Walking down the trail

Hujung minggu yang lepas, aku berkesempatan hiking di sekitar Ingleton Waterfall trail, Yorkshire. It was amazing. And most importantly, I felt so blessed that He permitted me to visit the place and hear the calming sounds of flowing water between limestone and rocks. I nearly cancelled the trip caused the weather forecast said it was going to be rainy and I was a bit unhappy to have the trip in a bad weather. But to be a honest, that was only because I was worried that others might not be pleased with it and the trip would not be fun. Interestingly one of my friends was so excited so we decided to go. 

The place was wonderful. I wanted to share an ayah during the trip but it did not happen for some reason. Yet I am pleased with what ALLAH had given me. 








Aku cuba mengiringi setiap langkahku dengan istighfar dan ketundukan hati. Menundukkan hati saat menghayati kebesaran ciptaan Tuhan. Indah yang tiada manusia mampu ciptakan. Saat berada di puncak, itu kegemaranku. Tenang mendengar air mengalir, ditambah dengan ketundukan merasai kehambaan bernaung di bawah langit ciptaan ALLAH yang gah. Subhanallah, tidak Engkau ciptakan ini sia-sia dan aku mohon hidayahmu buat setiap hamba yang mencintaimu. Moga Engkau golongkan kami dalam golongan orang yang benar dan rendah hati.


Sepanjang perjalanan aku terfikirkan sesuatu. Hidup ini ibarat perjalanan merentas denai indah dan panjang. Tapak perjalanannya sudah ada kerana sudah ada manusia lain yang pernah melaluinya, semakin ramai yang melalui, lorong-lorong jelas pun terbentuk. Perjalanan dimudahkan lagi dengan rujukan peta dari mereka yang mengetahui dan menjaga kawasan itu. Penjaga kawasan itu memberitahu kami sebelum kami mulakan perjalanan:

"There are few waterfalls that you will come across, you will start from here and finish at the village. It's a circular walk. See you back in two and a half hours"

Serba ringkas pesan penjaga tapak.

Saat memulakan perjalanan, kita sudah tahu ia akan ada pengakhiran. Maka kami bergerak menuju pada pengakhiran itu. Kami tahu akan ada air terjun, maka kami bahagia kerana kami tahu ia indah. Malah setiap air terjun yang dijumpai kami berhenti lama, mengambil gambar dan menghayati keindahannya. Ada yang kami berhenti lama, terutama air terjun yang hampir di puncak bukit. Indah, sambil menghilangkan lelah.

    


    


Rabbana, ma khalaqta hadza baatilan Subhaanak
Faqiina 'dzaa bannar

(3:191)

Kekalkan kami di jalan yang Engkau redha. Ampunkan dosa kami dan hidupkan ketundukan dalam hati kami kepadaMu. Agar kami tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung. 


Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna