saya tak tahu
saya tak tahu kalau saya buat salah lagi
saya sudah cuba sayang semua
tanpa mengira dia adalah siapa
adik-beradik
teman
sahabat
atau semata yang baru dijumpai
semua adalah saudara saya
Rasulullah kata
tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri
jadi demi menyahut kata-kata Baginda
saya cuba
cuba menyayangi semua
cuma saya tak nafikan ada masa saya menangkan nafsu dan amarah saya
saya tak ingin mengalah dalam memaafkan kesalahannya yang lain
tapi itu dulu
dan mungkin ketika-ketika tertentu
tapi bersama masa yang berlalu
saya cuba memaafkan
cuma mungkin tidak melupai
tapi saya cuba memaafkan
apakah saya telah melukai yang lain dengan kata-kata ego saya?
entah, saya tak tahu
atau sikap saya
mana-mana saja
entah, saya tak tahu
atau sikap saya
mana-mana saja
entah, saya tak tahu
andai benar,
maafkan saya
huh, malukan?
mohon maaf pada insan lain sedang diri sendiri keras dan sombong dalam memaafkan yang lain dengan tulus
melayani ego dan amarah dahulu sebelum memaafkan
ya, saya sedar sudah akan khilaf itu
saya akan cuba lagi
maafkan saya
saya tak tahu
andai sikap saya sebenarnya menimbulkan rasa tidak puas hati pada insan lain
saya tak tahu
andai sikap saya menimbulkan rasa tidak selesa dalam diri orang lain
kerana kadang-kadang itu petanda yang saya terima dari mereka di sekeliling saya
andai tidak selesa maafkan saya
andai tidak suka akan sikap saya maafkan saya
tapi ini adalah saya
sudah lebih 20 tahun membesar begini
maka mungkin akan ambil masa untuk berubah
andai perlu berubah
sabarlah
tapi, bukan semua akan saya ubah
kerana saya adalah saya dengan sikap saya
selagi mana ia tidak salah pada neraca Ilahi,
benarkan saya bersikap dengan sikap itu
saya mohon pengertian insan lain
tapi andai ada sikap yang tidak saya ubah tetapi menjauhkan saya dari redhaNya
tegurlah saya kerana mungkin saya tidak perasan
kerana saya insan biasa
dan saya tak tahu
saya tak tahu
dan hakikatnya
memang bukan semuanya saya tahu
akhir sekali saya sedar
manusia memang tahunya sedikit
kerana itulah kita dipesan dan dianjurkan untuk nasihat menasihati
untuk yang memberi nasihat
syabas kerana menghidupkan keindahan Islam dan seruan Ilahi
syabas demi redhaNya
tapi andai nasihatmu tidak diendahkan
sabarlah
kerana manusia tetap manusia
dan usahamu dan ikhtiarmu hanyalah semata-mata usaha dan ikhtiar
perubahanku bukan pada tanganmu
nasihatmu hanya untuk kamu meraih redhaNya dan sebagai bukti engkau jua menghidupkan tuntutan hadis Ar-Rasul tadi
syabas
saya tak tahu
maafkan saya andai saya silap
sukar mencari redha manusia
sukar juga mencari redha ALLAH
tapi redha ALLAH yang menjamin ke Syurga
maafkan khilaf saya andai ada
kerana
saya tak tahu
ps: saya ni memang banyak fikirnya
time heals
enol nggak salah apa-apa kok :D
ReplyDeleteenol u can call me if u need someone to talk to ok? moga Allah permudahkan semuanya. sabar ye. masa2 ini memang masa2 Allah uji kita, mampu kah kita utk terus tanpa putus asa dengan rahmatNya. insyaAllah time heals.
ReplyDeleteluvss
akak