Posts

Showing posts from July, 2011

andai aku seperti KhalilNya

berhala kini ada di mana-mana menghiasi jagat bumi sepenuh-penuhnya sehingga hati yang cintakan Tuhannya menangis untuk setiap inci dunia yang dipanah mata meluat pedih membakar marah ya! hati ini marah
aku benci pada berhala-berhala itu mungkin sepertinya perasaan si Nabi ALLAH  Ibrahim Khalilullah tatkala kaumnya puas memnyembah pengantara
tapi berhala-berhala yang aku lihat kini, aku rasa lebih pedih dan menyayat hati kerana ia tidak mampu dipecahkan dan dimusnahkan sebagaimana Ibrahim telah lakukan ia terlalu kuat  kuat bukan pada fizikal  tapi pada hinggapannya di hati mereka
alangkah puasnya hatiku  andai aku seperti Khalilullah ingin sekali aku hancurkan segala berhala-berhala itu  pergi jauh hilang dari pandangan mata hilang dari mengenggam hati syuh! menjauh
lucu sekali  kerana sedikitnya juga ada di hatiku dan hati menangislah
menangisla untuk itu