friends: of being apart
untuk sahabat-sahabat,
aku katakan pada kamu
aku tidak sedih andai kita berjauhan
jika aku tahu kamu di sana
sedang berusaha membawa dirimu dekat padaNya
sedang gigih membangunkan kecintaan pada Tuhan dalam hati yang lain jua
sedang tabah menghadapi cabaran dunia dalam menyebarkan keindahan agama
sedang ikhlas menyambung ukhuwah dan silaturahim, hanya atas nama kasih Tuhan
aku tidak sedih
benar aku tidak sedih
bertebarlah sahabat
bertebarlah demi itu
dan aku akan terus bergembira
cuma jangan lupakan aku dalam doamu
supaya aku,
insan yang jauh dari tazkirah-tazkirah dan ingatan-ingatan indah darimu ini tidak keciciran
supaya walaupun berjauhan,
kita masih punya peluang untuk bertemu di dunia sana
dengan benar
atas rahmat Tuhan
bukankah Rasul sudah katakan
insan yang bertemu dan berpisah kerana Tuhan itu, balasannya Syurga
mana mungkin aku sedih dan berduka andai janjinya sudah begitu
ps: mungkinlah akan terasa kehilangan fizikal seketika, tapi insyaALLAH, saya cuma harapkan yang terbaik buat semua. jangan lupa doakan saya dan bina iman pada Tuhan, pasti saya akan gembira.
doakan.
pss: untuk yang merasakan sikap saya berubah kebelakangan ini, jangan risau..saya tak sedih kerana ditinggalkan atau akan meninggalkan,
cuma untuk sesetengah, saya ingin balas jasa kamu yang ada di sekeliling tatkala saya kesedihan, hanya Tuhan yang mengetahui betapa aku menghargai sokongan dan kesudian kalian meladeni saya ketika-ketika itu.
dan untuk sesetengah yang lain pula, aku cuma ingin kamu tahu, aku juga sayangkan kamu. ^^,
aku ingin tebus rasa bersalah aku pada diri aku dan kamu kerana aku dahulu tidak menghargai sayang yang ada dalam hati ini.
aku cuma ingin, dalam saat-saat genting menanti peperiksaan dan hari pulang ini, supaya kamu tidak merasa kurangnya sayang. kerana mungkin aku sendiri tidak akan punya peluang untuk katakan pada kamu lagi di hari depan bahawa aku juga sayang kamu.
Comments
Post a Comment