Mengambil bahagianmu di dunia secukupnya dan tetap teguh!

Bismillah wa au'zubillah. Tadi, dalam dudukku bersama adik-adikku tadi, aku persembahkan ini:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".28:77
Maka dia, yang aku cinta kerana ALLAH itu bertanya, "Bagaimana hendak memastikan kita mengambil dunia secukupnya dan mengejar akhirat selayaknya?"

 Ya, aku juga pernah bertanyakan soalan ini dahulu. Malah aku masih lagi mengumpul jawapan dan hujah-hujah Tuhan untuk aku jadikan petunjuk sepanjang musafirku di bumi ini. Jawapan-jawapan itu akan aku titip sebagai prinsip hidupku, hidup sebagai hamba kerdil Tuhan Yang Esa. Tuhan Pemilik Langit dan Bumi serta setiap jiwa yang telah diciptakannya. Pertamanya, memang kita ada keinginan pada dunia:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).3:14
Maka untuk mengambil dunia secukupnya, maka kita harus lepaskan kecintaan padanya dahulu. Sambung cinta itu pada janji ALLAH, yakin dan teguhlah pada janji itu. Cintai syurga, (jangan lupa) takuti neraka dan ingatlah kematian banyak-banyak. Kerana pada ingatan-ingatan itulah lahirnya buah-buah takwa. Sentiasa sedar kamu dalam lingkungan pengawasanNya. Dengan ini baru kita dapat melepaskan syahawat (keinginan) kita pada dunia. ALLAH menyeru dengan mengingatkan kita pada syurgaNya. janjinya yang pasti:
(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita".(68) (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh, (69) (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan". (70) Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya". (71) Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".(72) "Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya". (73) 43:68-73

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. (4) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.(5) 90:4-5
Ingatlah, hebatnya syurga dan balasan janji ALLAH tu sampai kita akan puas hati dan redha padaNya. Saat itu dunia bermakna sedikit pun. Untuk meletak had pada secukupnya mengambil dunia pula, binalah hubungan yang hebat dengan Tuhan dan dia pasti tunjukkan dengan menganugerah takwa. Sebaik-baik bekal musafir di dunia ni.
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (269)2:69

'An Abi Hurairah r.a qaala: Qaala Rasulullah s.a.w: Man yuridillah hubii khairan yufakkihu fiddin (Sahihul Bukhari wa Muslim) [Sesiapa yang ALLAH mahukan kebaikan buat dirinya, Dia akan berikannya kefahaman ad-Deen]
Pabila terbinanya fakeh atas anugerah, rahmat dari Tuhan, maka sayonaralah jahiliyyah dan al-hawa yang menyesatkan. Ingatlah, menurut hawa nafsu dan keinginan akan menjuruskan kita kepada kerugian yang besar.
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (58) Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), (59)

19:58-59 Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, - (40) Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (41) 79:40-41
Binalah iman dan taqwa. Kecintaan serta obsesi pada akhirat. Pabila tiada lagi harga dunia. Maka sayonaralah jahiliyyah. Sayonaralah jahiliyyah! Tatkala itu, bila sahaja datang peringatan, berpeganglah padanya dan jangan dilepaskan:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.(16) 51:18
Jangan tunggu hingga hati menjadi keras. Peluang kedua mungkin takkan datang. Sekali kamu berpegang pada ALLAH. Pegang kuat-kuat selama-lamanya. Dan bersamalah dengan mereka yang ingin membina iman itu sebagai suatu langkah memeliharanya.
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (30) 41:30

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (256)2:256

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (22)31:22
Allah sudah menyusun keperluan kita, yakinlah. Kerana itu, tak perlulah berlumba-lumba mengejar dunia yang sudah pasti bahagiannya itu. Lakukan semata-mata demi bersungguh-sungguh dalam meraih rahmat ALLAH.
(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah). (52)39:52
Dan jangan lupa juga untuk membina iman dalam diri yang lain. Binalah iman itu dalam yang lain juga kerana itu tanda kesempurnaan iman juga.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)49:10

Dari Abu Hamzah, Anas b Malik, khadam Rasulullah: Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang itu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri (Sahihul Bukhari dan Muslim)
Andai untuk diri yang kita kasihi kita inginkan syurga maka untuk sahabat yang kita cinta kerana Tuhan Yang Maha Pengasih juga kita inginkan syurga. Indahnya tanda keimanan pada ALLAH yang Maha Pengasih.   Akhir sekali, kenali tabiat kita sebagaiman yang telah ALLAH nyatakan dalam kitabNya dan kenali juga dunia, akhirat, syurga dan neraka. Percaya dan yakin. Dan tetap teguh! Buah iman itu pasti, dengan ikhlas, untuk dunia dan akhirat, untuk diri dan seluruh 'alam. 


Wallahua'alm.
 Uktikumfillah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya

Ama Zilna