kerana KITA punya HATI
salam sayang wahai insan sekelilingku...
kita punya hati..
dan aku katakan disini bahawa KITA punya hati
bukan aku
bukan kau
KITA
kita yang punya hati
bersama
maka aku dan kamu, kita punya perasaan
ada kehalusan yang kadang akan terluka andai kekasaran timbul
walau tanpa sedar
tapi kesannya lagi terkesan andai disengajakan
andai tidak diniatkan mungkin sahaja dimaafkan
kerana kita punya hati yang disertai akal
boleh dirasionalisasikan andai hati dilukai tanpa niat
dan paling utama kerana ada keimanan
tapi masih
andai luka diguris dengan niat
pasti sakitnya amat
parutnya dalam
walau lukanya hanya halus dan tidak tampak
tapi ingat
luka yang dalam pasti sukar untuk sembuh
pasti lebih menyakitkan
pasti lebih membekas
semoga ALLAH dan iman membantu sembuhnya ia sehingga hilang bekas dan parut
maafkan aku andai terlalu sensitif
tiada niat dihati
hanya kerana aku punya hati
mungkin salah kerana aku meminta..
padahal aku tidak perlu meminta kerana ALLAH yang membalasnya
segala kebaikan tidak perlu pulangan
maka tidak perlu sedih andai balasan layanan tidak seperti diharapkan
kerana ALLAH yang membalas segala kebaikan
segala kasih sayang ALLAH yang kurniakan
dan segala hati ALLAH yang tautkan
dan ya...
ini mengajar dan mengingattkan aku tentang hakikat kita
hakikat yang selamanya benar walau kita sedar atau tidak, ingat atau lupa,
KITA punya hati
tapi ALLAH yang berkuasa ke atasnya
kerana KITA punya HATI
maafkan aku pada salahku
tidak aku sengajakan
dan aku sedang belajar
belajar untuk tidak melukakan yang lain dalam sedar
apatah lagi dalam tidak sedar
kerana DIA tidak mengajarku demikian
dan aku sedang belajar
mengikis sisa jahiliyyah ini
maafkan aku kerana masih bersisa
aku masih berusaha
harap bersabar
maafkan aku
kerana KITA punya HATI
tapi DIA yang memegang segala hati-hati
********
ya TUHAN ikatlah hati kami dengan keimanan dan sulami dengan kemanisan ukhuwah
jauhkan syaitan dari ikatan hati kami
indahkan dengan kasih sayang pada jalanmu
semoga kami bersama mengorak langkah
bersama
bertemu dan melangkah ke syurga
dengan rahmat da kasih sayangMu
dan sungguh engkau Maha Penyayang
maka ajari kami menjadi hamba kepada Yang Maha Penyayang
dan kerana KITA punya HATI
Comments
Post a Comment