Muhasabah Cinta dan Syukur

muhasabah buat diri

andai ALLAH telah mengatakan ini nikmat-nikmat ini diberikan pada siapa yang dikehendaki...dan aku termasuk dalam orang yang dikehendaki itu, maka pasti ada hikmah dan sesuatu yang ingin Dia ajarkan, tunjukkan dan tanamkan dalam jiwaku (dan jiwa kamu) kerana Dia mengatakan bahawa tidak diciptakan langit dan bumi dan segala di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan dalam waktu yang ditentukan (Al-Ahqaf 46:3)

dan untuk insan lain pasti ada nikmat lain yang istimewa ALLAH berikan pada kamu dan tidak pada aku, dengan cara itu sebagai mana kamu menerimanya dan pada saat itu di mana yang lain tidak mendapatnya..kerana ALLAH tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya dan apa diperlukan oleh hambanya walaupun pada saat memperolehnya mungkin sahaja kita tidak mengerti...

ingatlah bahawa nikmat yang telah dikurniakanNya sangatlah banyak...(Al-Kautsar 108:1)

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!