Memaknakan janji seorang hamba
Bismillah
Lima tahun yang lepas, saat aku mula mengenal dunia tarbiyah, aku cuba melembutkan hati. Aku tahu, inilah ia jalan yang aku pinta dari Tuhanku. Jalan yang aku pinta dalam lafaz doa yang terlintas bersama air mata yang mengiringi kekecewaan pada diri yang tega melakukan dosa-dosa. Saat-saat itu, saat jahilku. Saat itu aku tega meladeni hawa' yang benar-benar memenuhi nafsuku pada suatu sudut dalam jiwa itu benar-benar sentiasa memujukku untuk takut pada Tuhanku. Ia meminta dengan rayuan dalam kelemahan.
Maka, saat aku mendapat peluang mengenal jalan membersihkan jiwaku, dan dia bawa aku jauh dari kehidupan lamaku, aku tekad meninggalkan lubuk hitam itu. Walaupun aku tidak mampu nafikan bahawa kebusukan lubuk hitam pekat itu bercampur baur dengan halusinasi keindahan dan kelekaan; aku tekad untuk memenangkan rasa pedih yang merayu-rayu itu. Aku ingin berubah. Jalannya? Aku mohon Tuhan yang pimpinkan.
Kini sudah hampir lima tahun aku menitinya. Aku mulakan langkah-langkah itu dulu dengan beberapa rangkap kata:
tbc...

Hai Tuhan, selamatkan aku. Selamatkan.Tapi aku masih ingat waktu-waktu itu, jiwa ini benar keras. Meneruskan langkah bodoh bergelumang dalam lubuk jahil hitam. Lalai. Bahagia dengan dunia. Buta pada makna dan nilai dosa. Padahal yang menyusul kelalaian dan jahiliyyah itu adalah kekecewaan nyata yang membawa pada doa-doa dan tangisan mohon ampun dalam solat.
Maka, saat aku mendapat peluang mengenal jalan membersihkan jiwaku, dan dia bawa aku jauh dari kehidupan lamaku, aku tekad meninggalkan lubuk hitam itu. Walaupun aku tidak mampu nafikan bahawa kebusukan lubuk hitam pekat itu bercampur baur dengan halusinasi keindahan dan kelekaan; aku tekad untuk memenangkan rasa pedih yang merayu-rayu itu. Aku ingin berubah. Jalannya? Aku mohon Tuhan yang pimpinkan.
Kini sudah hampir lima tahun aku menitinya. Aku mulakan langkah-langkah itu dulu dengan beberapa rangkap kata:
Bernafas dalam jiwa hamba, melangkah mencari cinta, menggapai redha, setiap langkah yang dihayun, nafas yang dihembus, aku ingin semakin lebih dekat denganNya. Dan itulah, derapan langkah kehambaanku.Mengingati apa yang telah dilalui, pasti ada hati yang akan sebak dan hati itu adalah hatiku. Sukar benar, aku tidak ingin menipu, Ujian Tuhan Yang Maha Esa itu benar-benar menggugah hati yang pada setiap puncak ujiannya, pasti hati akan berdetikan,
"Kenapakah begini?" - Takjub dengan hebatnya perancangan Ilahi
"Benarkah aku ingin teruskan ini?" - Ragu pada kuatkah tekad dan kemampuanku sendiri
"Pedih benar wahai Tuhanku"Tapi aku benar ingin memaknakan janjiku itu. Janji seorang hamba. Yang telahku niatkan, antaranya saat aku mula menghayati lafaz doa iftitahku. Saat aku niatkan aku ingin membumikan benih ini di daerah hatiku. Bagaimana?
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku kerana ALLAH Taala.Bagaimana?
tbc...
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Ya Tuhan, kuatkanlah aku denganMu. Golongkan kami dalam kalangan Siddiqun wa Raasyiduun.
Comments
Post a Comment