al-asr


Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran

(103:1-3)

Dan Imam Syafie mengatakan andai ALLAH menurunkan ayat ini sahaja ia sudah cukup untuk menjadi  petunjuk bagi seluruh umat manusia. Al-Asr sudah merumuskan segala pengajaran dalam al-Quran secara keseluruhan. 

Dan sesungguhnya masa itu suatu nikmat dari ALLAH dan juga suatu ujian buat hambaNya yang kerdil. Make beruntunglah bagi yang memanfaatkannya. Kerana kehidupan itu sangatlah pendek. 

Lapangnya masa menguji keimanan. Sempitnya masa juga menguji keimanan. Bagaimana masa digunakan itulah kayu ukur pada kualiti kehidupan sehari-harian. 


Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!