Ausini ya ukhti

Bila kita meminta nasihat 
"Ausini ya ukhti"
Harapkanlah nasihat yang mendekatkan redha Allah dari kata-kata manis yang memenangkan nafsu amarah mahupun lagha;

"Jangan kamu marah"
Tak bermakna perbuatan yang menyebabkan kita marah tu benar, tapi perbuatan tidak marah tu yang mendatangkan kebaikan pada KITA;

"Jagalah masa kosongmu. Bersihkan diri dari dosa, lagha dan maksiat"
Itukan pesan Allah dalam AlQuran dan Hadis. 

Nasihat tu sendiri adalah untuk mendatangkan kebaikan bukan kecelakaan. Jadi mintalah nasihat untuk dimudahkan jalan kepada redha Allah; kebaikan dunia dan akhirat. Bukan meringankan jalan kepada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan.

***********

"Dan ketahuilah olehmu bahawa di kalanganmu ada Rasulullah, kalau ia menuruti (kemauan)mu dalam beberapa urusan, benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikannu cinta kepada keimanan dan MENJADIKAN IMAN ITU INDAH DALAM HATIMU serta menjadikanmu BENCI KEPADA KEKUFURAN, KEFASIKAN DAN KEDURHAKAAN; mereka itulah orang yang mengikuti jalan yang lurus" 
(AlHujurat 49:7)

Al-Kufur (Kekufuran)
Al-Fusuk (Kefasikan) = dosa2 besar
Al-'Isy yan (Kedurhakaan) = kemaksiatan

***********

Rasulullah tiada tapi Al-Quran dan Hadis ada. Kalau pesanan itu mengikut AlQuran dan Hadis, apakah yang akan menghalang hati kita untuk terima? 

*degil?*

*jawapan pada hati sendiri*

*************

Inginkanlah jalan pulang kepada Allah.
Perbaiki iman dan amal kita. 

"Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa'. MAKA BARANGSIAPA YANG MENGHARAPKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA HENDAKLAH DIA MENGERJAKAN KEBAIKAN DAN JANGANLAH DIA MEMPERSEKUTUKAN DENGAN SESUATU PUN DALAM BERIBADAH KEPADA TUHANNYA" 
(Al-Kahfi 18:110)

Ambillah jalan pulang kepada Allah dan baikilah iman dan amal. Orang lain, kita hanya mampu nasihatkan. Yang penting nasihatkan. Dia ikut atau tidak, itu perkara kedua. 

*******
*sekian bebelan random di pagi hari sempena drama pagihari bersama kawanbaikku*

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna