kemam racun? bunuh diri?

menyimpan perasaan benci dalam hati ibarat mengemam racun 

memang dalam hidup kita ini kita akan jumpa banyak keadaan 
ada yang kita suka, ada yang kita tak suka 

ada kisah dua orang sahabat yang sedang berjalan di padang pasir 

entah kenapa, seorang itu memukul yang seorang lagi sehingga luka-luka 
kemudian, sahabat yang dipukul tadi berdiri dan menulis di atas tanah pasir

"hari ini kawan baikku telah memukul aku"

kemudian mereka sambung berjalan 

selepas beberapa ketika, 
mereka berjumpa dengan kawasan berair
sahabat yang luka-luka tadi terjun ke dalam air...
malangnya, dia terkapai-kapai dan seakan-akan hendak lemas
sahabat yang memukul tadi...
tanpa berlengah, bergegas menyelamatkan sahabat yang dipukulnya tadi
selamat
pabila sedar, sahabat yang diselamatkan itu berdiri dan berlari ke arah batu yang besar

dan...

MEMAHAT pada batu itu

"HARI INI KAWAN BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN AKU"

"kenapa?" tanya sahabat yang memukul, yang menyelamat itu 
"kenapa bila aku memukulmu engkau menulisnya di atas pasir tetapi apabila aku menyelamatkanmu engkau memahatnya di atas batu? "

"kerana...

"aku harap pabila angin datang, apa yang aku tulis itu akan padam ditiup angin, tetapi yang aku pahat di batu itu akan kekal selamanya"

(ulasan, petikan DJ ikim terhadap buku u-turn ke jalan lurus)

itu hakikatnya berlapang dada dalam bersahabat, dalam berhubung dengan manusia  
mengingati yang baik sahaja
melepaskan yang buruk 
memaafkan yang salah 
istighfarlah andai ada kebencian yang hinggap di hati 
ALLAH itu baik dan suka pada yang baik 
hati yang baik, indah untukNya tidak mungkin indah andai ada kebencian 

luaskanlah ya ALLAH hati-hati kami untuk mengenang segala kebaikan demiMu ya ALLAH 

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna