi modern dalam menyediakan air bersih dari hasil penyulingan (destilasi) air laut. Dengan teknologi tinggi yang disebut flash distillation, tekanan diturunkan sedemikian rupa sehingga air laut mendidih pada suhu 50 derajat Celsius, lalu uap air yang sudah terpisah dari garam-garam dilewatkan melalui alat pengembun (kondensor) supaya cair kembali. Proses ini cukup murah sebab hemat energi. Di Jeddah pabrik penyulingan air laut semacam ini memproduksi 50 juta liter air bersih per hari, dan sebagian besar disalurkan ke Kota Mekah untuk keperluan para jemaah haji.

Sebagai penutup uraian, ada tiga kesimpulan yang patut kita petik. Pertama, perayaan maulid nabi kita selenggarakan untuk meningkatkan semangat juang dan sebagai alat dakwah. Kedua, Nabi dan rasul terakhir Muhammad saw. sengaja dibangkitkan Allah dari kota Mekah yang gersang, yang penduduknya bersifat gemar mengembara, untuk efektivitas penyebaran agama Allah. Ketiga, Allah senantiasa menganugerahi Mekah bahan makanan dan air yang berlimpah, serta melindungi kota suci itu dari dominasi kekuasaan kelompok lain. Mahabenar Allah dengan segala firman-Nya.***

Oleh IRFAN ANSHORY
Penulis tinggal di Jln. Kayu Agung Bandung

Sumber : swaramuslim.net

Saturday, March 6

tukang bawa kayu api neraka?

ya ALLAH..janganlah engkau golongkan kami dalam kelompok mereka yang menanamkan kebencian di dalam hati-hati...


ya ALLAH..golongkanlah kami dalam kelompok mereka yang membawa kepada kasih sayang dalam hati-hati..


dan itulah tanda keimanan kepada MU..kerana untuk beriman padaMU dan merasai kemanisannya adalah dengan mengasihiMU wahai TUHAN Rabbul'alamin..

Thursday, March 4

hijrah pilihan kita!

Wahai diri, wahai teman, wahai sahabat...andai dalam jiwamu terdetik rasa untuk berubah. untuk mengejar kasih Ilahi, maka lahirkanlah rasa hati itu ke lubuk hati yang paling dalam.. dan rasailah kebenaran rasa itu. bersegeralah ke arah kebaikan dan penghijrahan itu, sesungguhnya mujahadah kepada kasih ALLAH menuntut pe...mbebasan cinta pada dunia..rasailah dan yakinilah bahawa dunia hanya sejenis makhluk yang dicipta Ilahi sebagai nikmat buat hamba dan makhlukNya yang paling mulia iaitu kita...rasailah detikan dan bisikan malaikat itu. tanamlah ia di dalam hati sebelum syaitan mematikan api semangat itu dengan api kekufurannya...

Ayuh diri, ayuh semua..sedarlah. untuk berubah..dikala hidayah didetikkan ke dalam hati, syaitan akan berduyun-duyun datang untuk memusnahkan kesucian itu. dan kamu, wahai diri yang merasakan detikan hati itu, pasti akan dapat merasakan sogokan syaitan itu.pasti kamu dapat menilainya..yang membezakan hanyalah pilihan yang akan dibuat...dan pilihan itu pilihan kamu..teruslah mencintai dunia dan diri itu adalah antara yang akan rugi. dan sedarlah TUHAN yang MAHA KAYA yang memiliku jiwa itu, tidak akan rugi walau sedikit pun...dan benar. PILIHAN itu, PILIHAN KAMU!! wahai diri yang hatinya dibisikkan kebaikan dan disogokkan kekufuran..

sedarlah..andai kita tidak mengambil langkah. tidak membawa kaki. tidak menghayun tangan untuk berubah dan tidak sekali-kali membulatkan suara hati untuk berubah..nescaya tiada siapa yang tahu bila hidayah seterusnya akan datang mengetuk hati lagi..

sedarlah andai kita tidak membenarkan bisikan malaikat dikala ia dibisikkan..entah bila bisikan itu akan tiba lagi sedangkan bisikan syaitan dan hasutan nafsu tidakkan pernah surut dan hilang...

rasailah..andai hati sudah hitam keras dengan kekerasan nafsu kita..bagaimana lagi keimanan mampu menapak di hati. hanya dengan rahmat ALLAH..tapi sedarlah, sedarlah hati..sedarlah..kita mengharapkan rahmat TUHAN..sentiasa! tidak sesaat pun kita lupa bahawa ALLAH Maha Pemurah dengan rahmatNya yang luas. padahal kita tidak cuba DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH MUJAHADAH pun untuk memberikan kasih sayang kita kepadaNya...cukuplah diri, wahai hamba ALLAH yang kerdil..cukuplah untuk meminta sebelum memberi..

ingatlah firman ALLAH bahawa DIA telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan dan kemudiannya dikembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya melainkan mereka yang BERIMAN dan beramal soleh (surah at-Tin 95:4-5)..
sesungguhnya imanlah yang menjadi kunci kehidupan yang benar. kunci kepada rahmat ALLAH..

carilah kasih ALLAH kerana usaha itulah jaminan ALLAH akan memberikan rahmat dan mendekati kita. mengetuk hati kita dan mengisi kekosongan hati kita...

tanpa usaha itu. teruslah berharap untuk hidayah yang tidak pasti itu.teruslah berhujah bahawa hidayah belum mengetuk pintu hatiku.padahal sudah banyak yang ALLAH berikan untuk kita sedar!

belajarlah diri, belajarlah sahabat untuk hidup bersama ALLAH! Nabi Muhammad yang sangat kita cintai, Nabi yang merindui kita dikala hayatnya dan menyebut-nyebut kita dikala ajalnya pernah bersabda "Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan menjagamu. Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan sentiasa berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada ALLAH. Jika kamu memohon pertolongan moholah kepada ALLAH" (Petikan dari hadith 19; riwayat Tirmidzi)

pupuklad dan MUJAHADAHlah untuk membina cinta kepada ALLAH, sesungguhnya itu kunci kepada keimanan. kunci utama kepada kemanisan iman. hayatilah ilmu yang telah dipelajari dikala di sekolah dahulu..sesungguhnya kemanisan iman yang pertama ialah apabila ALLAH dan Rasulullah itu dicintai melebihi segalanya..MELEBIHI SEGALANYA..dan cinta kepada dunia itu. cinta kepada manusia itu. cinta kepada selain ALLAH dan RasulNYA yang BERLEBIHAN itu..racun kepada keimanan!

subhanallah.semoga ALLAH terus meyayangi kita..hamba yang terkadang lalai dalam mencari dan MENJAGA HIDAYAH ALLAH Rabbul 'alamin..


ISTIQAMAH lah diri dalam perubahan dan penghijrahan..

Wednesday, March 3

Adab Mencari Ilmu


Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim. Ada beberapa hal atau adab yang harus diketahui bagi sang pencari ilmu, sehingga ilmu yang diperoleh bermanfaat, berkah, dan mendapat ridha Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Beberapa adab yang perlu diketahui bagi sang pencari ilmuadalah sebagai berikut :
1. Iklas
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam " Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya..." (Hadist, Riwayat Bukhari).
Imam Nawawi menyatakan, para ulama memiliki kebiasaan menulis Hadist ini diawal pembahasan, guna mengingatkan para pencari ilmu agar meluruskan niat mereka sebelum menelaah kitab.

2. Mengutamakan yang Wajib
Hendaknya penuntut ilmu mengutamakan ilmu yang hukumnya fardhu ain untuk dipelajari terlebih dulu, semisal masalah aqidah, halal haram,dan kewajiban yang dibebankan kepada muslim, maupun larangannya.

3. Meninggalkan yang tidak Bermanfaat
Tidak semua ilmu boleh dipelajari, karena ada ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat, bahkan bisa menjerumuskan orang yang mempelajarinya kepada keburukan, misal; ilmu sihir.

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh setan-setan pada masa kerajaan Sulaiman, padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setanlah yang kafir yang mengerjakan sihir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut..." (Q. Al-Baqarah 102)

4. Menghormati Ulama
Rasulullah SAW. bersabda, " Barang siapa menyakiti waliku, maka Aku telah mengumandangkan perang kepadanya" (Hadist Riwayat Bukhari)
Imam Syafi'i dan Imam Hanifah menafsirkan yang dimaksud wali dalam hadist itu adalah para ulama. Sehingga jangan sampai seorang penuntut ilmu melecehkan mereka, karena perbuatan itu mengundang murka dari Allah SWT.

5. Tidak Malu
Sifat malu dan gengsi bisa menjadi penghalang seseorang untuk memperoleh ilmu. Karena itu para ulamamenasehati agar kedua sifat itu ditinggalkan dalam menuntut ilmu, hingga pengetahuan yang bermanfaat bisa didapat.

6. Memanfaatkan Waktu
Hendaknya pencari ilmu tidak menyia-nyiakan waktu hingga terlewatkan waktu belajar. Ulama besar seperti Bukhari, bisa dijadikan contoh dimana beliau menyalakan lentera lebih dari 20 kali dalam semalam untuk menyalin Hadist yang telah beliau peroleh. Artinya beliau amat menghargai waktu, malam hari pun tidak beliau lewatkan kecuali untuk menimba ilmu.

7. Bermujahadah
Para ulama dahulu tidaklah bersantai-santai dalam mencari ilmu. Tentu kalau seorang muslim menginginkan memiliki ilmu sebagaimana ilmu yang mereka miliki, maka harus bersunggu-sungguh, seperti kesungguhan yang telah mereka lakukan.

Ada yang mengatakan kepada Imam Ahmad saat beliau terlihat tidak kenal lelah dalam mencari ilmu. "Apakah engkau tidak beristirahat?" Beliau hanya mengatakan, "Istirahat hanya di Surga"

8. Menghindari MaksiatNasihat Imam Al-Waqi' kepada Imam Syafi'i mengenai sulitnya menghafal sangatlah berharga. Imam Al Waqi' menjelaskan bahwa ilmu adalah cahaya dari Allah SWT, sehingga tidak akan pernah bersatu dengan jiwa yang suka bermaksiat.

9. Mengamalkan Ilmu
Setiap ilmu yang dipelajari harus diamalkan. Para pencari ilmu hendaknya bersegera mengamalkan apa yang telah ia ketahui dan pahami, jika hal itu berkenaan dengan amalan-amalan yang bisa segera dikerjakan. Ali bin Abi Thalib ra. mengatakan " Wahai pembawa ilmu, beramallah dengan ilmu itu, barang siapa yangsesuai antara ilmu dan amalannya, maka mereka akan selalu lurus". (Riwayat Ad Darimi)
 
 
dipertik dr:  http://alhaudh.blogspot.com/2009/07/adab-mencari-ilmu.html