Hitungan ALLAH
"Allah menghitung meskipun mereka telah melupakannya" (Al Mujadillah 58:6) Allah tahu setiap satu yang kita kerjakan, yang direkod tanpa tertinggal satu pun, malah direkodkan dengan jelas, tersusun, tidak lalai... (Malah dalam dua kitab yang berbeza? ) Kalla! Sesungguhnya catatan Al-Fujjar (INDIVIDU/golongan yang derhaka) benar-benar tersimpan dalam SIJJIN. Dan tahukah engkau apa itu Sijjin? (Iaitu) kitab yang berisi amal. (Al-Tatfif 83:7-10) Kalla! Sesungguhnya catatan Al-Abrar (INDIVIDU/golongan berbakti) benar-benar tersimpan dalam Illiyyin. Dan tahukah engkau apa itu Illiyyin? (Iaitu) kitab yang berisi amal. (Al-Tatfif 83:18-20) Bertapa spesifiknya Dia, Tuhan Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Kerana kitab-kitab itu pasti menakutkan. Lebih ngeri dari telitinya SV disertation/ Consultant tutor. Keputusan gagal/lulus itu adalah keputusan yang kekal. Dan kemuliaan&kebahagiaan ata...