tanda yang kutahu kan tiba...

tanda ni kutahu 'kan tiba..
ALLAH Maha Mengetahui
saat aku baru mula membina cinta sayang yang lebih kuat
Dia menguji
dan niat sekali lagi diuji
kekuatan
iltizam
istiqamah
aku baru cuba membina kekuatan baru
atau mungkin Dia ingin kukuhkan kekuatan itu
dan sucikan lagi niat itu

hati aku ditegur bait-bait dari hati dia yang aku sayang keranaMu


Semusim berlalu..

dan adik,
tiba masa kau sendiri
tatihanmu bukan lagi dengan pimpin tanganku
jatuh bangunmu bukanlah lagi depan mataku


secepat ini..

sebelum ini aku bicara dengannya..mungkin susunan katanya tidak setepat yang aku dan dia bicarakan tapi kisahnya yang aku ingin coretkan..

"akak, sy kagum la dengan akak ***.. sepanjang-panjang ni mesti dia da jumpa ramai orangkan? kenal ramai..kalau kita da sayang mesti susah nak lepaskan. especially yang kita dah duk jaga tu.."

"awak tahu, mak cik pun mcm tu juga. jumpa orang tu, orang ni. berpisah dgn org tu org ni..mcm kitorg. tp masa mula2 mula usrah dgn mak cik ktorg tak rasa kekok pun..cepat je adapt..mak cik senang.."

senangkan? orang yang bersaudara kerana TuhanNya. melayan semua sama..penuh kasih..sampaikan kita tak rasa kurangnya...orang yang baru kenal dia. orang yang da lama kenal dia..sama saja layanannya...

tapi entahlah..secepat mana aku boleh menyesuaiakan diri? hanya waktu dan keadaan yang menentukan.
dalam hidup ni terlalu banyak kejutan yang ALLAH sediakan. tarbiyah...tapi aku risau andai aku hanya menerima kosong teguran dan latihan dari yang Esa tanpa mampu belajar apa-apa...

pelbagai ragam yang sudah aku tempuh sepanjang masa sejak waktu itu, aku mula kenal siapa diri aku, sedikit demi sedikit..mula melihat keinginanku dan ketamakanku melalui manusia lain. mula tahu apa yang ada dalam hatiku...dan pasti ALLAH lebih tahu...
dah la..tak tahu nak tulis apa dah. kejutan hati yang senyap-senyap menyusup.. =)

tahun ini, tahun baru baru je mula..

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna