Saturday, January 19

Of sharing

Sometimes you just have to share the simplest thing that you have learnt and hold on to, that is more meaningful to other people. Much more than you can ever imangine.


Taqwa. Tawassau bilhaq wa bisshobri.

T_T

Wednesday, January 16

Long time no see

Bismillah

It has been a long time since I last visit this site and even write in it. When I look back it has been almost two years since I last write (in here). Few days ago, I get some sort of feeling to visit this page back. As I viewed this, I feel like I wanted to getback into my writing world, but with a new mind setting and I hope this would be a better one and blessed.

So many things that I am digesting at the moment, will write insyaAllah when things have came bit more clear.

Till then, let us pray that Allah will allow some times in our lives for us to do reflection and more wonderfully if He grants us a soul of taqwa that we are self aware every minutes of our lives...

Wasalam.

Sunday, January 13

Dementia dan AQ


Wahai Para Doktor (dan orang lain juga)  ^_^,

Dementia ada dalam Quran tau. *over excited* O.K, baiklah dalam Oxford Handbook pun ada dementia. hehehee. So, let see what Allah wants to tell us when He talks about dementia.

Jom buka Quran! Cuba baca Al-Hajj 22:5. Baca tau, satu-satu: **Plissss**

“Wahai M.A.N.U.S.I.A !! Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya kami kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, AGAR KAMI JELASKAN KEPADA KAMU; dan kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa dan di antara kamu ada yang diwafatkan DAN (ada pula)  DI ANTARA KAMI YANG DIKEMBALIKAN SAMPAI USIA YANG SANGAT TUA, SEHINGGA DIA TIDAK MENGETAHUI LAGI SESUATU YANG DIKETAHUINYA. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah kami turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi ini menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah.”

Scientifically we can say, Allah reminds us about the cycle of life, from nothing. I mean like literally from nothing. Kalau dalam buku sains kan life cycle kita mula dari benih-benih tu kan?

Allah ceritalah dalam ayat ni semua tu **Cuma tak de la details macam nama2 pelik Latin dan Greek yang memeningkan tu**. He wants to remind us about how helpless we were before... Mana taknya, dari tak de pape kepada sekarang ada badan, perasaan, kehendak, tenaga, keluarga, rumah (some people rumah besar), duit banyak-banyak (mata bersinar-sinar). Dari mana datang semua ni?  (tengok dalam hati sekarang sebelum kita sama-sama jawab soalan ni) Dari Allah-lah. Mampukah seekor sperm atau sebiji telur ovum mencipta semua ni sendiri? Hish, nak berenang-renang cari ovum pun nak kena ada tenaga, ni kan pulak nak fikir pasal nak cipta hati dan perasaan, nak ada keluarga dan rumah. **Apekah** Masa dalam bentuk sel tu, nak fikir nak makan dan tidur pon tak tahu, ok? Seeeee how helpless we were before.

**Ya ALLAH, sekarang yang tidur sila bangun ok. Jangan sombong-sombong lagi pada Allah!**
*Jom baca lagi!*

Kalau dalam ayat yang Allah cakap pasal dementia ni, Allah mula dari tanah. ni extended discussion sket Allah bagi untuk kita. Kalau dalam buku teks kata dari sperm dan ovum je kan? Allah kate dari tanah. Tanah?

** Fikir. Fikir. Fikir. By (Guided) thinking insyaALLAH we will know ourselves and our Lord**

Weh, penting ni!!! Knowing that we come from tanah is so very much important. Mane taknya. Tanah kot. Keadaan fizikal dan kimia berbeza kot. Macam mana bole transfer jadi manusia pulak. Alahai susah. **Kan orang chemistry dan fizik? Ke chemist dan physicist dah bole explain??** Ok la, saya tatau la advance mana dah ilmu kimia dan fizik, tapi kalau saya orang biasa ni tengok tanah dan manusia, memang tak sama la. Kalau kacau sekali pon tak larut kot. Aduh, betapa hebat la Allah boleh tukar komposisi macam gitu sekali. Siap bagi extra lagi, bukan badan dan kehendak je, tapi hati dan akal sekali hah. Subhanallah hebatnya Allah.

** Tadi cakap pasal dementia kan? Jom tengok lagi apa Allah nak remind kat kita**

One more interesting thing yang Allah nak kita ingat bila kita tengok, jumpa, terfikir atau belajar tentang penyakit nyanyuk ni ialah untuk ingat pasal hari-hari akhir kehidupan dan kematian. Allah kata kesudahan hidup kita, adalah kematian, semua akan mati cuma sebahagian tu merasa nyanyuk dulu sebelum mati dan itu sebahagian dari kekuasaan Allah. Kalau orang yang pernah jumpa penyakit ni, tengok depan mata, kita mesti rasa simpati kan pada orang yang ada penyakit ni. Kita tak nak kan diletakkan dalam keadaan ni. **nauzubillah** Dan Allah lah yang Maha Berkuasa, maka kena lah kita minta dengan Dia. Despite ambil ubat, supplement, menjalani hidup yang sihat dan segalanya usaha yang lain.

Ada satu kawan pernah cerita, dia kenal seorang pak cik ni, dia sakit. Kidney failure, if I get it right. He suffered confusion as a complication of the electrolyte imbalance, he could not recognize his own child. But interestingly, he remembered his hafazan. Ok, apa pulak kena mengena kidney failure dan confusion dengan dementia ni.

Well, cerita ni made me wonder, Allah preserves whatever He wants to preserve and takes back whatever He wants to, but everything will always be the best, should we have a strong faith in Him dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Samalah dengan dementia, Allah yang beri kita kekuatan dan bring us through the milestones of development ** ok sekarang masuk sikit paediatrics***, Allah izinkan kita belajar complicated skills dan develop good cognitive functions, in simple words, Allah bagi kita kepandaian dan Dia pasti bole ambil balik atas apa sebab pun:

"...ada pula di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang diketahuinya..."  

Kenapa kita tak nak dementia? Sebab presentation of the condition is not pleasant right? Tapi Allah dah remind, it is in His power. Kalau Dia dah kata jadi, jadi lah. One important thing He wants us to know and appreciate is, nothing is kekal in this world. Semua nikmat yang dah list (atau tak) kat atas tadi tu semuanya TAK AKAN KEKAL.

** Sekarang cuba tutup mata dan fikir apa yang paling kita sayang atau suka dalam dunia ni, then review balik ke’best’an nikmat tu.. best. Best. Best. Best.  Ok, now cuba fikir then end of it. So that we can appreciate hakikat semua nikmat ni. Boleh tak kita cakap, ‘I love this so and so, soooo much, I wanna bring it with me when I die insyaALLAH’… ya ALLAH, sedar-sedar, nak ada nikmat tu sampai hari esok pon belum tentu. Betul? (Tak yah jawab dengan mulut, jawab dalam hati)**

Knowing dementia, Allah nak kita faham hakikat kehidupan. It operates with His will and will surely end as He wishes. IS THIS ALL??
 There’s one more actually, the best of this. Allah started this ayat with:

“Wahai manusia (Yaa ayyuhannas!)!! Kalau kamu meragukan hari kebangkitan, maka sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah…(hingga akhir ayat)…”

The best of this ayat that ALLAH wants us to know is to be able to decide on one thing. Tentang keimanan kepada hari akhirat dan seterusnya ketundukan dengan penuh perasaan lemah, sayang dan harap pada Allah! Hari akhirat will surely happen. Orang-orang yang terselamat di Akhirat nanti hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan menjaga apa yang Allah dah tunjukkan. Benda lain seperti harta, ijazah, warna kulit, bahasa, kaum dan kasta social adalah tiada nilai ye di akhirat nanti. Allah tak kesah siapa kita, kalau Dato’ pon tak penting. Tak kan dapat fast track pun untuk dihisab nanti.

Allah sangat-sangat tegur sikap manusia kalau suka sangat nak debat pasal apa yang Allah dah janji. Debat sebab nak deny apa yang Allah dah suruh. Nak deny kuasa Allah. Nak deny ketundukan pada kuasa Dia yang Maha Berkuasa!! Atau debat hanya cari alas an supaya boleh cakap kat Allah “Sabaq sat na Allah, nanti saya beriman betul-betul. Sekarang saya ni (dot dot dot)”

Allah remind kat kita:

Sampai bila nak nanti-nanti ni? Dah dah la. Semua yang kau nak kejar tu tak kekal. Mati pun kau tak tahu bila kan. Nak lengah kenapa lagi? Akhirat tu pasti kan…

“Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamanya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah dan keredhaanNya. DAN KEHIDUPAN DUNIA INI TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YANG PALSU.  (Al-Hadid 57:20)”
Ada benda yang lebih best yang Aku nak bagi pada kamu…

“Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluasnya langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan rasulNya. Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”  (Al-Hadid 57:21)
Kalau aku uji kamu dengan sesuatu, sebab Aku nak kamu ingat balik siapa Aku

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. .  (Al-Hadid 57:22)
Kalau aku uji kamu dengan sesuatu, Aku nak kamu ingat juga yang semua benda tak kekal. Kalau kamu faham ni, kamu tak kan sedih. Kalau kamu faham ni, kamu tak kan sombong, kamu takkan nak focus kutip harta je!

“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang menyombongkan diri. Iaitu orang orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barang siapa berpaling (dari perintah-perintah ALLAH), maka sesungguhnya ALLAH, Dia Maha Kaya, Maha Terpuji ”.  (Al-Hadid 57:23-24)
PS: Okay para doktor, lepas ni kalau hebat pasal penyakit-penyakit kena la hebat juga sebagai hamba yang tunduk pada ALLAH. Dengan dementia ALLAH, dah ajar kita untuk lembut hati dan tunduk beriman pada ALLAH. Lebih banyak penyakit yang kita tahu, harusnya lebih beriman la kita. Peringatan sentiasa di depan mata.

PS: Tapi ALLAH tak tujukan ni untuk doktor je tau. Ayat tu start dengan Wahai manusia! So pengajarannya untuk everyone ye.

Yosh! Lembutkan hati ^_^

PS: Kalau ada yang salah betulkan, hamba orang yang kurang ilmunya.
Wallahua’lam.

2 sahabat dan pokok


kopi pes dari blog: 

kisah dua sahabat dan pokok

2 sahabat ni sejak dua menjak ni selalu gaduh.

baru-baru ni baru juga gaduh sebab si A ni marah si B. (walau padahal tak de la severe pun marahnya, cuma si B terasa..) 

ni nak share cerita perbualan dua sahabat ni. semoga jadi pengajaran buat sahabat-sahabat yang lain. 

A: life has been so challenging this time around
hahahaha
(sometimes i forgot to view it as challenging....)
sampai kadang2 saya rase it is stressfull
optimism hilang dengan acute
xtau la
mutabaah amal dan iman xcukup lagi
tahu x iman y benar tu ALLAH kate mcm ape?

B: ntah 

A: tgk surah ibrahim
ayat 24-25
ALLAH kate mcm pokok
iman saya xmcm pokok y ALLAH ckp tu
sbb tu buah dia masam
rendang dia x dpat jd teduhan utk orang
hahaha
kan kita belajar kalau pokok tu
makin luas akar dia menjalar dalam tanah tu
makin luas dahan dia menjulang kt langit kan?
so makin banyak la kawsan bumi y dia teduhkan kan?
tapi iman saya belum mcm tu lg
ciput je y jd teduhan
cukup utk teduhkan diri sendiri je
buah pulak masam
sampaikan org sekeliling
yang singgah dan makan rasa pahit
huhuhuh
kurangnya saya dalam akhlak saya
kan awak sayang...
maaf la sebb dpt kawan macam saya
saya da cuba nak baiki diri saya
tapi makin saya cuba makin susah
saya tunggu bila ALLAH nak mudahkan
atau sebenarnya ni jalan yang akan bantu saya membesar jadi pokok yang hebat tu
ntah la
saya konfius
cuma kadang-kadang saya harap mereka y singgah sekitar saya akan tolong kutis cabang yang rosak kat pokok saya supaya bole tumbuh dahan baru yang cantik
tapi sayang bukan semua orang sudi nak kutis cabang yang buruk tu
huhuhu
tapi ramai juga yang dari jauh tengok dan banding-bandingkan rupa pokok saya dengan pokok yang lain
akhirnya yang buruk tetap kat situ
malah yang menengok tu tak sudi dah nak berteduh dekat dengan pokok tu
ALLAHuakbar
bilalah pokok saya nak besar dengan sihat
:)
huhuhu
nanti awak  tolong kutis dahan buruk ye bila awak singgah kat pokok saya ye
kalau nampak ada cacing lagi la kena buang
tau..

B: aik,mn blh,cacing tu suburkn tanah

A: jangan jadi orang yang rasa buah yang pahit tu dan telan pahit tu pastu xnak datang da
pastu benci pokok saya sampai xnak singgah da
pokok saya muda lagi
dia nak orang tolong jaga juga
lagi ramai jaga lagi cepat tumbuh
huhuhuhu
bye awak 
buat lawak pulak
buuuu

B: aaaaaaaa
sgguh sastera ayt awak

A: da lame saya x mnulis :)

B: saya nk buat ayt sastera gk la

A: nak nanges

B:pokok sy pn br nk tumbuh
kejap layu
kejap segar

A: aik...jgn la wat lg kronik dr sy

B: bl segar dan mintk disirami
xde org yg nk siram
yg dtg siram hanya beberapa org jek

A:pandai

B: tp baja yg sy mintk,xde sape pn sudi nk bg

A: baru je nak ckp y tu

B: mgkin org tu nmpk pokok sy xde harapan untk tumbuh,so bg dia,xpe la if saya tidak dilayani
mgkin sy blh diganti dgn bnda yg br
sedey bl org xbelai kite
wlupn jarang berborak or bersua muke
tp pengalaman pertama bersama still segar kt hati
tp bl beberapa kali permintaan xdilayani
mula la pokok sy jd layu balik
kdg2 da mencecah bumi
tp ntah la dr mn dtgnye kekuatan
sbb tu sy sgt ingin nk th
ada ke bisikan kebaikkn
supaya sy blh lwan bisikn kejahatan
ehm,skrg pn hanya beberapa jek yg sudi nk menemani
hahahaha

jika diibaratkn cacing itu sebagai musuh
mg sgt byk sy dikelilingi oleh golongan cacing
tp kdg2 cacing tu buat saya hepi sbb dia gemburkn tanah disekeliling sy
tp bl tanah sy gembur
sy mula hilang arah
kembali la sy dlm keadaan gelap
seperti layunye daun tanpa kehadiran matahari
sgt terseksa bl xde matahari
gelap jek suasana
bisikn jahat pn mula la menyusup masuk
cacing2 td mn la th ada bisikn jahat nk kacau sy
yg dorg th,dorg nk amik kesempatan pada ms yg sm dorg rs dorg da bg kebaikkn pada saya dgn menggemburkn tanah sekeliling sy
tp dorg xth
sy still kecik lg
sy xperlukn tanah yg gembur
sy lebih memerlukn matahari air dan baja
tp,bukan la nk slhkn si cacing
mg ada functionnye disitu
tp sy penah msuk sekolah
apa yg tumbuhan perlukn untk hidup??
tanah,air dan matahari
cacing xth apa yg si pokok kecil seperti sy perlukn
yg mereka th,mereka hanya nk bermain,dan bersuka ria disekitar sy
blh la gk kdg2 si cacing menumpang teduh
tp si cacing itu cukup kecik
berbanding dgn manusia
so bygkn la pokok sy dan pokok yg lain
sy hanya blh meneduhkn si cacing,yg lain blh meneduhkn manusia
kdg2 si pokok kecil gembira sbb dpt teduhkn si cacing
tp dia rs xhepi gk sbb kdg2 cacing gigit daun dia
or berak kt tepi dia


pengajarannya: 

semua manusia buat / akan buat salah. semua ada salahnya. saling la tegur menegur dan berkasih sayanglah deminya. yakinlah pada sahabatmu. dan benarkanlah niatmu dalam bersahabat. ingatlah dan impikanlah pertemuan indah di syurga kelak sebagai sahabat juga kembali. 


semoga kita bersama tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi dan saling bermusuhan di akhirat kelak sedang kita di dunia kelihatannya sangat rapat dan dekat . 

Apakah mereka hanya menunggu sahaja kedatangan hari kiamat yang datang kepada mereka secara mendadak, sedang mereka tidak menyedari? 

Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa. 

(Az-Zukhruf 43:66-67)

Mistiknya Ukhuwah


kisah persaudaraan dan persahabatan antara Rasulullah dan Abu Bakr best sgt kan? saya rasa, ia menjadi outline kpd siapa shj manusia yang mencintakan dan dambakan ukhuwahfillah...

saat org lain tidak memahami maksud kata-kata Rasulullah, Abu Bakr sudah mengerti pilihan Rasulullah. Tangisannya membuktikan. Pelikkan. Orang lain tak faham pun lagi. Mungkin perlukan penjelasan. Tapi, Abu Bakr sudah memahami. 

 “Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan pilihan kepada hamba-Nya antara dunia dan apa yang dimiliki disisi-Nya, maka Allah memilih hamba itu apa yang dimiliki”, maka saat itu Abu bakar terperanjat dan menangis sehingga Rasulullah pun ikut menangis...

macam mana boleh jadi macam ni? kenapa hanya melalui kata-kata yang mendalam begini, Abu Bakr sudah boleh mengetahui pilihan Sang Rasul bahawa Baginda memilhi bertemu Tuhannya. sedang kita, kalau berbasa basi dengan teman-teman, apa yang akan jadi ialah sama ada dia tak faham, salah faham ataupun tak perasan langsung bahawa kita sedang cuba untuk menyampaikan sesuatu (cuma tak mampu melafazkan dalam kata-kata yang jelas)

bila saya fikirkan balik, logik. sangat logik untuk Abu Bakr sangat memahami Rasulullah.

1. dia mempercayai Rasulullah sepenuh hatinya, sebagaimana Khadijah mempercayai Rasulullah. padahal saat itu yang lain meragui kerasulan Baginda.

“Sesungguhnya orang yang pertama kali beriman dengan hartanya dan erat persahabatannya adalah Abu Bakar, sekiranya saya boleh mengambil seseorang untuk dijadikan kekasih maka saya akan memilih Abu Bakar, namun dia adalah akhi (saudaraku) dan sahabatku”.

2. saat bersama Rasulullah, yang difikirkan ialah Rasulullah. bukan dia. sedang kita dalam berteman yang difikirkan kebanyakan masa mungkin adalah "aku, dia, dia dan aku...aku, aku, aku...." ...

Jika kita membaca sirah beliau saat berhijrah bersama Rasulullah saw, kadang beliau berjalan di depan Rasul, kadang berjalan di belakangnya, kadang di samping kanan dan kadang pula di samping kirinya… Saat ditanya tentang prilakunya yang aneh, Abu Bakar berkata kepada Rasulullah : jika saya lihat tidak ada yang ingin menghadangmu maka saya berada di belakangmu, namun jika saya lihat ada yang ingin menghadangmu, maka saya berada di hadapanmu, aku korbankan ibuku dan bapakku karena engkau wahai Rasulullah”.

cintanya pada Baginda sehinggakan nyawa juga sanggup dikorbankan

saat berada di Gua Hira beliau rela mengorbankan dirinya untuk melindungi Rasul; yaitu saat tangannya dipatok binatang berbisa, karena memasukkan tangannya ke dalam lubang batu yang gelap; khawatir ada binatang berbisa yang keluar dari lubang tersebut dan mencelakai Rasulullah saw

kalau kita, keegoan pun masih dipertahankan. inikan pula nyawa yang nak diketengahkan untuk orang yang tiada pertalian darah. keegoan sebenarnya racun dalam hubungan, itupun kita masih pertahankan... bagaimana lagi kita nak mengecap manisnya ukhuwah demi ALLAH? 


3. saya merasakan beliau sudah banyak berbicara dengan Rasulullah. BERGAUL DENGAN TULUS. hati mereka sudah ALLAH ikatan dengan ikatan yang benar. mereka sudah buktikan pada ALLAH mereka layak untuk merasa kemanisan ukhuwah tu. KEPERCAYAAN YANG MEREKA BINA BERSAMA sepanjang membina ukhuwah fillah membuatkan mereka tahu setiap tingkah setiap orang itu benar. Mereka TAHU AKHLAK SATU SAMA LAIN, sehinggakan fitnah tak mampu menggoyahkan persaudaraan itu sewenang-wenangnya.

4. cinta mereka sama. Ghayah (tujuan) mereka sama. ALLAH.  Maka mereka memahami kehendak dan keinginan satu sama lain. CINTA PADA ALLAH. Menegur mana yang salah. Berusaha untuk mengenal dan mencintai ALLAH bersama.

***

bagi ramai manusia yang menyatakan bahawa persahabatan mereka itu ukhuwah fillah tapi masih pening kenapa tidak merasakan kemanisannya. fikirkan balik kenapa. ukhuwah bukan benda mistik. ia suatu yang harus diperjuangkan kerana ia hadiah agung dari ALLAH. dan perlukan hati yang mencintai ALLAH dengan tulus. kerana asas ukhuwah itu sendiri adalah akidah. 


Andai kita menutup ruang membina persaudaraan demi ALLAH, janganlah kita mendakwa ukhuwah fillah itu pahit kerana kita tidak memberi ruang untuk kepahitan itu menjadi manis. Kalau nak minum kopi yang best pun kena hancurkan, bancuh dan letak gula/creamer. Kalau kopi sebiji macam tu, pahit je juga.

Andai kita tak pernah cuba buka hati kita untuk menanam benih ukhuwah itu, janganlah kita mendakwa ia menyakitkan. Kalau pokok, benihnya kita tak tanam, durinya pun kita tak dapat nak rasa, inikan pula nak hayati keindahan mekarnya bunga.

membina ukhuwah itu satu proses. ianya kemanisan dari pokok iman.

Sahabat memang boleh jadi saudara. Kerana ALLAH menjanjikan ukhuwah itu andai asasya akidah.




Muslims as brothers


* An email from a sister:

Salam'alaikum wbt

In the Name of Allah, the Merciful, the Compassionate. 

Ibn ‘Umar r.a reported that Rasulullah SAW said: “The Muslim is the brother of the Muslim. He should not wrong him or surrender him to his enemy or leave him to perish unsupported. Allah will take care of the needs of anyone who takes care of the needs of his brother. On the Day of Rising, Allah will dispel the anxiety of anyone who dispels the anxiety of another Muslim. On the Day of Rising, Allah will veil anyone who veils another Muslim.” (Narrated by Bukhari and Muslim)

Abu Hurayrah r.a reported that Rasulullah SAW said: “Beware of opinion. Opinion is the falsest kind of speech. Do not spy or pry. Do not be rivals or envy one another. Do not hate one another or show enmity to one another. Do not turn your backs on one another. Slaves of Allah, be as brothers!” (Narrated by Muslim)

Anas ibn Malik r.a reported that Rasulullah SAW said: “When I ascended through the heavens, I passed by some people holding copper nails with which they were gouging their faces and chests. I said, “Who are these, Jibril?” He said, “Those are the people who consumed people’s flesh (by back-biting and tale bearing) and attacked their honour.” (Narrated by Abu Dawud)

Abu Barzah al-Aslami r.a reported that Rasulullah SAW said: “O company of those who express belief with their tongues when belief has not entered their hearts! Do not slander the Muslims! Do not seek out their faults! If anyone seek out their faults, Allah, the Mighty and Majestic, will seek out his faults and anyone whose faults Allah seeks out will be disgraced and humiliated in his own house.” (Narrated by Abu Dawud)

Jabir ibn ‘Abdullah and Abu Talhah Zayd ibn Sahl al-Ansari r.anhum reported that Rasulullah SAW said: “No man forsakes a Muslim in a place in which his respect is defamed and his honour disparaged without Allah, the Mighty and Majestic, forsaking him in a place where he desires His help. No man helps a Muslim in a place in which his honour is disparaged and his respect defamed without Allah, the Mighty and Majestic, helping him in a place where he desires His help.” (Narrated by Abu Dawud)

Nafi’, may Allah have mercy on him, said that one day ‘Abdullah ibn ‘Umar r.a looked at the House (Ka’ba) and said, “How immense you are and how immense your sanctity is, but the sanctity of the believer is greater in the sight of Allah than yours.”(Narrated by Tirmidhi)

Allahu a'lam.

Reference: Tahdhib al-Akhlaq, Sayyed ‘Abdu’l-Hayy al-Hasani. Chapter: Respect for the Sanctity of Muslims

Jzkkk


"Janganlah kamu menghina satu dosa yang kecil, kerana sesungguhnya gunung-ganang berasal daripada batu kelikir." (Petikan syair oleh Ibnu al-Mu’taz)

Tadbbur An-Najm


Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru (An-Najm 53:2)

* Orang sesat (strayed)= orang yang menempuh jalan menyimpang tanpa ilmu.

* Orang keliru (deluded)= orang yang mengetahui kebenaran tetapi dia menyimpang darinya dengan sengaja. 

- Tanpa ilmu kita mungkin menyimpang dari agama ALLAH, melakukan sesuatu yang dirasakan sesuai dengan syariatnya dan sesuai dengan cara yang Dia redha, padahal langsung pilihan dan tindakan kita menyimpang dari jalanNya.

- Ilmu sangat penting. Mengambil tahu itu sangat penting, dan dituntut. Imannya mukmin bukan iman membuta tuli, tapi iman yang yakin dan benar! Kerana mukmin itu mesti ambil tahu dan cuba untuk tahu semampunya apa yang dituntut oleh ALLAH sebenar-benarnya. 

- Menyimpang dengan sengaja itu juga menakutkan. 

** Jadi ambil tahulah tentang ad-Deen itu, pahami dan lembutkanlah hati untuk tunduk patuh pada perintah ALLAH dengan sedar. Lembutkan hati dan tekad untuk tunduk patuh kerana kesesatan dan penolakan dalam sedar itu suatu yang akan merugikan. 

- Kejahilan/kebodohan membuta tuli dan keegoan/kesombongan; Padahnya mengerikan. 

- ALLAH mengutuskan Rasulullah untuk memperingatkan pada kita bahawa dunia ini hanya main-mainan serta ujian untuk tempoh yang sementara. Kita akan diuji dan diuji demi Dia menilai siapa yang lebih baik iman dan taqwa padaNya. Untuk Dia berikan Syurga di Akhirat kelak yang kekal abadi. 

Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Syurga yang di dalam tiada yang lain melainkan kebaikan dan kasih sayang. Syurga di dalamnya punya segala sesuatu yang tiada tolok bandingnya dengan keindahan dunia yang sementara. 

Semua manusia inginkan Syurga. Ini harapan setiap yang mengetahui keindahan dan kehebatan dan kekal abadinya Syurga dan nikmat-nikmat di dalamnya. 

** Semoga setiap dari kita benar-benar beramal untuk mendapatkan Syurga itu. Langkah pertama dan berterusan pastinya mendekatkan diri padaNya dengan ilmu, ketundukan hati dan keinginan yang benar untuk kembali padaNya bersama hati dan amal yang paling ALLAH redha.

PS: Bukan tafsir tau, tadabbur... reflection insyaALLAH 
tapi adalah rujukan

Rujukan: Tafsir Ibn Katsir 

Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya


Sebuah Hadith Qudsi yang cukup menyentuh qolbu:

Allah telah bertitah di dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud, “ Hamba-Ku menyombongkan diri terhadapKu dengan pelbagai attribut kemegahan, padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka. Antara-Ku, dan jin serta manusia, terjadi berita besar, bahawa Akulah yang menciptakan, namun yang disembah adalah selain-Ku. Aku memberi rezeki namun, selainku yang disyukuri, kebaikan-Ku sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu. Aku mencintai mereka dengan mengurniakan mereka nikmat-nikmatKu, sedangkan Aku tidak memerlukan mereka. Mereka memancing kemurkaan-Ku dengan pelbagai kemaksiatan, padahal merekalah yang paling perlu kepadaKu. Sesiapa yang datang kepadaKu, maka ia akan kujemput dari kejauhan. Sesiapa yang berpaling dari-Ku, Aku akan memanggilnya dari kejauhan. Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku, akan kuberikan kepadanya lebih dari cukup. Sesiapa yang menginginkan keredhaanKu, Aku pun menginginkan apa yang diinginkan olehnya. Sesiapa yang bertindak bergantung kepada daya dan kekuatanKu, maka akan kulunakkan baginya. Orang yang melakukan maksiat, tidak akan Ku buat mereka berputus asa dari rahmatKu, jika mereka bertaubat kepadaKu, maka Aku akan menjadi Kekasih mereka, sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Jika mereka tidak bertaubat kepadaKu, maka Aku akan bertindak sebagai Doktor mereka. Akan Kuberikan cubaan kepada mereka dengan pelbagai musibah untuk membersihkan mereka dari pelbagai aib. Dan sesiapa yang lebih mementingkan Aku daripada selainKu, maka Aku akan lebih mementingkannya daripada orang lain. Satu kebaikan disisiKu adalah bernilai 10 kali ganda yang sepertinya, hingga ke 700 kali ganda, hingga ke gandaan yang banyak sekali. Sedangkan kejahatan di sisiKu adalah bernilai satu. Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya. Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan. Kasih sayangKu mendahului MurkaKu. Sifat PenyantunKu mendahului keputusanKu menjatuhkan hukuman. Pemberian maafKu lebih mendahului siksaanKu, Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya”