iye sy sambung...
Jom kira hari balik. Aku sampai Msia 30hb Jun. Aku sampai rumah 4hb Julai. Sekarang dah 8hb. Kejap lagi nak masuk 9hb...
Kalau dikirakan, perjalanan hidup di sini, tanah air..tidak seindah yang aku bayangkan. Banyak benar cabaran. Tidak sesenang di perantauan, walaupun di perantauan aku hanya ada aku dan rakan-rakan seperjuangan..tapi tanah air lagi mencabar bagiku. Entah lah yang lain rasa macam mana..tapi aku. Fuh, dunia memanggil-manggil..
Kalo sebelum ni..time masih di perantauan, aku melihat sahabat yang lain di Msia, berbeza benar. Lain benar dengan apa yang aku lalui jauh nun di pulau sane. Aku nampak kami berbeza cara hidup.(tapi bukanlah semua sebab aku tak tengok semua orang..tak mampu kot) Pada mereka yang mencari Islam aku melihat mereka lebih Islami. Lebih mencari. Lebih kuat semangat...
Tapi, saat semakin mendekat pada tanah air...jiwaku semakin takut, semakin berdebar...(dari sebelum cuti lagi aku takut) Lepas exam haritu, aku dapat rasa lainnya pada harianku. Kalau sepanjang musim exam masa hanya perlu dibahagikan antara study dan exam, ibadah khusus dan beberapa aktiviti lain yang ada kebutuhan. Dan saat itu untuk mengorbankan masa dan memperuntukkan masa untuk ibadah seakan tiada masalah besar sangat...mungkin sebab sudah dilatih. Tapi, selepas exam macam sesat sikit. Mula sibuk dengan urusan lain. Pindah rumah, kemas barang, beli barang, shopping untuk keluarga dan lain-lain. Masa pun jadi sikit yang berbaki di rumah justeru banyaklah cabaran untuk mengerjakan apa yang dah dikerjakan ketika musim exam. huhuhu...ternyata musim exam berbeza dengan musim lecture dan cuti!
Oleh itu, 10 hari sebelum meninggalkan Bumi Sang Ratu benar-benar memberi kesan pada kesediaan aku untuk pulang ke tanah air dan benar-benar memberikan bayang negatif. Ragu-ragu pada masa yang akan aku bahagikan.
Justeru aku berdoa agar semangat yang akan aku kutip sepanjang kunjungan ke Haramain cukup untuk menjadi bekal dan booster untuk aku mulakan langkah di permulaan cuti di Msia dengan betul.
Tapi perancangan dan ujian ALLAH sangat tidak dapat aku agak. Benar Dia menguji dengan ujian yang tidak aku sangkakan. Tidaklah ngeri kalau diceritakan. Tapi ngerilah juga buat aku yang mengalami.
Satu permulaan yang aku cuba untuk mulakan dengan baik. Tapi seakan kalah juga dipermulaan ini. Sebelum ni tak nampak macam mana dan apa maksud senior-senior bila dikatakan summer di Msia tu mencabar. Sekarang dah rasa. Adalah rasa nak nangis sikit. huhuhu...
Ada sekali terchat sekejap beberapa saat/minit dengan seorang kawan. Pesannya pada aku untuk terus menulis di blog. Macam pesan beberapa senior sebelum aku balik ke rumah. Aku kata 'Cuak la nak menulis. Amal dan hati tak bergerak'...Katanya 'Baru seminggu ainol, berusaha!'...huhuhu..berbaur...
InsyaALLAH..saya sambung la ni :)..'Jom usaha sama-sama!'
PS: Buat sahabat-sahabat yang menulis teruskan mencoret dari hati. InsyaALLAH ada hati yang tersentuh sebagaimana aku juga mencari-cari semangat dari tulisan kalian saat ujian kala aku seorang :) Syukran...Semoga ALLAH terus menuntun hati-hati kita dan menguatkan langkah kaki kita pada jalan ini. Ameen...:)
Comments
Post a Comment