Andai dia sudah 23 tahun dari 38 tahun? Berapa tahunkah aku?

Setiap manusia punya sejarah sendiri
Punya keindahan hidup suka duka
Punya kesedihan hidup sebak gembira
Punya nilai dan penghayatan tersendiri

Ada yang punya kehidupan mulia
Ada juga yang terkapai
Ada pula yang berganti jalan, kadang jalannya mulia, kadang pula hanyut
Setiap manusia tidak sama jalannya
Tidak kiralah jalan lurus atau jalan simpang siur

Andai sekumpulan manusia melalui jalan lurus
Bagi setiapnya 
Keindahan dunia yang menggamit di sepanjang jalan  pasti berbeza
Bilangan lorong-lorong ke jalan simpang siur juga pasti berbeza
Malah jika ada kunjungan ke jalan simpang siur dikala futur juga pasti berbeza
Andai sekumpulan manusia melalui jalan simpang siur
Bagi setiapnya
Keasyikan dunia yang melemaskan pasti berbeza
Cengkaman dunia yang merantai hati pasti berbeza
Malah perasaan terhadap rantaian itu juga pasti berbeza
Mungkin ada yang terkadang ingin bebas, lari dari cengkaman keasyikan yang memakan usia 
Dan ada yang berjaya bebas, tetapi ada pula yang kalah kembali
Tapi mungkin juga ada yang bangga pada kejayaan menakluk dunia 
Dan terus perasaan itu dihiasi dengan kebanggaan yang berpanjangan 

Ah, hidup setiap manusia berbeza
Cuma hakikat penciptaan sahaja tidak pernahkan lain 
Hanya kepadaNya, tidak kira bagi yang menyerah atau bagi yang ingkar
Yang pasti, 
 seluruh hidup ini
hanya kepadaNya kembali segala 

**********************

Dan bagi aku...
Tidak seluruh hidupku perjalanannya dulu penuh pada jalan yang lurus
Tidak melainkan selepas titik tolak itu
Muntalaq untuk kembali
Muntalaq untuk bangun 
Muntalaq untuk berjuang 

Dan setiap insan ada masa-masanya
Sudah ditentukan ditulis kala dalam rahim 
Hakikat yang sudah lama tercatat dalam catatan ALLAH

MasyaALLAH 

Berapa lama usia yang telah aku serahkah diriku pada yang HAK? 

Perlukan hitungan? Perlukah? 
Dan pasti kelak akan dihitung!


Inspirasi dan perkongsian:
Muqaddimah Tafsir Fi Zilal oleh Syed Qutb 

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!