Surah Maryam & Al Kausar

Sharing usrah khamis lepas.

Kami tadabbur cerita Maryam (19:12-27) dan sharing tafsir kausar.

TADABBUR SURAH MARYAM

1. Ayat 22 cerita ttg maryam yg mengasingkan diri ketika mengandungkan Nasi Isa as. 

Maryam tak buat dosa, tapi dia mengasingkan diri kerana pandangan manusia. Skrg kita tgk manusia buat dosa dan bangga dgn dosa. Kita tahu besarnya marah Allah pd org yg menyesatkan manusia lain dan bangga dgn dosanya. Kita doa spy Allah tak menjadikan kita 'syaitan' yg menyesatkan manusia lain dgn memenuhi kehendak nafsu kita. Semoga kita benar2 menjadi hamba Allah. 

2. Ayat 23 cerita Maryam mengharapkan kematian dan menjadi orang yang tidak diperhatikan dan dilupakan. 

She wished for something that doesnot reflect the value of Allah's belssing to her pdhal dia tahu Nabi Isa adalah rahmat Allah, kemuliaan kpd dia. 

 *dgn cth ni kita tak memandang rendah pd ap yg Maryam buat, tapi utk kita belajar dan perbaiki diri kita* 

Yg kita reflected was bila kita dalam extremes of emotions: marah, takut, kecewa, risau... Kita akan buat wishes atau kata2 yg sgt buruk dan tergesa-gesa. Takut dlm extremes of emotions kita akan minta sesuatu yg menjadikan kita sombong atau tidak bersyukur, pessimis. 

Indeed utk jd org yg betul2 besyukur dan optimis pd Allah bukan semata2 pd kata-kata. Kadang2 kita kata kita sabar bila diuji Allah tp padahal saat kita diuji, kita mengeluh dgn sgt banyak, malah tackle ujian Allah itu dgn akhlak yg sgt buruk atau mungkin dgn memandang tinggi pd diri kita sendiri. Some emotions can be subtle but it will come to the surface especially bila kita rasa tertekan. 

Jwpan kpd menghadapi ujian Allah dgn baik adalh utk menerima ujian Allah dgn rela hati dan meminta kekuatan/rahmat Allah spy ujian ituk dpt dilalui dgn baik. Bukan meminta utk Allah hilangkan tugasan/ujian itu terus, tapi utk minta kekuatan spy mampu buat dgn baik. Sbgaimana doa Nabi Musa ketika dia disuruh berjumpa dgn Firaun: he didnt say, i cant, but he said: lapangkan dadaku, mudahkan urusanku... (He asked for things that he will need to face the trials)

In our life, sometimes we want happiness so much that we become disappointed with trials. Face the trials the right way, inshaAllah blessings will come with it. 

Ni talk nouman ali pd ayt surah tahaa tu. Have a listen, moga ayat2 Allah membentuk akhlak dan perasaan kita. *pertamanya: kerendahan hati seorang hamba kpd Tuhan dan kepercayaan hamba kepada kekuasaan Tuhannya.. Once you have this, inshaAllah other things will come into place.


SHARING SURAH KAUSAR

In short, surah ni turun sbb Allah nak pujuk Nabi saw lepas org kafir kata nabi adalah org terputus (abtar) krn takde waris (semua anak lelaki dia mati), tp Allah remind Nabi ttg nikmat2 yg dia dah bg, pesan utk terus beramal dgn ikhlas dan berterusan berkorban dan kemudiannya stresskan lagi bhw org yg memandang buruk pd agama tu, dialah yg rugi dan hina. 

Ada 3 points yg boleh kita cuba didik dlm jiwa kita: 

1. Affective learning; kita kena rasa bangga menjadi hamba kpd Allah. Allah nak kata being a muslim is something that is really valuable dan reflected dlm ayat2 lain sbg cth: 3:136 - jgn kamu rasa lemah dan sedih hati, kamu yg tinggi darjatnya kalau kamu org beriman.

2. Cognitive learning: we need to really conciously realise betapa byknya nikmat yg Allah da bg pd kita. 
Pd Nabi, Allah kata dia bg Al-Kausar- nikmat yg byk dan berterusan. Ada ahli tafsir menafsirkan sbg kenabian, telaga kausar dan bbrp lagi. 

Tapi kita pun Allah bg banyak nikmat jg. Just sometimes we fail to appreciate the blessings. Thats why we cant see the wonders around us. Kadang2 kita sedey, the FIRST THING we do is whine or relax wif movies, shoppings etc.  Padahal Allah dah berikan AQ dan ajarkan solat utk kita get connected to Him directly.  We fail to appreciate it. So we choose something simple. Something that has more material value but less permanent effect. Allah is permanent. But it is hard for to appreciate it because we have relied too much on the worldly comfort. 

Semoga Allah mendidik kita utk menghargai dan memahami makna kedekatan Dia dlm hidup kita sbgmana yg  Dia ajarkan dlm surah Al Baqarah 2:186 - fa inni qarib *hingga akhir ayat*

3. Psychomotor learning: dgn menjadi org bersyukur, kita kena berusaha: 

3.1 - utk IKHLASKAN AMAL kita kpd Allah which means buat ap yg Allah suruh krn Allah dan tinggalkan apa yg Allah larang juga kerana Allah. THESE SHOULD NOT BE MIXED UP - sbagaimana air sirap manis yg sedap akan rasa sgt xsedap kalau kita tambah garam. Ikhlas maknanya doing things for the right purpose in the right way. Mengambil islam secara total kerana Allah, meninggalkan jahiliyyah secara total juga kerana Allah. Barulah tercapai maknanya pesanana Allah spy kita udkhulu fi silmi kaafah - masuklah ke dlm silmi (islam, kedamaian dan keselamatan) scr keseluruhan. 

3.2 - berkorbanlah. Korban hati dan perasaan, tenaga, masa, cinta - especially cinta pd diri sendiri dan dunia. 



Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Ama Zilna

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!