menyampaikan kerana kasih sayang :)

insyaALLAH, kita menyampaikan ini kerana kasih sayang. kerana itu kita membina kasih dahulu. menautkan hati dahulu. agar pesanan dan teguran itu sampai dengan hati dan kasih sayang.

kerana ALLAH juga Maha Pengasih Maha Penyayang, kerana sayang lah kamu menangis. dan kerana sayang jugalah kamu kena kuat. supaya boleh terus memikirkan yang terbaik buat orang yang telah kamu bina kasih dan sayang itu. doakan hatinya terbaik menerima apa yang hendak kamu sampaikan.

doakan supaya dia bersama kamu dalam mencari hakikat kasih sayang yang utama itu. untuk aku, kamu, dia dan mereka...kita kena kuat.

dan carilah kekuatan dariNya kerana untuk Dia juga kita menyampaikan dan untuk Dia juga kita menautkan sayang...kerana Dia Maha Penyayang...

sifat yang diimani dan diulangi berpuluh kali dalam lafaz solat dan setiap pekerjaan.
bismillahirrahmanirrahim...

ingatlah, ini semua kerana Dia maka carilah jalan penyelesaian dari Dia. minta kebenaran juga dari Dia. tiada apa yang akan berlaku melainkan dengan kebenaran Dia. Yakinkan Dia kamu benar-benar sayang dan ingin jaga kerana Dia.

Dia tahu. hati kamu. hati aku. hati dia. dan hati mereka.

Dia tahu segalaNya.

sampaikan dengan kasih keranaNya :)


He will lead us to the sunshine

dan matahari pasti kembali selepas gerhana :)

Comments

  1. tumpang istighfar di sini. boleh? astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.

    memberi kesan! memberi kesan! memberi kesan! dengan kasih syg ;)

    love in the air~ like ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya

Ama Zilna