Posts

Showing posts from July, 2010

tiramisu..hukhuk

Image
Tiramisu TIRAMISU Bahan A  24 keping biskut tiramisu 250 gm keju cream [philidephia] 150 ml yogurt asli 1/2 cawan gula kastor 1/2 cawan air ] 1 s/ k nescafe ] bancuhkan serbuk koko Bahan B  150 ml air ] 1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh Cara  1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu. 2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee. 3. Pukul keju dan gula sehingga gebu. 4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata. 5. Masukkan bahan B dan kacau rata. 6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu. 7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama. 8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua. 9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan. NOTA: adunan ini memang agak moist dan lembut.. so kena makan secara scooping gitu..tapi memang sedappp.. biskut untuk tiramisu

Rejab bulan ALLAH, Syaaban bulan Nabi

Image
Hadis Palsu Rejab, Syaaban Disiarkan pada Jun 23, 2009 dalam kategori  Ibadat  |  Artikel ini merupakan Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang terdahulu dicadangkan untuk bacaan bersempena bulan Rejab. Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama. Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis. Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatak...

Perkongsian: Solat Sunat di Rumah

Image
Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit, bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda: " Solatlah kamu wahai manusia di rumah-rumah kamu, kerana sesungguhnya shalat yang paling utama adalah solat yang dilakukan seseorang di dalam rumahnya, kecuali solat-solat wajib"  (HR Bukhari dan Muslim) Diriwayatkan dari Umar bin Atha', bahawasanya Nafi' bin Hubair pernah mengutusnya ke Sai'b bin saudara perempuan Namir untuk menanyakan tentang solat sunah yang dilakukan oleh dia bersama Mua'wiyah. Maka ia menjawab: " Ya, aku solat bersama Mua'wiyah di istana. Ketika imam telah salam, maka aku bangkit untuk melaksanakan solat sunat ditempat aku solat tadi. Ketika Mua'wiyah masuk ke dalam rumahnya ia memanggil aku seraya berkata, " Jangan kamu ulangi apa yang kamu lakukan tadi, jika kamu melakukan solat Jumaat, jangan kam ikuti dengan solat sunat sehingga kamu berbincang-bincang atau ke luar dari masjid, oleh kerana sesunggguhnya Rasulullah menyuruh kami seperti itu, ...

DINAMIK suatu hakikat MASA! Petanda kasih dan kuasa!

Image
Assalamualaikum wbt,  Aku merasakan dinamiknya masa beserta rahmat ALLAH Beberapa bulan ini, aku merasakan masa itu dinamik kerana banyak yang telah berubah. Lain dari dahulu. Mungkin perubahan yang berlaku kecil sahaja pada pandangan orang lain. Tapi kerana cara ia berlaku menyebabkan aku merasakan masa itu dinamik. Suatu semangat dan keadaan yang tidak aku rasakan dengan sebegini kuat dahulu. Contohnya, saat pulang ke tanah air dari Bumi Permaisuri selepas sembilan bulan, aku merasakan keluarga aku sudah menginjak dewasa. Adik-adik aku sudah ramai yang meninggalkan rumah. Menyambung pelajaran sebagaimana aku. Tapi bezanya ia berlaku saat aku tiada di rumah. Besar bezanya bagi aku, kerna dulu andai ada yang masuk asrama, aku ada melihat persediaannya dan pemergiannya. Tapi kini, aku pulang hanya tinggal dua orang adik di rumah menemankan mak dan abah. Tiba-tiba rumah yang dahulu penuh dengan sembilan isi rumah terasa lengang. Subhanallah. Apa yang aku sudah lalui juga...

Talks in July for those who are bored

Image
Title: Is Liberty an Islamic Value Speaker: Thariq Ramadhan  Date: 12 July 2010, Monday Time: 8.00 pm to 11.00 pm Venue: ISTAC, Taman Duta Title: Islam and The West- Conversations with history Speaker: Thariq Ramadhan  Date: 13 July 2010, Tuesday Time: 8.30 am to 1.00 pm Venue: Senate Hall, IIUM Gombak  FREE ADMISSION BUT PRE-REGISTRATION IS REQUIRED

31 Tips dakwah keluarga

 # diambil dari Halaqah-online# "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;...".  (At-Tahriim: 6) Hidayah itu datangnya adalah dari Allah  Subhanahu wa Taala.  Boleh jadi, anak mendapat hidayah lebih dahulu berbanding orang tua. Pergaulan dengan kawan-kawan di sekolah mahupun di universiti, mengenalkan sang anak kepada Islam, sehingga pemahaman dan wawasan agamanya melebihi orang tua. Jika tidak pandai mengelola hal ini, berkemungkinan akan timbul pertentangan antara anak dan orang tua. Ada ikhwah yang ayah dan ibunya sudah dalam kondisi yang islami, tetapi ada pula ikhwah yang orang tuanya masih ammah(awam) dan sama sekali tidak faham tentang agama. Semuanya, tentu harus dikomunikasikan dengan baik, dengan berdialog dari hari ke hari. Seperti halnya kaderisasi(pembinaa n) yang harus mengkader(membina) untuk mencetak generasi Rabbani, ada tahapan-tahapan. Ada proses. Perlu waktu. Posi...

tajuk dan pesanan yang...

Kepatuhan angin kepada Sulaiman b Daud sila buka mashaf AlQuran kamu..dan lihat susunan dua ayat di bawah ini: "And to Solomon [We subjected] the wind, blowing forcefully, proceeding by his command toward the land which We had blessed. And We are ever, of all things, Knowing." [Al-Anbiya', 21:81] "So We subjected to him the wind blowing by his command, gently, wherever he directed" [As-Sad, 38:36] Hebatkan Nabi Sulaiman..? Nabi Sulaiman dpt kendalikan angin mengikut perintahnya.jika Nabi Sulaiman nak angkat barang2 yg byk,Allah perintahkan angin utk patuh kpd perintah Nabi Sulaiman. Dalam suatu riwayat,Nabi Sulaiman menjemput rakyat Baginda makan di satu majlis keramaian. Antara tetamu pada hari tersebut ada malaikat Izrail,tp Izrail tak makan. Dia hanya duduk memerhati ke arah seorang tetamu Nabi Sulaiman yg sedang makan.direnung tetamu tersebut sehingga dia tidak lalu makan,lalu pergi berjumpa Nabi Sulaiman. "Siapakah orang itu,Sulaiman?"dia...

ramainye...

Image
Ramainya menanti berkat solat Subuh di depan Baitul Atiq di pagi Jumaat. Malang sekali sepanjang menunggu seruan azan yang membesarkan Tuhan yang Maha Esa, hati runtun...mengenang jiwa-jiwa yang sudah islam... bilakah kita akan menuju kejayaan? 

iye sy sambung...

Image
Jom kira hari balik. Aku sampai Msia 30hb Jun. Aku sampai rumah 4hb Julai. Sekarang dah 8hb. Kejap lagi nak masuk 9hb... Kalau dikirakan, perjalanan hidup di sini, tanah air..tidak seindah yang aku bayangkan. Banyak benar cabaran. Tidak sesenang di perantauan, walaupun di perantauan aku hanya ada aku dan rakan-rakan seperjuangan..tapi tanah air lagi mencabar bagiku. Entah lah yang lain rasa macam mana..tapi aku. Fuh, dunia memanggil-manggil.. Kalo sebelum ni.. time masih di perantauan, aku melihat sahabat yang lain di Msia, berbeza benar. Lain benar dengan apa yang aku lalui jauh nun di pulau sane. Aku nampak kami berbeza cara hidup.(tapi bukanlah semua sebab aku tak tengok semua orang..tak mampu kot) Pada mereka yang mencari Islam aku melihat mereka lebih Islami. Lebih mencari. Lebih kuat semangat... Tapi, saat semakin mendekat pada tanah air...jiwaku semakin takut, semakin berdebar...(dari sebelum cuti lagi aku takut) Lepas exam haritu, aku dapat rasa lainnya pada harianku. Ka...

iiman yaazid wa yankus...

Image
'Tidak melangkah seorang hamba di hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa ianya telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana ia mendapatinya dan ke mana ia dibelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya' (Hadis riwayat Tirmidzi) iiman yaazid wa yankus  -iman bertambah dan berkurang- yaazid bil tho'ah wa yanqus bil ma'shiyat -iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan-