hari-hari selepas exam

hujung minggu yang lepas aku menghadiri suatu bengkel HRM, menggantikan sahabatku yang sepatutnya hadir tetapi terpaksa menguzuzrkan diri kerana exam yang sedang berlangsung. selepas peperiksaan beberapa hari yang lalu, masa-masa aku juga dipenuhi dengan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan sebelum pulang ke tanah air... cumanya, jadualku lebih fleksibel berbanding mereka. jadi, menarik la aku rasakan untuk menggantikan mereka.

alhamdulillah, thumma alhamdulillah.

bengkel tu best sangat. ia membuatkan aku menghargai suatu ilmu yang aku pernah belajar dahulu ketika persediaan di KMB. Business Management and Studies, subjek SL yang diajar oleh Pn Mawar.
di bengkel itu aku belajar tentang bagaimana mengurus sumber yang kita ada untuk mencapai matlamat yang kita inginkan. sebenarnya, perbincangan dalam bengkel tersebut tidaklah mendalam cuma cukup untuk aku menghargai kepentingan dan mengetahui langkah awal dalam mengaplikasikannya.

dalam setiap apa yang kita ingin capai, kita perlu ada misi dan visi serta objektif. walaupun ia sinonim dengan pengurusan korporat, hakikatnya ia relevan untuk banyak perkara. bukan hanya korporat tapi dalam pengurusan diri kita seharian juga ia sangat penting. segala elemen dalam pengurusan korporat ini aku rasakan sangat sinonim sebenarnya dengan pengurusan diri, keluarga, masyarakat, negara dan UMMAH. mana tidaknya, ia ilmu mengurus manusia. :)




jawablah semua soalan pada setiap level 'organisational structure' ni... kamu pasti faham. insya ALLAH.

alhamdulillah thumma alhamdulillah

semoga dengan setiap perkara yang aku sibukkan diriku dengannya ini menjadi bekal untuk aku melatih diri aku lebih menghargai masa-masaku... insyaALLAH.

cumanya, tatkala aku disibukkan dengan urusan-urusan dunia ini, hati aku digaru kerisauan...takut urusan ibadah keciciran pula. semoga ALLAH kuatkan diri dan hati dalam membina jiwa yang bertaqwa. tidak larut dalam kesibukan-kesibukan dunia.

*****

“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman”. (Adz-Dzariyat 55)

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna