Hitungan ALLAH

"Allah menghitung meskipun mereka telah melupakannya"   (Al Mujadillah 58:6)




Allah tahu setiap satu yang kita kerjakan, yang direkod tanpa tertinggal satu pun, malah direkodkan dengan jelas, tersusun, tidak lalai... 


(Malah dalam dua kitab yang berbeza? )

Kalla! Sesungguhnya catatan Al-Fujjar (INDIVIDU/golongan yang derhaka) benar-benar tersimpan dalam SIJJIN. 

Dan tahukah engkau apa itu Sijjin? (Iaitu) kitab yang berisi amal.

(Al-Tatfif 83:7-10)

Kalla! Sesungguhnya catatan Al-Abrar (INDIVIDU/golongan berbakti) benar-benar tersimpan dalam Illiyyin. 

Dan tahukah engkau apa itu Illiyyin? (Iaitu) kitab yang berisi amal.

(Al-Tatfif 83:18-20)

Bertapa spesifiknya Dia, Tuhan Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. 

Kerana kitab-kitab itu pasti menakutkan. Lebih ngeri dari telitinya SV disertation/ Consultant tutor. 

Keputusan gagal/lulus itu adalah keputusan yang kekal. Dan kemuliaan&kebahagiaan atau kehinaan&kesengsaraan yang datang bersama keputusan itu pun sempurna, hebat dan kekal. 

Kehidupan dunia ni tak panjang dan hari viva tu pasti datang. 

Dan diletakkan kitab, lalu engkau akan melihat Al-Mujrimin (orang yang berdosa) merasa ketakutan terhadap apa yang (dituliskan) di dalamnya, dan mereka berkata,

"Bertapa celakanya kami, KITAB APAKAH INI? TIDAK ADA YANG TERTINGGAL, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya".. Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.

(Al Kahf 18:49)

Golongan manakah kita?
Fujjar ataupun Abrar
Yang melihat ataupun dilihat?

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Ama Zilna

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!