Hadiah hari ibu...

Bismillahirrahmanirrahim...

[Dan kalimah ini sahajalah yang aku ada untuk aku tanam dalam jiwaku...]
[Dan jiwa insan lain..dengan KEIZINAN dariMu]
[Dan sungguh kalimah ini sahajalah yang aku ada untuk menjadi teman di kala aku sendiri...]
[Kerana ia benar dan membuahkan kalimah-kalimah lain yang juga benar...]
[Indah membaja jiwa-jiwa]
[Jiwa aku dan jiwa-jiwa mereka....]
[Wahai Tuhan aku rindu padaMu]
[Dengan namaMu, YANG MAHA PENGASIH...YANG MAHA PENYAYANG]
[Aku mengenal hidup..islam..dan kecintaan]
[Kecintaan yang memberat dan sarat dengan kerinduan...]
[Apa ini satu cintan-cintun anak kecil....?]
[Apa ini hanya mimikan cinta Rabiah padahal tidak berakar di sanubariku yang paling dalam..?]
Nauzubillah...semoga tidak!
[Bantu aku wahai tuhan yang memiliki setiap hati-hati]
[Bantu kami menjadi hamba yang cinta padaMu...]
[Tuhan YANG ESA]


*************************************************************************

Pagi ini ibu menelefonku...bertanyakan hadiah hari ibu. (Sudah pandai menggunakan Skype ibuku). Dan aku terkejut. Suatu permintaan yang tidak ada persediaan dariku. Janggal sekali. Entah kenapa. Dan aku katakan padanya "Oh..anakmu tidak menyambut hari ibu...bagiku hari ibu sepanjang tahun..." Tatkala itu hatiku terus bertanya. Apakah hadiahnya? Dan sekali lagi aku terdiam sambil bibir menguntum senyum...Mungkin sebagai hadiah buat ibu...Tapi apa hadiahnya? Dan minda terus ligat berfikir...Sambil mata mengerlingku pada adik yang tersengih melihat gelagat kakaknya yang entah apa-apa.

"Ma, tadi minta hadiah hari ibu ya?" Soalku tatkala hati diketukNya untuk menghadiahkan sesuatu. Sesuatu yang sudah lama aku fikirkan bagaimana hendak disampaikan padanya. Andai sebelum ini aku terfikirkan cara bagaimana hendak disampaikan padanya, inilah masanya!...detik hatiku. Malah dapatku menyelam sambil minum air lagi. Dapat buat langkah susulan dengan adikku selepas perbincangan tentang Surah Dhuha sebelum ini. 

MasyaALLAH. Peluang datang di depan mata!. Aku perlu segera mengambilnya. Dan ini langkah kecilku sebagai dae'i kerdil. Andai ALLAH menerimanya. Andai ALLAH meredhainya. Wahai Tuhan terima aku sebagai pembantu agamamu. Tentera kecilmu...

"Ayuh! Ambil Quran. Anakmu mahu hadiahkan sebuah surah padamu..." Gesaku sambil hati masih bertanya benarkah langkahku? . 'Ya ALLAH semoga dia tidak terkejut dengan perubahan ini dan semoga dikuatkan aku untuk terus mujahadah di jalanNya' 

Dan pada pagi indah itu, aku melangkah lagi menyediakan ruang untuk adikku mendekati tinggalan Baginda Nabi dan buat ibuku.. aku berharap agar dia hatinya akan tenang dengan kebenaran kata-kata Tuhan. Surah Al-Kauthar jadi pilihan. MasyaALLAH..Aku benar ingin berkongsi surah ini dengan mereka. Tapi hati dilanda sedikit kerisauan kerana belum lagi ditadabbur dalam halaqah. Bagaimana andai meleset kupasanku nanti? Ah, insyaALLAH doakan semoga ALLAH memelihara ilmuku nanti...Dan aku cuba untuk menceritakan kepada mereka seadanya. Tidak berlebihan kerana ilmuku juga masih terbatas. 

Ya ALLAH maafkan andai ada salah kata dalam perkongsianku tadi. Hatiku berbunga kerana Engkau benarkan aku menyampaikan kepada mereka sebahagian ilmuMu. Semoga Engkau terus membuka ruang kepadaku untuk menyampaikan kebenaran agamaMu kepada yang lain disekelilingku. Semoga Engkau terus membuka hati kami dan seluruh umat Islam untuk terus kekal pada jalanMu. Dan bersatu pada jalanMu. Bersama bergerak menegakkan agamaMu agar kami termasuk dalam golongan yang beruntung dan diredhai olehMu. Agar kami termasuk dalam golongan penolong agamaMu yang maju ke arah kemenangan yang telah Engkau janjikan =)

*************************************************************************

Comments

  1. Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)” (41:33)

    Kerana kita beriman dengan ayat ini dan hadith Rasulullah.. "Sebarkanlah daripada ku walau satu ayat"

    Jzkk dear for sharing.. moga tulisan ini dapat menghidupkan hati2 yg membaca.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!