hijrah pilihan kita!
Wahai diri, wahai teman, wahai sahabat...andai dalam jiwamu terdetik rasa untuk berubah. untuk mengejar kasih Ilahi, maka lahirkanlah rasa hati itu ke lubuk hati yang paling dalam.. dan rasailah kebenaran rasa itu. bersegeralah ke arah kebaikan dan penghijrahan itu, sesungguhnya mujahadah kepada kasih ALLAH menuntut pe...mbebasan cinta pada dunia..rasailah dan yakinilah bahawa dunia hanya sejenis makhluk yang dicipta Ilahi sebagai nikmat buat hamba dan makhlukNya yang paling mulia iaitu kita...rasailah detikan dan bisikan malaikat itu. tanamlah ia di dalam hati sebelum syaitan mematikan api semangat itu dengan api kekufurannya...
Ayuh diri, ayuh semua..sedarlah. untuk berubah..dikala hidayah didetikkan ke dalam hati, syaitan akan berduyun-duyun datang untuk memusnahkan kesucian itu. dan kamu, wahai diri yang merasakan detikan hati itu, pasti akan dapat merasakan sogokan syaitan itu.pasti kamu dapat menilainya..yang membezakan hanyalah pilihan yang akan dibuat...dan pilihan itu pilihan kamu..teruslah mencintai dunia dan diri itu adalah antara yang akan rugi. dan sedarlah TUHAN yang MAHA KAYA yang memiliku jiwa itu, tidak akan rugi walau sedikit pun...dan benar. PILIHAN itu, PILIHAN KAMU!! wahai diri yang hatinya dibisikkan kebaikan dan disogokkan kekufuran..
sedarlah..andai kita tidak mengambil langkah. tidak membawa kaki. tidak menghayun tangan untuk berubah dan tidak sekali-kali membulatkan suara hati untuk berubah..nescaya tiada siapa yang tahu bila hidayah seterusnya akan datang mengetuk hati lagi..
sedarlah andai kita tidak membenarkan bisikan malaikat dikala ia dibisikkan..entah bila bisikan itu akan tiba lagi sedangkan bisikan syaitan dan hasutan nafsu tidakkan pernah surut dan hilang...
rasailah..andai hati sudah hitam keras dengan kekerasan nafsu kita..bagaimana lagi keimanan mampu menapak di hati. hanya dengan rahmat ALLAH..tapi sedarlah, sedarlah hati..sedarlah..kita mengharapkan rahmat TUHAN..sentiasa! tidak sesaat pun kita lupa bahawa ALLAH Maha Pemurah dengan rahmatNya yang luas. padahal kita tidak cuba DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH MUJAHADAH pun untuk memberikan kasih sayang kita kepadaNya...cukuplah diri, wahai hamba ALLAH yang kerdil..cukuplah untuk meminta sebelum memberi..
ingatlah firman ALLAH bahawa DIA telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan dan kemudiannya dikembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya melainkan mereka yang BERIMAN dan beramal soleh (surah at-Tin 95:4-5)..
sesungguhnya imanlah yang menjadi kunci kehidupan yang benar. kunci kepada rahmat ALLAH..
carilah kasih ALLAH kerana usaha itulah jaminan ALLAH akan memberikan rahmat dan mendekati kita. mengetuk hati kita dan mengisi kekosongan hati kita...
tanpa usaha itu. teruslah berharap untuk hidayah yang tidak pasti itu.teruslah berhujah bahawa hidayah belum mengetuk pintu hatiku.padahal sudah banyak yang ALLAH berikan untuk kita sedar!
belajarlah diri, belajarlah sahabat untuk hidup bersama ALLAH! Nabi Muhammad yang sangat kita cintai, Nabi yang merindui kita dikala hayatnya dan menyebut-nyebut kita dikala ajalnya pernah bersabda "Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan menjagamu. Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan sentiasa berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada ALLAH. Jika kamu memohon pertolongan moholah kepada ALLAH" (Petikan dari hadith 19; riwayat Tirmidzi)
pupuklad dan MUJAHADAHlah untuk membina cinta kepada ALLAH, sesungguhnya itu kunci kepada keimanan. kunci utama kepada kemanisan iman. hayatilah ilmu yang telah dipelajari dikala di sekolah dahulu..sesungguhnya kemanisan iman yang pertama ialah apabila ALLAH dan Rasulullah itu dicintai melebihi segalanya..MELEBIHI SEGALANYA..dan cinta kepada dunia itu. cinta kepada manusia itu. cinta kepada selain ALLAH dan RasulNYA yang BERLEBIHAN itu..racun kepada keimanan!
subhanallah.semoga ALLAH terus meyayangi kita..hamba yang terkadang lalai dalam mencari dan MENJAGA HIDAYAH ALLAH Rabbul 'alamin..
ISTIQAMAH lah diri dalam perubahan dan penghijrahan..
Comments
Post a Comment