Semoga akan..

semoga akan lahir cinta utama itu dalam hatimu dan hati aku
semoga akan kekal cinta utama itu dalam hatimu dan hati aku

semoga cinta itu
cinta utama itu

menjadi kuasa penggerak pada seluruh urat nadi kita
menjadi nyawa kepada nyawa kita
larut dalam darah dan terserap dalam setiap inci tulang
mewarnai setiap unit sel

semoga cinta itu
cinta utama itu

memurnikan tujuan kehidupan kita yang telah terpesong
kerana tujuan hidup orang yang tenggelam dalam cinta utama
adalah tujuan hidup yang lebih dari mega alam
lebih besar dari keluasan alam jangakuan saintis
lebih bermakna dari kejayaan membina empayar
lebih benar dari segala ukuran kebenaran dan kehebatan mata manusia


membersihkan kekotoran hati yang telah dicemari noda hitam
menghidupkan kembali kekuatan yang telah pupus dan direntap kejahilan

semoga akan lahir cinta utama itu dalam hatimu dan hati aku
semoga akan kekal cinta utama itu dalam hatimu dan hati aku
  Inspirasi  : Cinta Pertama by Far East

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!