Tadbbur An-Najm


Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru (An-Najm 53:2)

* Orang sesat (strayed)= orang yang menempuh jalan menyimpang tanpa ilmu.

* Orang keliru (deluded)= orang yang mengetahui kebenaran tetapi dia menyimpang darinya dengan sengaja. 

- Tanpa ilmu kita mungkin menyimpang dari agama ALLAH, melakukan sesuatu yang dirasakan sesuai dengan syariatnya dan sesuai dengan cara yang Dia redha, padahal langsung pilihan dan tindakan kita menyimpang dari jalanNya.

- Ilmu sangat penting. Mengambil tahu itu sangat penting, dan dituntut. Imannya mukmin bukan iman membuta tuli, tapi iman yang yakin dan benar! Kerana mukmin itu mesti ambil tahu dan cuba untuk tahu semampunya apa yang dituntut oleh ALLAH sebenar-benarnya. 

- Menyimpang dengan sengaja itu juga menakutkan. 

** Jadi ambil tahulah tentang ad-Deen itu, pahami dan lembutkanlah hati untuk tunduk patuh pada perintah ALLAH dengan sedar. Lembutkan hati dan tekad untuk tunduk patuh kerana kesesatan dan penolakan dalam sedar itu suatu yang akan merugikan. 

- Kejahilan/kebodohan membuta tuli dan keegoan/kesombongan; Padahnya mengerikan. 

- ALLAH mengutuskan Rasulullah untuk memperingatkan pada kita bahawa dunia ini hanya main-mainan serta ujian untuk tempoh yang sementara. Kita akan diuji dan diuji demi Dia menilai siapa yang lebih baik iman dan taqwa padaNya. Untuk Dia berikan Syurga di Akhirat kelak yang kekal abadi. 

Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Syurga yang di dalam tiada yang lain melainkan kebaikan dan kasih sayang. Syurga di dalamnya punya segala sesuatu yang tiada tolok bandingnya dengan keindahan dunia yang sementara. 

Semua manusia inginkan Syurga. Ini harapan setiap yang mengetahui keindahan dan kehebatan dan kekal abadinya Syurga dan nikmat-nikmat di dalamnya. 

** Semoga setiap dari kita benar-benar beramal untuk mendapatkan Syurga itu. Langkah pertama dan berterusan pastinya mendekatkan diri padaNya dengan ilmu, ketundukan hati dan keinginan yang benar untuk kembali padaNya bersama hati dan amal yang paling ALLAH redha.

PS: Bukan tafsir tau, tadabbur... reflection insyaALLAH 
tapi adalah rujukan

Rujukan: Tafsir Ibn Katsir 

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna