refleksi bergurau T_T

Ustaz Hasrizal bergurau dengan orang yang mendengar ceramahnya dengan kata-kata berikut? 

“Kalau saya panggil wahai bakal Datuk, mungkin tak jadi Datuk. Kalau saya panggil wahai bakal Puan Seri, mungkin tak jadi Puan Seri. Apa yang betulnya ialah dengan memanggil anda sebagai ‘wahai bakal-bakal jenazah sekalian’, betul tak?” saya menyoal.

Cuaknya kalau orang bergurau macam ni. Huhuhu...

Tapi katanya...

Memberi satu pukulan maut ketika manusia sedang ketawa amat besar kesannya. Bukan mentertawakan sesiapa. Tetapi mentertawakan diri sendiri. Diri sendiri yang terlupa akan hakikat sejelas itu.

Bergurau macam kire aci ea? Tapi mane la orang nak komplen depan-depan, ustazkan femes...huhuhhu
Cuak...

Ustaz Hasrizal tulis lagi sebab ade orang cakap lawak tu x aci..x sunnah: 

Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu menceritakan, bagaimana pada suatu ketika para sahabat kaget dengan gurauan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Lalu mereka bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami?”
Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab:
Ya,aku juga bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar sahaja 
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Ahmad]

Rasulullah pun buat lawak...Memang. Memang baginda buat lawak. Hidup orang Islam bukannya bosan dan lesu sampaikan x boleh buat lawak. 

Bergurau jenaka dan ketawa adalah seni kehidupan manusia.

Tapi, hakikatnya..Rasulullah mengajar x boleh menipu...walaupun untuk bergurau. Baginda bergurau tetapi tetap memastikan tidak menipu. 

Ya,aku juga bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar sahaja 
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Ahmad]

Huhuhu...aku? kadang-kadang 'ter'menipu juga. ye ke? *mode berfikir*

TIDAK BERKATA MELAINKAN YANG BENAR SAHAJA walaupun BERGURAU!

Kebolehan manusia untuk ketawa adalah sebahagian daripada fitrah dirinya yang memerlukan makanan. Apabila manusia ketawa, keseluruhan kondisi dirinya menjadi positif dan ia menjadikan manusia itu senang lagi disenangi. Tidak menghairankan apabila lawak jenaka, kelucuan, gurau senda, senyum dan ketawa wujud di sepanjang sejarah kehidupan manusia, termasuk di lingkungan kehidupan era Nubuwwah bersama baginda Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

***
Begitulah watak Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Baginda bergurau dengan mekanisme kata-kata seperti ironi, sarcasm dan permainan perkataan (wordplay) iaitu kerangka-kerangka jenaka yang biasa diulas daripada aspek psikologi semasa. Baginda menjadikan perbualan, pengajaran dan kehidupan hariannya bersama sahabat hidup lagi bersifat manusiawi.
***
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bergurau.
Namun guraunnya berisi. Tidak pernah berlebihan. Malah jauh sekali berisi pembohongan.

“Celakalah orang yang berbicara lalu dia berdusta kerana mahu orang ramai ketawa. Celakalah baginya. Celakalah baginya” 
[Hadith riwayat Ahmad dan al-Darimi]

T___T Dah berapa kali jadi orang celaka? T__T T__T

Apabila sesuatu itu salah tempat, salah cara dan salah niat, segalanya berubah menjadi dosa.

Bukan semua lawak itu menghiburkan. Ada jenaka yang menyakitkan. Jenaka yang tidak kena tempat. Jenaka yang dipaksa-paksa. Hingga berubah menjadi tabiat lalu digelar kaum Melayu sebagai LOYAR BURUK.


“Tiga perkara yang bersungguhnya pun dikira, bergurau mengenainya pun dikira juga: nikah, talak dan membebaskan hamba abdi” [Hadith riwayat Abu Daud, al-Tirmidhi dan Ibn Majah]
Bergurau biar bertempat.
Bergurau biar berilmu.

Idealnya ajaran Islam. Semuanya ada caranya. Ada ilmunya. Ada tahapnya... susah kot untuk selalu pastikan tidak terkeluar statement yang tak sahih kalau tak penah sedar pon cakap apa. especially time da happy sangat...Tapi tu la...betapa ALLAH dan Rasul ajar bahawa kita kena selalu ada SELF AWARENESS..sedar setiap benda yang kita buat. T__T Bila la aku nak dapat develop SELF AWARENESS yang mantap T__T
Susah, tapi bukan lah mustahil. semuanya tak mustahil dengan izin ALLAH. semuanya insyaALLAH. 
Kena usaha. Tu syarat dia. Susah mungkin ada. Tapi tanpa usaha SELF AWARENESS tak kan dibina. x akhlak la kalu macam tu T___T


Bergurau senda dan ketawa yang berlebihan, tidak kena masa dan suasana juga dicela oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Bergurau sendalah dengan isteri, suami dan anak-anak. Bergurau sendalah dengan mad’u di dalam dakwah. Bergurau sendalah dalam kehidupan seharian. Ia menyegarkan fikiran, merangsang perhatian dan menyemai kasih sayang yang berpanjangan.

Bersederhanalah!
Indahnya Islam kerana semuanya tepat pada sebuah kesederhanaan.

Hurm..indahnya Islam..
by the way, suke jek 'lawak' ustaz yang awal-awal diquote  tadi. Bermakna. Betul. dan menusuk-nusuk T__T

Semoga ALLAH terus pimpin kita ke jalan yang Dia redhai :)
Semoga kita terus BERUSAHA untuk BERUBAH. Mujahadah !

Thanx wanaku sayang for sharing the post. 

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Ama Zilna

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!