kamu bukan lilin

bismillahirahmanirahim, 

kalau merujuk pada entri yang sebelum ini, aku katakan kegembiraan aku kerana aku sudah dengan jayanya melepaskan suatu tanggungjawab yang sudah diberikan kepadaku sejak aku sampai ke Leeds. jauh di sudut hati, aku sangat-sangat lah gembira kerana mampu menyumbang dalam peersatuan tersebut. ia sebahagian dari aku sejak aku datang ke tanah ini. orang-orangnya antara keluarga aku. walaupun aku juga punya keluarga yang lebih aku terikat dengan. dengan ikatan yang ALLAH kurniaakan. aku sangat terkilan kerana kami berlainan langkah walaupun satu arah tujuan, aku sangat menanti hadirnya waktu bila kita akan bergerak seiringan. aku sungguh gembira kerana aku tidak akan lagi menzalimi ia dan orang-orang di dalamnya. dan semoga dengan ini aku akan belajar lebih baik. 

sungguh sedih kerana refleksi utama dan paling penting yang aku belajar ialah untuk tidak menjadi lilin. aku suka menjadi lilin yang akhirnya aku terpaksa menggadaikan yang tidak sepatutnya. ALLAH itu Hebat. 

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna