cerita aku lepas exam

Selepas exam, akhirnya aku punya kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini. Alhamdulillah, exam dah pun tamat. Alhamdulillah, semoga kami dapat naik tahun 2 tahun depan. Walaupun pensel sudah diletakkan dua hari lepas menandakan tamat exam tahun satu, tapi keputusan masih tergantung. Hujung minggu nanti baru tahu. Semoga dapat yang terbaik dan Dia senantiasa tahu yang terbaik.

Secara peribadi, aku tahu, sejurus meletakkan pensel tanda tamat peperiksaan 2 hari yang lalu, hari-hari akan lebih mencabar kerana hari-hari yang mendatang bukan lagi diisi dengan membaca buku akademik sepanjang-panjang hari tetapi ada rencana lain yang menanti. Dan benar ada rencana lain yang menanti. Malah aku juga tidak membayangkan ia sebegitu sekali. Sehinggakan baru sekarang aku punya masa untuk menulis. Tapi syukur kerana ia sebegitu. Cuma dalam masa yang sama terkilan kerana ada harapan yang menongkah arus itu. Tapi harapan itu tidak salah. Arus itu juga tidak salah. Cuma mereka bertembung tanpa sengaja. Maaf, sangat-sangat maaf. Aku tak sengaja. Sikit pun tidak. Mungkin salah aku pada kata-kata. Tapi aku tidak bermaksud apa melainkan ingin bercerita kisahku sedikit tentang hari-hariku yang terbaru selepas exam.

Maaf.

Wahai hati pujuklah.

Maaf.

Ya ALLAH tautkan hati kami pada jalanMu ya Rahman.

Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna