Wahai jundi dakwah yang setia
Aku tulis sajak ini kerana cintanya aku pada teman-teman di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Saat mendengar rajuk teman menjadikan dia tawar hati dan ragu pada jalan dakwah, perasaanku gusar. Setelah melihat beberapa yang mengundur diri atau minta untuk direhatkan, aku tidak sanggup melihat ia berlaku lagi. Aku cinta pada setiap satu maka aku harapkan ketabahan dan kesabaran pada hati tiap jundi dakwah ini.
Hai teman, andai pernah kamu terasa kecewa dengan dakwah, jemaah atau ukhuwah, muhasabahlah. Sesungguhnya ia sebahagian dari kemanusiaan dakwah dan jemaah. Ukhuwah tidak akan manis melainkan kita yang memaniskan. Dan selemah-lemah ukhuwah adalah berlapang dada. Setinggi-tingginya adalah itsar. Nikmat manis ukhuwah bukan percuma, tapi ia kurniaan. Andai engkau tidak merasainya, redhalah bahawa Tuhan belum menginginkannya untukmu. Rendah hatilah pada Yang Esa, moga kedamaian dalam cinta kepadanya membawa kamu kepada merasa manisnya madu ukhuwah fillah.
*************************
Wahai jundi dakwah yang setia.
Wahai jundi dakwah yang setia,
Ambillah dakwah ini kerana ketinggian dan kemuliaannya,
Ia jalan para Rasul yang kita cinta,
Serta kehidupan para sahabat yang ternobat sebagai bintang kejora,
Aku tahu padanya ada luka dan duka,
Padanya ada mehnah penggoncang jiwa,
Padanya terselit ujian-ujian menghiris rasa,
Malah padanya telah terkorban ramai jiwa,
Telah Gugur sekian banyak air mata.
Tapi wahai jundi dakwah yang setia,
Bukankah semua itu hanya ujian dunia?
Walau tanpa dakwah kita pasti akan merasa!
Ia adalah pahit dan kelat kehidupan siapa saja.
Wahai jundi dakwah yang setia,
Jangan sekali engkau izinkan satu kepedihan menapis kita dari dakwah penuh cinta,
Jadikan ia pembuka ikatan yang membebaskan dan memperkasa,
Hingga kita merasa kuat, hanya dengan bertemankan Tuhan yang Maha Esa!
Wahai jundi dakwah yang setia,
Sabarlah, Redha Tuhan menanti kita di hujung sana,
Hidup dunia ini hanya seketika,
Malah seakan seperti satu kelipan mata,
Tiap pahit yang kita rasa hanya penawar daging dalam dada,
Yakinlah pada Tuhan yang Maha Kuasa,
Dia hanya ingin menyucikan kita,
Mendidik kita menjadi hamba tulus yang setia,
Mencintai hanya Allah sahaja.
Wahai jundi dakwah yang setia,
Ikhlas lah pada Dia,
Mengadulah bersama hati yang khusyuk padaNya,
Jangan sekali lemah hanya dengan rasa pedih mahupun rasa kecewa,
Kerana Dia itu satu-satunya motivasi kita yang utama,
Tiada yang lain, hanya Dia.
Al Quran, kalam pemujuk hati di dalam dada,
Allah, Dia mengetahui segalanya.

Comments
Post a Comment