jazakillah..jazakillah..ukhti

bismillah. bismillah wa auzubillah. 

sudah lama tidak aku mulakan tulisanku dengan kalimah ini. 

ini hanya untuk mengatakan jazakillah ukhti fillah atas peringatan yang engkau titipkan pada ruang legarmu di alam siber ni. walaupun bukan terus ditujukan padaku, tapi kata-katanya kena tepat padaku. cuma hanya ia sampai tatkala aku sudah pincang langkah dahulu. 


aku kerap menzalimi jiwa ini
kerap sehinggakan hampir mematikan rasionalnya

astagfirullah
manusia itu tidak lekang dari dosa
kecil atau besar
nyata atau sembunyi

tolonglah ya Tuhan
tunjukkan aku jalan taubatnya

matikan takabbur itu
matikan ujub itu
matikan riak itu

hamba kerdil
aku hanya ingin jadi hamba kerdil yang puasnya hanya dengan nikmat dariMu
bukan dari manusia
bukan dari dunia

tolonglah ya Tuhan 
aku hanya ingin jadi hambaMu
jangan ditinggalkan aku
hanyut dengan dunia
mataaudunia

biarkan aku jadi hamba kerdilMu sehingga nafas akhirku
tolong ya ALLAH
Engkau tahu siapa aku

astagfirullah..

____***____

untuk kata-katamu ukhti

Kadang-kadang sebenarnya kita tidak perlu mencari kebenaran pun, kerana ia sudah ada di depan pintu kita. Tinggal saja untuk kita mengakui kebenarannya sahaja

aku ingin sambung:

Kadang-kadang sebenarnya kita tidak perlu mencari kebenaran pun, kerana ia sudah ada di depan pintu kita. Tinggal saja untuk kita mengakui kebenarannya sahaja DAN untuk kita ambil tindakan yang benar atas apa yang telah kita ketahui. 




langkahku silap dan sudah bekali-kali silap, hanya untuk urusan yang sama hanya kerana sikapku yang memenangkan kehendak jiwaku dan kabur dengan takabburku

syuh syaitan. menjauhlah!

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna