Sebuah Hadith Qudsi yang cukup menyentuh qolbu: Allah telah bertitah di dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud, “ Hamba-Ku menyombongkan diri terhadapKu dengan pelbagai attribut kemegahan, padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka. Antara-Ku, dan jin serta manusia, terjadi berita besar, bahawa Akulah yang menciptakan, namun yang disembah adalah selain-Ku. Aku memberi rezeki namun, selainku yang disyukuri, kebaikan-Ku sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu. Aku mencintai mereka dengan mengurniakan mereka nikmat-nikmatKu, sedangkan Aku tidak memerlukan mereka. Mereka memancing kemurkaan-Ku dengan pelbagai kemaksiatan, padahal merekalah yang paling perlu kepadaKu. Sesiapa yang datang kepadaKu, maka ia akan kujemput dari kejauhan. Sesiapa yang berpaling dari-Ku, Aku akan memanggilnya dari kejauhan. Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku, akan kuberikan kepadanya lebih dari cukup. Sesiapa yang menginginkan keredhaanKu,
Comments
Post a Comment