Tuntutan kata- kata

Bismillah, tuntutan kata-kata itu sungguh berat. Menuntut pengorbanan dan mujadah. Islam itu agama yang menyucikan dan mengembalikan kepada fitrah serta kebenaran. Sejauh manakah kita menyerahkan diri untuk diislahkan dan disucikan dengan Islam? Dengan cara bentukkan dan tuntutan Allah. Sungguh sejak aku mula mengenalNya dan keinginan untuk merebut redha dan syurgaNya, aku bagaikan masuk  ke medan perang. Mujahadah jiwa dan roh yang aku rasa hanya kan tamat selepas roh terpisah dari badan.

Ya Allah hanya Engkau yang tahu betapa kuat aku perlu jadi untuk menghidupkan kehidupan dan keislaman (ketundukan) yang benar itu dalam jiwa ini. Tolonglah. Pimpin aku dan jangan lepaskan.

Tuhan, Engkau itu satu, Yang Maha Esa.

Hanya padaMu sumber kekuatan.
Hanya dariMu redha yang meredhakan.

Untukku hamba yang lemah.

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna