GAZA- tika itu aku sedang menarik selimut

Assalamualaikum wa bismillah,

Pagi ni indah sekali tapi permulaannya amat menggamit rasa,
Bangun dan membuka inbox email dan dikejutkan dengan hakikat dunia bahawa pada pukul 2 pagi waktu UK  tadi (1030 pagi waktu Malaysia) konvoi ke GAZA diSERANG ISRAEL dan ada yang syahid dan ada yang tercedera...
*****
Tapi aku...

Tika itu aku sedang menarik selimut...
Bersedia mencari kerehatan, menghilangkan kelesuan badan...

Sedang tika itu mereka di lautan sana sedang bertarung mempertahankan usaha
Bertarung menghadapi kekejaman

Ya ALLAH
Bertapa kecil aku berbanding mereka

Setiap yang beriman pasti menginginkan redha ALLAH
Apalah harga hidup di dunia andai tiada redha ALLAH...
Banyak cara dan usaha manusia kerjakan bagi mencari redha Yang Esa,

Dan kini dunia, lihatlah..
Betapa besar usaha mereka untuk mencari redha ALLAH
Sedang kita....

Lihatlah dunia,
Tika serangan itu...aku sedang menarik selimut
Kamu bagaimana?
Bagaimana kita yang kakinya tidak menjejak lantai Mavi Marmara?

Semoga kita tidak lalai dalam mengingati dan mendoakan mereka
Semoga ALLAH redha dengan setiap nafas kita
Semoga pekerjaan kita benar sebagai jihad kerana mereka disana sedang berjihad
Andai kita lalai maka rugilah kita

Subhanallah

Ameen

Mavi Marmara dan kisahnya: 


Al-Jazeera
Harakah daily
PressTV
BBC
NST
Live Stream
MSM Online
Twit: Sahabat al-Aqsa
Twit: Freegaza.org
Facebook

Refleksi buat sahabat: 
Semasa: Dunia adakah kau melihat

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!