Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri,
Apa yang tiada sering dirisaukan,

Nikmat yang dikecap baru kan terasa, 
bila hilang di dalam genggaman,
Apa yang diburu timbul rasa jemu,
bila sudah di dalam genggaman..

Dunia ibarat air laut,
Diminum hanya menambah haus,
Nafsu bagaikan fatamorgana,
Indah di mata namun tiada..


Panas yang membahang disangka air,
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang,
Dilihat ada ditangkap hilang..

Tuhan.. leraikanlah dunia,
yang mendiam di dalam hatiku,
Kerana di situ tidak ku mampu,
mengumpul dua cinta,

Hanya cintaMu ku harap tumbuh,
dibajai bangkai nafsu yang kubunuh..

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna