untuk housemateku

salam,

post ni saya dedicate untuk housemate saya yang saya rasa akan baca blog saya ni *wink*

walaupun saya trauma nak cakap ayat di bawah selepas sesuatu yang telah berlaku. tapi sekarang saya rasa nak cakap sangat-sangat. malah ini antara seruan hadith yang saya suka dulu, sebelum event yang mentraumakan tu....hehehe


saya sayang awak la adk manis. doakan la yang terbaik yeee...kalo orang tanya awak tak nak cakap sama saya..aiyaks..guano ni adk manis. hehehe...ke saya je yang dok pikir banyak sangat samaada awak ok ke x? coping well ke x...haiya..basically, jazakillah for being such calming when things are getting so hard for me :) it means a lot to me..jazakillah ukhti :)

i just dunno how can i help you. may God always be with you.

di bawah ada cerita ttg hadis yang saya cakap kat atas tu.

sayang manusia itu sebenarnya tanda ALLAH sayang kita, insyaALLAH. gembiralah dengan rahmat tu. :)

ps: adik saya, sila jangan jeles kerana saya juga sayang awk ye :)


ainolismail@HudHud
#########


Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesungguhnya Allah Ta’ala apabila mencintai seseorang hamba, lalu memanggil Jibril kemudian berfirman: “Sesungguhnya Aku menyayangi si Fulan, maka sayangilah dia.” Jibril lalu menyayanginya. Seterusnya Jibril memanggil pada seluruh penghuni langit lalu berkata: “Sesungguhnya Allahmenyayangi si Fulan, maka sayangilah olehmu semua si Fulan itu.” Orang itu pun lalu disayangi oleh para penghuni langit.Selanjutnya diletakkanlah penerimaan – kecintaan itu baginya dalam hati para penghuni bumi. Dan jikalau Allah membenci seseorang hamba, maka dipanggillah Jibril lalu berfirman: “Sesungguhnya Saya membenci si Fulan itu, maka bencilah engkau padanya.”Jibril lalu membencinya,kemudian ia memanggil semua penghuni langit sambil berkata: “Sesungguhnya Allah membenci si Fulan, maka bencilah engkau semua padanya.”Selanjutnya diletakkanlah rasa kebencian itu dalam hati para penghuni bumi.
Dalam hadith di atas Allah memberitahu malaikat bila dia sayang kepada seseorang. Rasulullah saw sendiri memberitahu sahabatnya dia sayang kepada mereka. Dalam sebuah hadith disebut, “kalau kamu sayang kawanmu, beritahu dia”. Sayang disini ialah perasaan cinta yang tidak dicampuri nafsu. Orang Islam hendaklah menyayangi antara satu sama lain kerana mereka adalah bersaudara. Sekiranya ada orang Islam yang fasik dan melakukan maksiat secara terbuka, dakwahlah mereka dengan nasihat kerana sayang kepada mereka dan takut mereka diazab.
Kita hendaklah membenci seseorang yang dibenci Allah. Misalnya Allah membenci orang kafir, maka bencilah mereka. Orang yang tidak mahu menyembah Allah adalah orang yang sombong:
“…orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya,(An-Nisaa 173)
Dalam masa yang sama berdakwahlah kepada mereka yang kafir dan nasihatlah kepada orang Islam yang fasik.
Bencilah apa jua yang dibenci oleh Allah dan Rasul.
source: nasbunuraini

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Ama Zilna

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!