amalan tanda cinta
Bismillahirrahmanirrahim..
Baru usai membaca sebuah coretan sohibah yang tidak ku kenali..coretan itu masih belum lengkap.tetapi, masyaALLAH. ada kata yang mengetuk pintu hatiku. ada rangkap yang mengegar ruang jiwaku. dicoretkan sebagai kata hati watak utama khazinatul asrar (khazanah kerahsiaan): amalan-amalan itu ada tanda kecintaan padaNya. subhanallah, apa aku sebegitu ya TUHAN? wahai TUHAN kasihkan hatiku padaMu ya ALLAH. kasihkan aku padaMu. tunjukkan aku jalannya mencari cintamu ya ILAHI. hati ini bermadah..hati ini berpuitis memohon petunjukmu ya ALLAH. sukar benar memaknakan cinta padaMu. sudah lama rasanya hatiku belajar.
sudah berbulan sejak engkau menghantarku jauh dari keluarga dan kegusaran masa silam serta kemelut di tanah air. sudah lama ya RAHMAN..
tapi nyata aku masih belum mampu memaknakan kasih suci buatmu.
ah,
aku takjub dengan tulus dan besarnya cinta RASUL padaMU ya ALLAH
tapi aku tidak mampu membina cinta sebesar itu
aku takjub pada sucinya cinta Rabiah padaMU ya ILAHI
malah aku dengki pada hakikat cintanya
aku juga ingin cinta seagung itu ya RAHMAN
ya RAHMAN..tuhan yang MAHA untuk segalanya..malah MAHA Penyayang itu sifatMU yang aku kenali dari surah hadiahMU buat Muhammad Rasulullah dan umatnya
dan aku sebahagian dari umatnya
sungguh kau ingin belajar memakna dan mengukuhkan cintaMu di hatiku
tapi nyata tiap keimanan yang aku ucapakan pasti akan Engkau uji.
seperti firmanMU bahawa tidak mungkin seseorang itu dapat mengatakan dia beriman selagi tidak diuji
dan semakin besar iman yang terbina hanya dengan taqwa dan kasih padaMU, semakin besar imtihan yang Engkau kirimkan buat kami
bagaimana harus kami menghadapi imtihan ini ya ALLAH
bagaimana ya RAHMAN
sebagaimana semua ingin berjaya dalam ujian dunia yang manusia ciptakan,
aku ingin berjaya malah lebih berjaya dari kejayaan imtihan dunia dalam usaha memaknakan cintaku padaMU
tapi sukar
sukar
sukar
dikala iman bercanggah dengan nafsu
sukar
dikala bisikan suci malaikat bertentangan dengan bisikan keji sang syaitan
ya ALLAH kuatkan hatiku.
hati ibu bapaku
hati adik beradikku
hati sahabatku
hati seluruh umat islam dalam memaknakan cinta padaMU
TUHAN Rabbul'alamin
TUHAN yang menciptakan segalanya
ILLAH buat insan
RABB buat makhluk seluruh alam
ya RABB...ya RABB.. ya RABB

Comments
Post a Comment