sekitar sahabat

tadi kawan A saya ceritakan sesuatu pada saya. suatu yang dia fikirkan. suatu yang merisaukan dia. suatu yang pada gaya dia melayannya, saya dapat rasakan benda itu penting padanya. merisaukan dia. hinggakan dia banyak juga bertanya, pada saya. tapi salah saya hari ini. kerana saya merasakan dia tidak kisah andai saya ceritakan pada kawan B tentang itu. malang.. selepas kata-kata terlepas, dia tanya, 'kenapa awak bagitahu dia?!' 

dan saat itu, saya tersentak. terkejut. oh! tak boleh cerita ke? saya ingat awak tak kisah. awak ceritakan juga pada C. maaf la. 

'tak pe dah terlanjur' katanya sambil gelak. 'eh ape da ayat tu?' 

C sakat. 'tak pe da berlaku' 

aiyak! salah saya. sudah lama awak tak bercerita apa pada saya. hinggakan saya sudah lupa macam mana nak menilai sesuatu itu pada pandangan awak. lupa sangat. maaf ye awak. 

_________________________________________________________

kawan B ceritakan pada saya, perasaanya...'awak, rasa macam tak nak buat dah ni..nak muntah dah' 'nak keluar dari sini jap bila dah siap ni'

'tak pe buat la..kekuatan tu ALLAH yang bagi..'

awak..ni saya tambah...(saya tahu awak akan baca..insyaALLAH)

'usahakan la sehabis baik, ingatlah ni juga sebahagian dari dakwah dan amal dijalan ALLAH..semoga Dia redha dan memberkati masa-masa awak, masa-masa kita..andai lemah mohonlah kekuatan padaNya. andai buntu..mintalah keringanan dan kesabaran dariNya. dan bersabarlah..ALLAH bersama orang-orang yang sabar..saya tak tahu seberat mana dan sesukar mana yang awak tengah buat sekarang ni...tapi kuatlah demi ALLAH. belajar dari apa yang kita sudah lalui. mohonlah petunjuk dari ALLAH untuk kita mampu buat yang terbaik. semoga setiap yang kita lakukan itu berserta keredhaan dari ALLAH. ingatlah awak, orang Islam itu hebat, dan cinta dan 'izzahnya pada Islam, pada ALLAH dan Rasul harusnya menjadikan dia lebih hebat dan bersinar.. kuatlah dengan izin ALLAH dan tawakal padaNya!!!'

bak kata-kata semangat yang awak tampal daalam bilik awak dulu..yang awak hadiahkan pada A dulu..'usahamu tidak berkait dengan natijah...maka beristighfarlah' 

kita lakukan bukan untuk natijahnya, tapi untuk redhaNya..maka andai putus asa beristighfarlah...optimisme bagian dari kemenangan. 

____________________________________________________

kawan cinta saya..sudah isytiharkan immune..dan itulah ujian buat saya lagi...apa yang perlu saya buat. yang mana harus saya pilih? atau saya hanya mencari alasan? 

____________________________________________________________
dan dekatkanlah ya ALLAH aku pada kamu, bantulah aku untuk memperbaiki perhubunganku dengan manusia sebagaimana yang Engkau redha. 



Dari Abu Hurairah r.a berkata: " Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH Ta'ala berfirman, ' Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka aku akan mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrub seorang hamba kepadaKu yang lebih aku cintai daripada beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadaNya. Dan hambaKu yang selalu mendekatkan diri kepadaKu dengan nawafil, maka aku akan mencintainya. Dan jika aku telah mencintainya, maka aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatan yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang digunakan untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaKu, nescaya aku beri dan jika dia minta perlindungan padaKu, nescaya aku lindungi'". (HR Bukhari)

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna