Wednesday, March 30

taqarrub dan ikhlas

Andai hadis ini begini : 


 nabi bersabda bahawa Allah ta'ala berkata, " keikhlasan  itu salah satu rahsia-ku yang aku titipkan dalam hati hamba-Ku yang Aku cintai." SubahanAllah. ikhlas itu adalah rahsia Allah. tiada siapa yang mampu mengungkapkan keikhlasan dalam hatinya.


dan hadith ini begini:


Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda :” Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman :”Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia memohon sesuatu daripada-Ku, Aku akan memberinya dan jika dia memohon perlindungan daripada-Ku, maka Aku akan melindunginya.”


[ Hadis Riwayat Al-Bukhari ]- Imam Nawawi Hadis 38


maka taqarrub adalah cara utk mendapatkan cinta dan keikhlasan. 

dan itu namanya proses, proses makanya lama, lama makanya kena sabar dan ISTIQAMAH..
ps: dah lama sangat tak menulis sesuatu rasanya. i mean something that i really put my own thoughts into it. (smile) well, things have been very busy recently. anyway what i want write? hurmmm... 


there are quite so many new things happening these couple of weeks. dont really know what to write actually. but, i feel like writing this. 


jiwa pasti bergetar bila mengenangkan apa yang kita sayang
berputiklah rindu 
berkembanglah kasih 
hidup
indah 

sayanglah andai kenangan itu hanya pada suatu yang mungkin akan tinggalkan kita semata
kerana jiwa itu pasti mati tatkala hilangnya apa yang kita kenang itu 
tapi mungkin juga tidak 
tapi hakikatnya tetap sayang
kerana kenangan itu tetap sesuatu yang tidak pasti
kenanglah segalanya beserta dengan kenangan yang paling kuat menggetarkan jiwa
dengan kenangan yang pasti hakikatnya menggetarkan jiwa sampai ke hembus nafas akhir kita

kenanglah mereka kerana DIA
kenanglah ia kerana DIA
kenanglah dunia kerana DIA
hanya DIA 

pasti getaran itu menghidupkan jiwa sampai bila-bila

ainol@hudhud

ps: nak g skola

Tuesday, March 29

Tuesday, March 22

ALLAH tu Maha Pengasih Maha Penyayang
cuma kita saja yang lalai untuk membalas kasih sayangnya
sehinggakan kita tega memenangkan hawa' lebih dari keimanan

penyakit-penyakit jiwa

Sunday, March 20

 "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilangdan  kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."  ~ [Saidina Ali bin Abi Talib]

Tuesday, March 15

kuiz festival alam (1)

di mana dalam al-Quran menceritakan tentang festival alam yang gilang-gemilang, penuh kemuliaan, penuh sesak dan penuh dengan ketenangan yang tiada dalamnya sedikit kejahatan pun.

festival alam yang mana di dalamnya hanya VVIP sahaja yang akan hadir

yang mana pada hari itu yang diucapkan hanya kata-kata kemenangan

dalam festival itu juga para pemenang mendapat kemuliaan yang amat besar yang harga dan perasaannya lebih besar dari seluruh kehidupannya

kemuliaan yang infiniti.

cuba teka :)

Sunday, March 13

pabila islam yang benar tiada di hati

suatu mala itu aku pulang sangat lewat
sangat-sangat lewat, kalau tahu dek mak abah pasti kena ayat 'tak manis' punya la

tapi malam itulah aku terdetik dalam hati aku

inilah dia suasananya
pabila islam yang benar tiada di hati
sangat sayu
botol-botol itu di tangan sesiapa sahaja
dipecahkan di mana sahaja
ditinggalkan di mana sahaja

kereta..

tatkala malam sudah sangat-sangat lewat
malah padahal dinihari sudah makin mendekat
kereta-kereta berderetan rancak memenuhi jalan menjemput muda-mudi ke sana

astaghfirullah

ini di bumi permaisuri

dan sedar juga aku bahawa

suasana ini sama rancak sahaja di tanah sana

kenang-kenangkan lah wahai jiwa

dan jiwa-jiwa

kenang-kenangkanlah

semoga ia lebih menggerakkan kaki tangan

yang kian lama akan lemah, kasal, futur

kenang-kenangkanlah

Sunday, March 6

4 tempat pelik dalam al-Quran

it has been long since i wrote my own post and this is still a copy paste... there are some words i wanted to write but nothing comes out. hurm...waiting for the signals. hahaha....

may this copy paste be useful to us :)

Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran.

Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!

Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?

Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.

Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.

Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhrajtajwid, kaedah bacaan dsb).

Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)

**********

1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

****
2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

***

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

*****

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)

*****

Penulisan dalam blog sangatlah terhad. Jika anda takut tersalah, rujuklah mana-mana guru al-Quran. Dengar dan ikutlah bacaan dia. Itu lebih selamat.

Dan jika anda baik hati, share lah artikel ini di dalam Facebook, Twitter atau blog anda. Untung-untung saya dapatlah pahala untuk tampung dosa saya yang banyak ni (^^!)

الدال على الخير كفاعله
"Orang yang memberi contoh tauladan yang baik akan mendapat pahala sama dengan pelakunya."

=)

source: Paradigm Shift by effysaiful

Thursday, March 3

beri hati

ahh...banyak betul nak post hari ni :)

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.


source: http://ummuhusna99.blogspot.com/2011/02/hati-yang-paling-indah.html?spref=fb

Wednesday, March 2

ingatan-ingatan

"Bila kita sendiri diuji dengan apa yang  sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar  melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih  sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!"


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hidup dalam lingkungan  hari ini. Kita lebih kuat daripada apa yang kita jangkakan! Justeru, di  sisi orang beriman, Allah sentiasa berada disisi. When God is your friend, who is your enemy?

dari: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
source: iluvislam.com

Manhajul Anbiya' Fi Tazkiyatin Nufus

Menurut Syeikh Salim bin Eid  al-Hilali di dalam kitabnya Manhajul Anbiya' Fi Tazkiyatin Nufus,  proses tazkiyah akan berlaku dengan syarat kita bertakwa dan hanya  akan dicapai dengan langkah-langkah berikut:


Al-Musyaratah ertinya membuat perjanjian seperti seorang usahawan pasti akan menandatangani perjanjian
Al-Muraqabah ertinya selalu mengawasi diri. Apabila seseorang telah mengikat perjanjian, harus baginya merasakan keperluan menjaga dan mengawasi perjanjiannya agar tidak dilanggar.
Al-Mujahadah ertinya bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan.
Al-Taslim ertinya menerima segala ketetapan Allah.
Al-Ridha ertinya merasa bahawa segala pemberian Allah adalah yang terbaik buatnya

of cinta

Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)

source: iluvislam

perang khandaq . saje2 post

orang yang tidak suka ditegur itu banyak ego

Tuesday, March 1

hidup dan akhirat

“Pada hari kiamat didatangkan orang yang paling nikmat hidupnya sewaktu di dunia dari penghuni neraka. Lalu ia dicelupkan ke dalam neraka sejenak. Kemudian ia ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kebaikan, pernahkah kamu merasakan suatu kenikmatan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb.” Dan didatangkan orang yang paling menderita sewaktu hidup di dunia dari penghuni syurga. Lalu ia dicelupkan ke dalam syurga sejenak. Kemudian ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kesulitan, pernahkah kamu merasakan suatu kesengsaraan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb. Aku tidak pernah merasakan kesulitan apapun dan aku tidak pernah melihat kesengsaraan apapun.” (HR Muslim 5018)

...tidak cukup bagi kita sekadar berbicara tentang kehebatan Islam tanpa kita sendiri memahami dengan jelas bagaimanakah Islam yang sebenar...


“Sebelum berbangga dengan kehebatan syariah Islam, fahami dulu syariah Islam dengan kefahaman yang sempurna dan menyeluruh, bukan kefahaman yang separuh-separuh atau dari sudut-sudut tertentu.”


Dr. Yusuf al-Qardhawi




source: Masukklah ke dalam islam secara kaffah