Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya


Sebuah Hadith Qudsi yang cukup menyentuh qolbu:

Allah telah bertitah di dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud, “ Hamba-Ku menyombongkan diri terhadapKu dengan pelbagai attribut kemegahan, padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka. Antara-Ku, dan jin serta manusia, terjadi berita besar, bahawa Akulah yang menciptakan, namun yang disembah adalah selain-Ku. Aku memberi rezeki namun, selainku yang disyukuri, kebaikan-Ku sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu. Aku mencintai mereka dengan mengurniakan mereka nikmat-nikmatKu, sedangkan Aku tidak memerlukan mereka. Mereka memancing kemurkaan-Ku dengan pelbagai kemaksiatan, padahal merekalah yang paling perlu kepadaKu. Sesiapa yang datang kepadaKu, maka ia akan kujemput dari kejauhan. Sesiapa yang berpaling dari-Ku, Aku akan memanggilnya dari kejauhan. Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku, akan kuberikan kepadanya lebih dari cukup. Sesiapa yang menginginkan keredhaanKu, Aku pun menginginkan apa yang diinginkan olehnya. Sesiapa yang bertindak bergantung kepada daya dan kekuatanKu, maka akan kulunakkan baginya. Orang yang melakukan maksiat, tidak akan Ku buat mereka berputus asa dari rahmatKu, jika mereka bertaubat kepadaKu, maka Aku akan menjadi Kekasih mereka, sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Jika mereka tidak bertaubat kepadaKu, maka Aku akan bertindak sebagai Doktor mereka. Akan Kuberikan cubaan kepada mereka dengan pelbagai musibah untuk membersihkan mereka dari pelbagai aib. Dan sesiapa yang lebih mementingkan Aku daripada selainKu, maka Aku akan lebih mementingkannya daripada orang lain. Satu kebaikan disisiKu adalah bernilai 10 kali ganda yang sepertinya, hingga ke 700 kali ganda, hingga ke gandaan yang banyak sekali. Sedangkan kejahatan di sisiKu adalah bernilai satu. Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya. Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan. Kasih sayangKu mendahului MurkaKu. Sifat PenyantunKu mendahului keputusanKu menjatuhkan hukuman. Pemberian maafKu lebih mendahului siksaanKu, Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya”

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna