Perkongsian: Solat Sunat di Rumah
Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit, bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda: " Solatlah kamu wahai manusia di rumah-rumah kamu, kerana sesungguhnya shalat yang paling utama adalah solat yang dilakukan seseorang di dalam rumahnya, kecuali solat-solat wajib"
(HR Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Umar bin Atha', bahawasanya Nafi' bin Hubair pernah mengutusnya ke Sai'b bin saudara perempuan Namir untuk menanyakan tentang solat sunah yang dilakukan oleh dia bersama Mua'wiyah. Maka ia menjawab: " Ya, aku solat bersama Mua'wiyah di istana. Ketika imam telah salam, maka aku bangkit untuk melaksanakan solat sunat ditempat aku solat tadi. Ketika Mua'wiyah masuk ke dalam rumahnya ia memanggil aku seraya berkata, " Jangan kamu ulangi apa yang kamu lakukan tadi, jika kamu melakukan solat Jumaat, jangan kam ikuti dengan solat sunat sehingga kamu berbincang-bincang atau ke luar dari masjid, oleh kerana sesunggguhnya Rasulullah menyuruh kami seperti itu, iaitu jangan ada di antara kami yang menyambung solat dengan solat yang lain, sehingga kami berbincang-bincang atau keluar dari masjid"
(HR Muslim)
Sumber: Riyadhus Salihin
Sumber: Riyadhus Salihin
Comments
Post a Comment