::rintihan::
ya ALLAH, ya ALLAH, ya ALLAH...
hanya Engkau yang tahu betapa aku terluka dengan dunia
ya ALLAH, ya ALLAH, ya ALLAH...
hanya Engkau yang tahu betapa dunia ini melukakan, tajam, menyakitkan
andai ianya bukan keranaMu
andai madunya aku sedut bukan keranaMu ya Rahman
ia melukakan sebahagian jiwa ini
dan itulah silapnya
kerana jiwa ini masih ada dua bahagian
harusnya hanya satu
maka ya ALLAH
demi terus segarnya imanku padaMu
demi terus tersemai dan tumbuh pohon cintaku padaMu
berikan aku kekuatan
walau secebis
berikan aku kebijaksanaan
walau setitis
demi untuk aku terus tsabat dalam langkah menggapai redhaMu
jangan biarkan aku tercicir
terlepas hanya kerana dosa-dosa itu, dan kelalain itu..
aku rindu padaMu ya Rahman
pada RasulMu juga ya Rahim
bilakan lagi...
Comments
Post a Comment