Wednesday, August 3

harapan ramadhan 1

 
Dear diarie,                                                    Ambang Ramadhan. 
Ramadhan tahun ini sangat dinanti. Penuh rasa rindu dan harapan. Sebulan sebelum 1 Ramadhan menjenguk tetingkap hidupku, aku dan rakan-rakan siap siaga menanti. Sekurang-kurangnya itulah yang kami rasa. Menanti datangnya bulan Rahmat dan Tarbiyah. Bulan membina taqwa.

Benar, Sakinah ingin memburu sakinahnya dari Ramadhan tahun ini. Bekal untuk dia gunakan sepanjang kehidupannya yang akan datang, sehingga maut datang menyambut... 

Dia sudah berkira-kira. Sakinah ingin memperbanyakkan tilawahnya. Memperhebatkan solat-solat sunatnya. Memantapkan amalan-amalannya. Ah, banyak benar cita-cita dan harapannya untuk Ramadhan kali ini. 

Dia benar-benar ingin berubah. Ingin menjadi insan yang lebih baik. 'Aim for the best akhlak. The best of akhlak that I can!' desis hatinya. Dia tahu akhlak cerminan iman dan hati seorang mukmin yang mengimani Tuhan yang Esa itu. 

Bantu aku ya Tuhan. Membaiki diri bukan tugas mudah, bukan langkah senang..

Semoga Tuhan membantu dia membersihkan hatinya. Dia tahu, saat ini, dia sedang berusaha melawan suatu kekosongan yang ada menghuni jiwanya. Sakinah takut, risau, gerun. Risau andai kekosongan itu merebak sehingga menggelapkan hatinya dari cahaya sakinah dari Ilahi. 'Huh...' keluhan itu pasti memberat bersama ketakutan itu. 'Allah..' 

Semoga Tuhan membantumu Sakinah. Mencari sakinah dan taqwa. 

Dear pages of my heart,                         1 Ramadhan 
Ya Tuhan. Ya Tuhan. Langkah pertamanya gagal ya Tuhan. Gagal ya Tuhan. Amarah masih menyala. Membara dalam jiwa aku ya ALLAH. Bagaimana ini. Mampukah ketenangan hinggap? Bara-bara kemarahan penuh, salah yang sedikit sahaja sudah menyalakannya. Salah yang sedikit sahaja sudah seperti minyak yang dicurahkan ke bara api...Bagaimana Tuhan? Mampukah lagi aku mencari sakinah. Mendidik hati..membina akhlak yang Engkau redha..Mampukah?
Aku masih aku yang pemarah. Aku masih aku yang dulu. Ya ALLAH....Bukankah iblis sudah Engkau ikat? Bukankah aku hanya kini melawan nafsuku sahaja? Keras benar nafsu ini. Tajam benar sejarahku itu. 

Kasihan. Kecewakah Sakinah atas kekalahan hari pertama? Dia manusia yang baru mengenal makna didikan diri (tarbiyah). Baru mengenal. Baru berjinak. Harapannya tinggi cuma sahaja mungkin langkahannya salah.

Akankah aku kecewa? 
Akankah dia berhenti? Akankah, Sakinah...berhenti memburu sakinah? Kecewa mungkin mematahkan semangat...Akan kuatkah, Sakinah... Akan kuatkah kita?

Monday, August 1

Ustaz buat saya senyum :)

ustazzzz...
waktu periksa, saya pon macam ni


Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: “Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk ketika sembahyang, hendaklah dia itu tidur sehinggalah dia tahu apa yang dibaca akan dia” – riwayat al-Bukhari