Wednesday, January 5

Makaroni Guratan



1 cawan makaroni yang belum direbus
2 sosej ayam ( leh ganti ngan udang atau isi ayam)
1/4 batang carrot
beberapa kinoko ( cendawan)
1/4 batang saleri
sedikit mix cheese untuk ditabur atas macaroni nnt

untuk sos putih
2 sudu besar tepung gandum
1sudu besar marjein or butter
1 cawan susu segar
sedikit lada sulah
sedikit garam

1. Mula-mula rebus makaroni ikut lah arahan pada paket tu, 7 minit ke 6 minit ke, lepas tu angkat dan letakkan 1 sudu besar olive oil, kacau sebati, ketepikan.
2. Potong dadu carrot dan hiris halus caleri dan cendawan. rebus carrot dan caleri tadi separuh masak. angkat dan boleh lah dicampur dengan makaroni tadi. letak sedikit garam dan lada sulah.
3. Buat Sos putih, masukkan semua bahan sos dan kacau hingga pekat. glis cookware ceramic yang bentuk oval tu dengan marjerin dan letakkan campuran makaroni dan sayur tadi, kemudian curah sos putih, akhir sekali tabur mix cheese dan sedikit hirisan daun saleri, bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan guratan perang. Ok dah siap, Selamat Mencuba kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment