Posts

Showing posts from February, 2014

Sentuhan-sentuhan Tuhanku

MUSIM SYAHADAH Sekarang ni musim SH di tanah UK. Aku rasa di kebanyakan tempat pun, di mana sahaja yang putik-putik tarbiyah sedang tumbuh. Semakin aku meniti jalan dakwah dan tarbiyah ni, semakin aku sayu mempelajari hakikat hidayah itu milik Tuhan. Betapa kefahaman dan keimanan itu, berbeza maqamnya. Mengimani hakikat hidayah itu milik Tuhan.. subhanallah, suatu pengalaman yang benar-benar menundukkan.  Sejarah menunjukkan walau seorang Nabi, walau seorang Rasul, kamu tidak mungkin akan mampu mengubah hati seorang manusia untuk beriman pada Tuhan dengan sebenar-benar keimanan. Tidak kiralah dia adalah Nuh a.s yang tabah ataupun Muhammad S.A.W yang al-Amin. Tiada yang dapat membuka hati seorang manusia, melainkan Tuhan Rabbul Alamin.  Tahun berganti tahun, ALLAH mengajarkan aku makna ini. Setiap tahun, perasaannya berbeza. Pedih-sukar-risau... kini berubah menjadi kelat dan berbuah ketundukan hati. Tuhan ingin menguji kejujurankah? Tuhan ingin menguji ketabahankah? Atau Tu

Idza lam tastahyi

Kalau kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu suka. 

Jalan kembali seorang jundi

Image
i Kembali lagi seorang jundi Datangnya dulu menyentuh hati Sopan dan halus tuturnya menjadikan aku kerdil di hati Mengenangkan masih kasar tingkah dan keras hati sendiri Saat suatu mabit membina iman dan taqwa pada Ilahi Dikongsikan ibrah 'surat seorang jundi buat qiyadah yang dia kasihi' Saat itu timbul gangguan di hati kerana hatiku sendiri masih enggan memberi  Demi membumikan ukhuwah dan tsiqah dalam timbal balik yang murni Tapi, perkongsiannya itu tetap antara tangga yang melembutkan hati Memuhasabah nilai dan sifatku sendiri Kini dia telah pergi Suami dan temannya menjadi saksi Dia telah menunaikan janji pada Tuhannya sepenuh hati Moga Engkau terima setiap amalnya dia,  Seorang jundi juga murabbi. ii Pada pengamatan kecilku  Jiwa-jiwa yang pergi dahulu  Mereka mengajar hikmah menjadi air yang mengalir  Dan terkadang menderu laju Ia mampu membersih dan membentuk  Tiap permukaan yang ia sentuh Walau permukaan