Dementia dan AQ


Wahai Para Doktor (dan orang lain juga)  ^_^,

Dementia ada dalam Quran tau. *over excited* O.K, baiklah dalam Oxford Handbook pun ada dementia. hehehee. So, let see what Allah wants to tell us when He talks about dementia.

Jom buka Quran! Cuba baca Al-Hajj 22:5. Baca tau, satu-satu: **Plissss**

“Wahai M.A.N.U.S.I.A !! Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya kami kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, AGAR KAMI JELASKAN KEPADA KAMU; dan kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa dan di antara kamu ada yang diwafatkan DAN (ada pula)  DI ANTARA KAMI YANG DIKEMBALIKAN SAMPAI USIA YANG SANGAT TUA, SEHINGGA DIA TIDAK MENGETAHUI LAGI SESUATU YANG DIKETAHUINYA. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah kami turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi ini menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah.”

Scientifically we can say, Allah reminds us about the cycle of life, from nothing. I mean like literally from nothing. Kalau dalam buku sains kan life cycle kita mula dari benih-benih tu kan?

Allah ceritalah dalam ayat ni semua tu **Cuma tak de la details macam nama2 pelik Latin dan Greek yang memeningkan tu**. He wants to remind us about how helpless we were before... Mana taknya, dari tak de pape kepada sekarang ada badan, perasaan, kehendak, tenaga, keluarga, rumah (some people rumah besar), duit banyak-banyak (mata bersinar-sinar). Dari mana datang semua ni?  (tengok dalam hati sekarang sebelum kita sama-sama jawab soalan ni) Dari Allah-lah. Mampukah seekor sperm atau sebiji telur ovum mencipta semua ni sendiri? Hish, nak berenang-renang cari ovum pun nak kena ada tenaga, ni kan pulak nak fikir pasal nak cipta hati dan perasaan, nak ada keluarga dan rumah. **Apekah** Masa dalam bentuk sel tu, nak fikir nak makan dan tidur pon tak tahu, ok? Seeeee how helpless we were before.

**Ya ALLAH, sekarang yang tidur sila bangun ok. Jangan sombong-sombong lagi pada Allah!**
*Jom baca lagi!*

Kalau dalam ayat yang Allah cakap pasal dementia ni, Allah mula dari tanah. ni extended discussion sket Allah bagi untuk kita. Kalau dalam buku teks kata dari sperm dan ovum je kan? Allah kate dari tanah. Tanah?

** Fikir. Fikir. Fikir. By (Guided) thinking insyaALLAH we will know ourselves and our Lord**

Weh, penting ni!!! Knowing that we come from tanah is so very much important. Mane taknya. Tanah kot. Keadaan fizikal dan kimia berbeza kot. Macam mana bole transfer jadi manusia pulak. Alahai susah. **Kan orang chemistry dan fizik? Ke chemist dan physicist dah bole explain??** Ok la, saya tatau la advance mana dah ilmu kimia dan fizik, tapi kalau saya orang biasa ni tengok tanah dan manusia, memang tak sama la. Kalau kacau sekali pon tak larut kot. Aduh, betapa hebat la Allah boleh tukar komposisi macam gitu sekali. Siap bagi extra lagi, bukan badan dan kehendak je, tapi hati dan akal sekali hah. Subhanallah hebatnya Allah.

** Tadi cakap pasal dementia kan? Jom tengok lagi apa Allah nak remind kat kita**

One more interesting thing yang Allah nak kita ingat bila kita tengok, jumpa, terfikir atau belajar tentang penyakit nyanyuk ni ialah untuk ingat pasal hari-hari akhir kehidupan dan kematian. Allah kata kesudahan hidup kita, adalah kematian, semua akan mati cuma sebahagian tu merasa nyanyuk dulu sebelum mati dan itu sebahagian dari kekuasaan Allah. Kalau orang yang pernah jumpa penyakit ni, tengok depan mata, kita mesti rasa simpati kan pada orang yang ada penyakit ni. Kita tak nak kan diletakkan dalam keadaan ni. **nauzubillah** Dan Allah lah yang Maha Berkuasa, maka kena lah kita minta dengan Dia. Despite ambil ubat, supplement, menjalani hidup yang sihat dan segalanya usaha yang lain.

Ada satu kawan pernah cerita, dia kenal seorang pak cik ni, dia sakit. Kidney failure, if I get it right. He suffered confusion as a complication of the electrolyte imbalance, he could not recognize his own child. But interestingly, he remembered his hafazan. Ok, apa pulak kena mengena kidney failure dan confusion dengan dementia ni.

Well, cerita ni made me wonder, Allah preserves whatever He wants to preserve and takes back whatever He wants to, but everything will always be the best, should we have a strong faith in Him dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Samalah dengan dementia, Allah yang beri kita kekuatan dan bring us through the milestones of development ** ok sekarang masuk sikit paediatrics***, Allah izinkan kita belajar complicated skills dan develop good cognitive functions, in simple words, Allah bagi kita kepandaian dan Dia pasti bole ambil balik atas apa sebab pun:

"...ada pula di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang diketahuinya..."  

Kenapa kita tak nak dementia? Sebab presentation of the condition is not pleasant right? Tapi Allah dah remind, it is in His power. Kalau Dia dah kata jadi, jadi lah. One important thing He wants us to know and appreciate is, nothing is kekal in this world. Semua nikmat yang dah list (atau tak) kat atas tadi tu semuanya TAK AKAN KEKAL.

** Sekarang cuba tutup mata dan fikir apa yang paling kita sayang atau suka dalam dunia ni, then review balik ke’best’an nikmat tu.. best. Best. Best. Best.  Ok, now cuba fikir then end of it. So that we can appreciate hakikat semua nikmat ni. Boleh tak kita cakap, ‘I love this so and so, soooo much, I wanna bring it with me when I die insyaALLAH’… ya ALLAH, sedar-sedar, nak ada nikmat tu sampai hari esok pon belum tentu. Betul? (Tak yah jawab dengan mulut, jawab dalam hati)**

Knowing dementia, Allah nak kita faham hakikat kehidupan. It operates with His will and will surely end as He wishes. IS THIS ALL??
 There’s one more actually, the best of this. Allah started this ayat with:

“Wahai manusia (Yaa ayyuhannas!)!! Kalau kamu meragukan hari kebangkitan, maka sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah…(hingga akhir ayat)…”

The best of this ayat that ALLAH wants us to know is to be able to decide on one thing. Tentang keimanan kepada hari akhirat dan seterusnya ketundukan dengan penuh perasaan lemah, sayang dan harap pada Allah! Hari akhirat will surely happen. Orang-orang yang terselamat di Akhirat nanti hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan menjaga apa yang Allah dah tunjukkan. Benda lain seperti harta, ijazah, warna kulit, bahasa, kaum dan kasta social adalah tiada nilai ye di akhirat nanti. Allah tak kesah siapa kita, kalau Dato’ pon tak penting. Tak kan dapat fast track pun untuk dihisab nanti.

Allah sangat-sangat tegur sikap manusia kalau suka sangat nak debat pasal apa yang Allah dah janji. Debat sebab nak deny apa yang Allah dah suruh. Nak deny kuasa Allah. Nak deny ketundukan pada kuasa Dia yang Maha Berkuasa!! Atau debat hanya cari alas an supaya boleh cakap kat Allah “Sabaq sat na Allah, nanti saya beriman betul-betul. Sekarang saya ni (dot dot dot)”

Allah remind kat kita:

Sampai bila nak nanti-nanti ni? Dah dah la. Semua yang kau nak kejar tu tak kekal. Mati pun kau tak tahu bila kan. Nak lengah kenapa lagi? Akhirat tu pasti kan…

“Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamanya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah dan keredhaanNya. DAN KEHIDUPAN DUNIA INI TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YANG PALSU.  (Al-Hadid 57:20)”
Ada benda yang lebih best yang Aku nak bagi pada kamu…

“Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluasnya langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan rasulNya. Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”  (Al-Hadid 57:21)
Kalau aku uji kamu dengan sesuatu, sebab Aku nak kamu ingat balik siapa Aku

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. .  (Al-Hadid 57:22)
Kalau aku uji kamu dengan sesuatu, Aku nak kamu ingat juga yang semua benda tak kekal. Kalau kamu faham ni, kamu tak kan sedih. Kalau kamu faham ni, kamu tak kan sombong, kamu takkan nak focus kutip harta je!

“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang menyombongkan diri. Iaitu orang orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barang siapa berpaling (dari perintah-perintah ALLAH), maka sesungguhnya ALLAH, Dia Maha Kaya, Maha Terpuji ”.  (Al-Hadid 57:23-24)
PS: Okay para doktor, lepas ni kalau hebat pasal penyakit-penyakit kena la hebat juga sebagai hamba yang tunduk pada ALLAH. Dengan dementia ALLAH, dah ajar kita untuk lembut hati dan tunduk beriman pada ALLAH. Lebih banyak penyakit yang kita tahu, harusnya lebih beriman la kita. Peringatan sentiasa di depan mata.

PS: Tapi ALLAH tak tujukan ni untuk doktor je tau. Ayat tu start dengan Wahai manusia! So pengajarannya untuk everyone ye.

Yosh! Lembutkan hati ^_^

PS: Kalau ada yang salah betulkan, hamba orang yang kurang ilmunya.
Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya

Ama Zilna