Dendam & Menghuni Syurga
AYAT BERTANDA KUNING
Dulu bila terbaca ayat ni, suka sanga disebabkan oleh ayat bertanda kuning tu. Ia menggambarkan kesyukuran seorang hamba yang betul-betul rendah hati terhadap nikmat petunjuk dan izin Allah untuk dia kekal dalam iman dan amal soleh selama dia di dunia. Sangat rendah hati. Sebab tiada pun dia claim sebab masuk syurga tu adalah atas amal yang dia dah buat di dunia, instead dia kata Alhamdulillahilladzi hadaana li haaza- segala puji bagi Allah yang telah memberi kami petunjuk. Cantiknya akhlak hamba yang Allah izinkan masuk syurga. Orang kata kalau nak masuk syurga, kat dunia ni kena usaha dan cuba hidup dengan akhlak-akhlak macam tu la juga. Increase the chances of dapat redha Allah hence masuk syurga.
AYAT BERTANDA MERAH
Oh now, my actual point. Harini, bila baca balik ayat ni sekali lagi. Mata dan akal terhenti pada beberapa perkataan dalam ayat tu: Kami cabut segala dendam yang ada dalam dada mereka.
Dulu, saya suka je ayat ni. Simply because ia menggambarkan janji Allah bahawa dalam Syurga nanti, hati kita akan dipenuhi dengan kebahagiaan dan ketenangan. Hence it makes you feel, yes self! Do your best, dalam Syurga tu tak celaru. Tenang. Tak de marah, tak de benci. Ada kasih sayang dan sifat penyantun je.
Harini, bila baca balik, terbetik soalan. Kenapa ayat tu mention macam tu? Kenap mention dicabut rasa dendam tu, does that mean masa di dunia, orang-orang yang beramal soleh ni akan ada perasaan perasaan buruk pada orang lain di sekitar dia?
DENDAM PENGHUNI SYURGA
Hurm. Then buka la beberapa buku, nak tanya ustaz tak available la pulak dengan segera.. The answer is says, yes.. Manusia yang masuk syurga tu, dia hidup di dunia macam manusia biasa. Perasaan dia berkembang dan berubah sebagai perasaan seorang manusia. Bukan malaikat. Akan ada waktu dia kecewa. Akan ada waktu dia sedih. Akan ada waktu, dia marah. Tapi yang pasti, saat dia diuji dengan setiap rasa-rasa yang negatif tu, dia segera istighfar. Kembali muhasabah diri. Take the time to change. Penawar kepada rasa-rasa buruk tu I believe would be zikrullah dan rasa kasih sayang:,Kefahaman bahawa kasih sayang kita kepada manusia itu adalah kerana Allah, maka kita tak nak hidup kita penuh dengan masam muka kepada dia hanya kerana kita pernah marah, hanya kerana kita pernah dikecewakan, hanya kerana kita pernah terkilan. Maka kita belajar untuk memaafkan. Kita belajar untuk bersabar. Dan kita belajar untuk terus sayang- terus saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Terus mengharapkan kebaikan dan Syurga buat teman kita.
BEKAS-BEKAS RASA
Apa yang menarik ialah tentang bekas-bekas perasaan yang tertinggal tu. Ghill tu. Untuk sesetengah manusia, no matter how hard they tried, bekas terasa tu akan tertinggal dalam hati dia. I guess ayat ni menjadi pujukan untuk manusia tu sendiri belajar untuk bersabar dengan diri dia dan santun pada diri dia. Sort of saying,
"Dear self, I know perasaan terasa hati tu masih ada deep down in you heart. Sabaq na. Sangka baik pada Allah. Usahalah untuk berlapang dada. Counter back perasaan marah yang bersisa pada orang tu dengan terus berbuat baik pada dia.
If you think it is not fair- say to yourself,
" Kalau memaafkan itu dekat dengan sifat ALLAH, malah DIA pun dah banyak maafkan kita. Kalau memaafkan manusia itu boleh menjadi tanda kita menghargai AL-GHAFUR ALLAH, apa salahnya. Kebaikannya untuk kita juga. Sekurang-kurangnya hati kita semakin redha. Semakin tenang. Bebas dari marah dan kebencian"
BERBUATLAH YANG TERBAIK, BALASLAH MARAH DENGAN KASIH SAYANG, PALING KURANG ITU: SIMPATI, BELAS KASIHAN- AGAR DIA JUGA DIAMPUNKAN TUHAN.
Believe it, pengampunan yang kita beri itu, penawar untuk jiwa kita.
Believe it, lapang hati yang kita cuba bentuk itu, menjemput ketengangan pada hati kita.
Believe it, kasih sayang dan belas ihsan yang kita cuba tampilkan itu akan membentuk akhlak kita.
Kita pasti akan belajar, menyantuni manusia, kerana Tuhan kita. Besar maknanya. Bukan hanya semata kerana kenal atau cinta- tapi kerana Tuhan kita.
wasalam
ASI
Comments
Post a Comment