ayat-ayat cinta dan ingatan yang aku kongsikan
Jangan la sedey. remember that God loves us. He would let nothing to happen unless it is the BEST for us.
kita mmg diciptakan utk diuji. supaya lebih dekat pada Dia. setiap y Dia susun adalah pada kemampuan kita. ALLAH yang bg kita akal dan pancaindera malah selama kita hidup ni pun ALLAH lah yang menyusun apa yang kita kan jumpa dan belajar.. sepanjang masa tu jugalah Dia bentangkan pilihan untuk kita lebih dekat atau lebih jauh dari Dia,
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ﴿٨﴾
demi jiwa dan penyempurnaanya. lalu diilhamkan oleh ALLAH jalan kefasikan dan ketaqwaan.
mintalah kekuatan dari ALLAH. tagih kekuatan tu. kekuatan untuk menyucikan diri supaya kita tergolong dalam golongan yang berjaya dalam menagih syurga ALLAH. syurga ALLAH x murah.. mesti ada pengorbanan. korbankan duniawi pasti kita dapat semua.
kalau jiwa sakit sbb dosa kita yang dah lepas, minta penawar dari Dia. usahakan. mujahadah sayang!!
******
ALLAH dah bagi pada kita jiwa yang ada iman padanya. sbb itu kita sedih dan menyesal pada dosa-dosa tu. baguslah. kerana iman tu la kita sedar pada dosa-dosa kita. malah ALLAH pernah bersumpah demi jiwa yang menyesali dirinya. baguslah kita sedar dan sedih atas dosa yang telah kita lakukan. jadikan muhasabah ni titik tolak untuk maju ke depan. titik tolak untuk membina jiwa yang sentiasa aware tentang keindahan dan mujahadah dalam mencari redha ALLAH. ALLAH kata kesedaran dan perasaan takut orang-orang yang beriman tu perlu dipupuk. kena latih dengan amalan dan muhasabah.
*******
kadang-kadang sy pn rase da usaha. tp kadang-kadang kalu tgk2 balik bukan sume usaha sy da try...
byk y ALLAH da outline..cam mane nak bina jiwa dan taqwa, mungkin usaha kita x cukup lagi:
**qiam**
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا ﴿٦﴾ إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا ﴿٧﴾
sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
sesungguhnya di waktu sianghari kamu disibukkan dengan urusan-urusan yang panjang.
(Al-Muzammil 73:6-7)
**puasa**
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah2:183)
**sabar dan solat**
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ ﴿٤٥﴾
dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. dan solat itu sunggu berat kecuali bagi orang yang khusyuk.
(Al-Baqarah2:45)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ﴿١٥٣﴾
wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. sungguh ALLAH beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah2:153)
kalau ALLAH tu bersama kita, insyaALLAH kita mampu atasi apa je ujian. pasti. tapi kne la penuhi syarat Dia juga.
**dzikir dan taubat**
وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِّن رَّبِّهِ ۗ قُلْ إِنَّ اللَّـهَ يُضِلُّ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ أَنَابَ ﴿٢٧﴾ الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨﴾
dan orang-orang kafir berkata" mengapa tidak diturunkan padanya tanda mukjizat dari Tuhannya?" katakanlah Muhammad "sesungguhnya ALLAH menyesatkan siapa yang dikehedaki dan memberi petunjuk pada orang yang bertaubat kepadaNya. iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. ingatlah, dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenteram.
(Al-Ra'd 13:27-28)
*******
ALLAH kata dia akan beri petunjuk pada orang-orang yang bertaubat. maknanya orang-orang yang mohon ampun dalam sedar dan berjanji xkan buat lagi dosanya. ALLAH x kata orang-orang yang x pernah buat dosa. fitrah manusia biasa untuk tidak maksum. tapi bukan untuk hanyut dalam kesesatan. bukan untuk kufur dan mengaku kalah pada hasutan syaitan dan hawa nafsu.
syaitan musuh yang nyata. busuk perangainya. lepas dia hasut kalau kita buat dosa bukan dia nak tanggung sama-sama malah dia berlepas diri lagi.. xnak tanggung. benci!
contohnya time dia berjaya hasut sekumpulan manusia untuk berperang dulu,pastu lari, pastu dia siap cakap kot dia takot pada ALLAH.
وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّي جَارٌ لَّكُمْ ۖ فَلَمَّا تَرَاءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكُمْ إِنِّي أَرَىٰ مَا لَا تَرَوْنَ إِنِّي أَخَافُ اللَّـهَ ۚوَاللَّـهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٤٨﴾
dan ingatlah ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan mereka dan mengatakan "tidak ada yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini dan sungguh aku adalah penolong bagi kamu" maka ketika kedua pasukan itu saling berhadapan, syaitan balik ke belakang seraya berkata "sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada ALLAH. ALLAH sangat keras siksaanya."
(Al-Anfal 8:48)
jangan biarkan syaitan jadikan kita lalai dan lemah dalam mencari ridha ALLAH. kita tahu semua tu susah, jadi kita x boleh mengalah. cuba bina diri yang selalu ingat ALLAH. selalu ingat setiap masa sampaikan ingatan tu mengawal bukan hati kita je tp tubuh badan kita juga. semuanya kena usaha agar ALLAH kurniakan nikmat iman dan taqwa tu,
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴿٢٠٠﴾ إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ ﴿٢٠١﴾
dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada ALLAH. sungguh Dia Maha Mengetahui, Maha Mendengar.
sesungguhnya orang yang bertaqwa ialah apabila mereka berfikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segara ingat kepada ALLAH. maka ketika itu juga mereka ingat kepada ALLAH.
(Al-A'raf 7:200-201)
********
psal ujian-ujian yang kita terima dari ALLAH belajar lah untuk terima. xsenang tapi, perasaan tu yang kita kena korbankan untuk menjadi hamba yang redha pada ALLAH. bukan sahaja hamba yang diridhai ALLAH. percayalah ALLAH sayang kita.
********
sabar. bukan dengan kerenah manusia je. tp dengan kejadian yang menimpa juga..sabar tu yang pertama. tu yang terbaik. dan sepanjang ujian pun kne sabar dan redha..ALLAH akan bantu kita dan bg kemenangan pada kita selagi mana kita sabar. Dia nak uji. tapi kita xtau sejauh mana. sebab tu ada orang kata kemenangan dan kalah tu dipisahkan oleh sabar yang sesaat. sebab selagi mana kita sabar kita masih boleh berjaya dalam meraih redha dan bantuan ALLAH.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ﴿١٥٣﴾
wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. sungguh ALLAH beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah 2:153)
kalau ALLAH tu bersama kita, insyaALLAH kita mampu atasi apa je ujian. pasti. tapi kne la penuhi syarat Dia dulu.
*******
doalah selalu. doa tu manifestasi kerendahan hati kita pada ALLAH yang Maha Tinggi dan Maha Besar. sy pun kurang doa. mungkin tu antara lompang dalam cinta sy pada ALLAH. semoga ALLAH bersihkan hati kita.. ALLAH pun kata bahawa orang Dia akan berikan syurga pada orang-orang bertaqwa, dan orang yang berdoa termasuk dalam kalangan orang yang bertakwa (org y takut pada TuhanNya. dan ketakutan tu menjadikan dia sedar setiap yang dia kerjakan agar tidak membuat dosa dan kesalahan) malah tulah kemenangan yang kita nak. syurga ALLAH, kurniaan yang lebih baik dari segala keinginan manusia yang indah-indah pada pandangan kita.
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ ﴿١٤﴾ قُلْ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيْرٍ مِّن ذَٰلِكُمْ ۚ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ﴿١٥﴾
dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk-tumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan dunia, dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik. katakanlah, "mahukan aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" bagi orang yang bertaqwa (tersedia di sisi) Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci dan ridha ALLAH. dan ALLAH Maha Melihat hamba-hambanya.
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٦﴾ الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ ﴿١٧﴾
(iaitu) orang-orang yang berdoa. "Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka. (juga) orang-orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menginfakkan hartanya dan orang yang memohon ampunan waktu sebelum fajar.
(Al-Imran 3:14-17)
**********
ingat ALLAH bukan time kite semayang jek. ni peringatan untuk sy juga, x dinafikan mmg iman lebih cenderung jatuh bila x bole smyang tapi mungkin juga sbb kita yg x maintain connection dengan ALLAH time tu. bila x smyang ada masa lebih. so cenderung buat benda x berfaedah. mungkin kita bole cuba isi masa-masa tu dengan benda yang berfaeadah dan mengingatkan kita pada ALLAH, malah kne latih buat benda ni masa boleh semayang lg. manusia yang disibukkan dengan urusan yang bermakna dan mengingatkan pada ALLAH xkan lalai dalam masa-masanya. tu yang pasti.
doakan la yang terbaik untuk diri kita. bila rasa ujian ALLAH tu berat mintalah keringanan dari Dia juga. Dia je yang boleh memberi keringanan yang pasti. dunia mungkin melalaikan kita dari memikirkan masalah dan ujian dia. tapi tu sementara, bukan penyelesaian atau pelepasan yang pasti. hanya ALLAH yang dapat mengangkat beban yang Dia timpakan pada kita.
*******
jom sama-sama cari ridha ALLAH.susah tp x mustahil. cuma kita sama-sama perlukan kekuatan dari ALLAH. sama-sama kena minta dan kemis dari ALLAH.
sy sayang awk lillah..hanya ALLAH yang tahu. ALLAH sayang awk dan sy. lebih besar cinta Dia. syukurlah dengan iman yang Dia berikan. mari sama-sama sahut seruan ALLAH dalam ayat-ayatNya bila Dia turunkan pada orang-orang beriman. sebab kitalah sebahagian orang-orang yang beriman tu sayang.
HUBB FILLAH
Comments
Post a Comment