Wahai jundi dakwah yang setia
Aku tulis sajak ini kerana cintanya aku pada teman-teman di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Saat mendengar rajuk teman menjadikan dia tawar hati dan ragu pada jalan dakwah, perasaanku gusar. Setelah melihat beberapa yang mengundur diri atau minta untuk direhatkan, aku tidak sanggup melihat ia berlaku lagi. Aku cinta pada setiap satu maka aku harapkan ketabahan dan kesabaran pada hati tiap jundi dakwah ini. Hai teman, andai pernah kamu terasa kecewa dengan dakwah, jemaah atau ukhuwah, muhasabahlah. Sesungguhnya ia sebahagian dari kemanusiaan dakwah dan jemaah. Ukhuwah tidak akan manis melainkan kita yang memaniskan. Dan selemah-lemah ukhuwah adalah berlapang dada. Setinggi-tingginya adalah itsar. Nikmat manis ukhuwah bukan percuma, tapi ia kurniaan. Andai engkau tidak merasainya, redhalah bahawa Tuhan belum menginginkannya untukmu. Rendah hatilah pada Yang Esa, moga kedamaian dalam cinta kepadanya membawa kamu kepada merasa manisnya madu ukhuwah fillah. ******************...